SUSULAN kecaman daripada pelbagai pihak gara-gara tindakannya berkongsi foto menerima satu beg plastik berisi 'salted peanuts' di media sosial ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS), pempengaruh media sosial, Azfar Heri tampil membuat permohonan maaf. Menerusi bebenang di laman Twitter, Azfar atau nama sebenarnya Azfar Herisyam mengakui kekhilafannya sehingga tindakannya itu mencetuskan kontroversi. "Saya faham ramai yang marah berkenaan isu kacang MAS. Ini adalah penjelasan saya. "Pertama sekali, saya mohon maaf sebab ada upload gambar kacang yang saya dapat dalam flight tu. Kacang itu diberi secara percuma dan saya tak minta sebarang paket kacang dari MAS sepanjang flight tersebut. Namun, saya sangat hargai atas pemberian tersebut. Ciapan Azfar Heri di laman Twitter. "Silap saya di sini ialah saya post gambar tersebut tanpa mengambil kira impact yang boleh dihadapi pramugari tersebut. "Sejujurnya saya tak tahu wujudnya SOP (prosedur operasi standard) yang tak boleh bagi kacang extra kepada penumpang dan saya mohon maaf sebab tak aware dengan benda ni dari awal," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak puas hati Azfar Heri dapat satu beg ‘salted peanuts’ MAS, Zarul Umbrella perjelas ada SOP pemberian snek kepada penumpang Mengulas dakwaan yang mengatakan pramugari terlibat sudah dikenakan tindakan tatatertib oleh syarikat penerbangan, influencer berusia 24 tahun itu berkata dia sedang cuba mencari kesahihan mengenainya terlebih dahulu. "Berkenaan dengan statement yang mengatakan pramugari tersebut dibuang, saya cuba nak kenal pasti kesahihan statement ini terlebih dahulu sebelum ada lagi banyak salah faham dari semua pihak. Silap saya di sini ialah saya post gambar tersebut tanpa mengambil kira impact yang boleh dihadapi pramugari tersebut. AZFAR HERI PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL "Buat masa sekarang saya tak boleh beri apa-apa komen mengenai isu termination ini sebab kita masih belum dapat apa-apa official statement dari pihak MAS sendiri. "Saya akan beri full cooperation kepada pihak MAS dan saya harap dapat jumpa dengan semua pihak agar kita boleh selesaikan isu ni sewajarnya. "Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi teguran membina," tulisnya. Terdahulu, penyanyi Zarul Umbrella yang juga bekas ketua pramugara MAS turut mengulas mengenai isu ini di mana ujarnya tindakan pramugari tersebut adalah menyalahi SOP yang digariskan. Jelas Zarul, mengikut SOP, setiap penumpang hanya perlu diberikan sebungkus atau maksimum tiga ke lima pek mengikut permintaan. Zarul Umbrella pernah berkhidmat sebagai pramugara MAS selama 17 tahun. "Pada pendapat saya, isu ini adalah sesuatu yang mengecewakan. "Sebenarnya kacang itu jika ikut SOP, hanya perlu diberikan satu pek bagi setiap penumpang. Kalau ada yang minta, mungkin bole beri dua atau tiga pek, paling banyak pun lima. "Kalau ada penumpang minta nak bawa pulang, bolehlah kita bagi satu pek kecil itu dalam 10 paket... itu pun kalau ada lebihan," ulasnya menerusi TikTok. Tambahnya, kemungkinan pempengaruh berkenaan tidak mengetahui SOP yang ditetapkan dan bertindak memuat naik foto di media sosial disebabkan terlalu teruja menerima snek tersebut dalam jumlah yang banyak. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI