suria

Penyewa flat gigih usung motor naik tingkat 9 ‘park’ depan rumah, sekali lif rosak berpeluh nak bawa turun

Syafirul (gambar kecil) berkongsi pengalaman menyewa di sebuah rumah flat. -gambar hiasan

RAMAI yang memulakan kehidupan dengan menyewa di rumah flat kerana kadar lebih murah.

Namun seorang lelaki kurang bernasib baik apabila kawasan perumahan flat yang disewanya menjadi sasaran penjenayah mencuri komponen dan aksesori motosikal.

Lebih malang, dia turut menjadi mangsa sehingga dia terpaksa menyorong motosikal miliknya ke dalam lif turun dan naik setiap hari!

bawa motor naik tingkat 9 11

Syafirul menyewa di rumah flat selama setahun. -gambar hiasan

Berkongsi pengalaman, lelaki berkenaan, Syafirul Izwan Abdul Rahaman berkata, kejadian berlaku sewaktu menyewa di sebuah flat di Puchong, Selangor selama setahun pada 2007.

Dengan kadar sewa rumah flat sebanyak RM350 sebulan, dia yang tinggal bersendirian berdepan dengan pelbagai insiden kecurian membabitkan motosikal Honda EX5 miliknya.

"Masa mula-mula letak motor kat bawah blok, hilang side mirror dan box simpan barang, pelapik getah pada stand letak kaki tu pun boleh kena curi.

"Baju hujan yang saya simpan dalam box pun hilang. Yang selalu kena curi adalah minyak motor. Ini yang paling menyusahkan sebab stesen minyak bukannya dekat, kira-kira 15 minit itu pun dengan motor, terpaksa minta tolong jiran belikan minyak," katanya kepada mStar.

bawa motor naik tingkat 9 6

Suspek pencuri minyak motosikal.

Syafirul yang berusia 40 tahun berkata, dia mengusung motosikalnya naik ke rumahnya di tingkat sembilan selepas pulang dari tempat kerja di Damansara.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap 'cop' suka buat bising... "Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!"

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bongkar mentaliti golongan B40 menyewa di apartment RM350 sebulan! Ada yang bela ayam, karaoke sampai 2 pagi

"Suatu hari saya ternampak seorang brader (brother) ni usung motor dia dalam lif naik tingkat atas. Bukan dia seorang je yang buat, sebenarnya ramai lagi pun buat.

"Saya park depan rumah, tapi hanya bila 'line clear' bila tiada orang nak masuk atau di dalam lif. Jenuh juga nak menunggu," ujarnya yang ketika itu bertugas sebagai jurutera projek.

bawa motor naik tingkat 9 10

Syafirul meletakkan motosikalnya di hadapan rumah sewa di tingkat 9. -gambar hiasan

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu terpaksa berbuat demikian selama berbulan-bulan kerana terikat dengan perjanjian bersama pemilik rumah.

"Kalau saya terminate kontrak, habislah deposit saya yang banyak tu. Lagipun saya cadang berpindah selepas kahwin pada tahun berikutnya. Jadi, saya terpaksa bertahan.

"Tapi kadang-kadang begitu menyusahkan, sama ada saya kena marah dengan penghuni lain selain lif kerap rosak," kata bapa kepada tiga cahaya mata.

bawa motor naik tingkat 9 9

Terpaksa membawa motosikal menuruni tangga kerana lif rosak. -gambar hiasan

Menurut Syafirul, suatu hari lif di flatnya rosak ketika dia mahu ke tempat kerja dan dia tiada pilihan selain membawa turun motosikalnya ke tingkat bawah melalui tangga.

"Bayangkanlah dari tingkat sembilan bawa motor turun. Memang bahaya dan memenatkan, berkali-kali berhenti sambil tekan brek, kalau motor jatuh, kita pun ikut sekali jatuh.

Saya masih ingat bagaimana saya struggle hidup di rumah flat tu dan macam mana saya boleh bertahan.

SYAFIRUL

"Berpeluh-peluh sampai ke tingkat bawah. Serik lepas tu, saya kembali letak motor kat bawah walaupun berlaku lagi kecurian terutama minyak motor... saya reda," katanya.

Setiap kali mengimbas kejadian itu, dia yang kini bertugas sebagai ejen hartanah pasti tersenyum sendiri kerana menganggapnya sebagai melucukan.

bawa motor naik tingkat 9 7

Syafirul kini merupakan ejen hartanah.

"Alhamdulillah, motor saya tak hilang. Walaupun sudah berpindah ke Klang sejak kahwin, tapi saya masih menjual rumah flat dan banyak faktor seperti tahap keselamatan dan kebersihan yang boleh mempengaruhi keputusan bakal pembeli.

"Berdasarkan pengalaman, saya nasihatkan kepada sesiapa supaya tak perlu bawa motor naik ke tingkat atas kerana kita tak boleh pentingkan diri. Saya cadangkan buat komuniti guard, rondaan dan pasang CCTV (kamera litar tertutup).

"Bila fikir balik, ia merupakan pengalaman yang kelakar. Saya masih ingat bagaimana saya struggle hidup di rumah flat tu dan macam mana saya boleh bertahan," kata Syafirul yang telah pun menjual motosikal tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain