SEBAHAGIAN besar masyarakat di negara ini khususnya Melayu amat berpegang teguh dengan petua atau pantang larang 'kuno' yang diwarisi sejak zaman nenek moyang. Bukan mahu menidakkan amalan sedemikian lebih-lebih lagi ketika era moden waktu ini, namun kebanyakannya tidak logik dan tidak mempunyai bukti klinikal, serta dibimbangi akan membawa kesan buruk. Namun apa yang paling menjadi kebimbangan utama adalah amalan sedemikian boleh jatuh dalam kategori khurafat, sekali gus mendatangkan dosa besar. Memang sukar sekiranya seseorang hidup sebumbung dengan individu yang masih berpegang kepada pantang larang kerana timbul rasa serba salah untuk mempertikai tentangnya lebih-lebih lagi jika mereka orang tua, sebagaimana dilema yang dihadapi oleh wanita ini. Berkongsi coretan di Twitter, wanita berkenaan yang enggan dikenali meluahkan rasa tertekan kerana ibu mentuanya suka campur tangan dalam urusan kehidupannya dengan amalan kuno berkenaan. "Saya ada anak empat bulan, sekarang tinggal dengan ibu mentua. Ibu mentua baik tapi nak orang dengar cakap dia saja dan agak konservatif. Wanita tersebut turut menyifatkan tempoh berpantang di rumah ibu mentuanya adalah tempoh yang paling menyeksakan. Gambar hiasan "Saya pula suka ikut cara moden, tak suka terlalu kongkong anak. Contoh, sejak lahir dia suruh bagi baby air putih tapi saya tak buat. Bila pakaikan 'onesie' atau buka stokin baby waktu siang, dia cakap nanti masuk angin. ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua kuat ibadah tapi layan menantu macam hamba! Hanya baik jika seleranya dituruti, makanan terhidang elok ARTIKEL BERKAITAN: “Tiap minggu kacau kami” - Menantu makan hati, ibu mentua asyik ajak beli barang di pasar raya... nak balik kampung pun tak bagi "Saya buat 'tummy time' dia cakap jangan tiarapkan anak nanti dah besar selalu suruh-suruh mak," kongsinya. Bukan itu sahaja, wanita tersebut berkata tempoh berpantang selepas melahirkan bayinya beberapa bulan lalu adalah tempoh paling 'menyeksakan' kerana terlalu banyak perkara yang dikawal ibu mentuanya. "Itu belum lagi dalam tempoh berpantang... saya banyak menangis. Saya stop menyusu badan dua bulan saja sebab stres ibu mentua asyik salahkan saya tiap kali perut anak kembung. "Suruh bedung ikat kaki anak ketat-ketat takut nanti besar jalan kengkang. Suruh buat itu ini dekat anak. Lepas itu bandingkan saya dengan menantu lagi seorang (biras) sebab dia ikut saja cakap ibu mentua. Bila duduk dengan ibu mentua ni memang stres sikit. Kamu dengar sajalah tapi tak payah ikut. NETIZEN "Dia selalu suruh buat petua-petua bila keluar rumah dan lain-lain. Ayah saya ustaz dan keluarga saya tak pernah ajar petua macam tu. Bagi saya, baca doa dan surah-surah cukup dah. "Saya memang takkan buat petua-petua tu sebab takut jatuh khurafat. Banyaklah lagi petua-petua dan pantang larang dia. Kadang-kadang saya diam, kadang-kadang saya iyakan saja tak buat pun," katanya lagi. Tidak tahan dengan apa yang dialami, wanita itu berkata dia pernah bersuara kepada suami dan mengajaknya untuk berpindah ke rumah berasingan. "Tapi suami tak mahu sebab ibu mentua berdua saja dengan kakak. Tak ada lelaki dekat rumah tu. "Dia seorang anak lelaki yang boleh diharap menjaga mereka. Saya sampai dah malas nak cakap. Saya nampak okay tapi penat emosi. "Patutkah saya bertahan atau pindah? Jika saya bertahan, patutkah saya lawan kata ibu mentua atau ikut saja membuta tuli?" soalnya meminta pandangan ramai. Wanita berkenaan geram kerana ibu mentuanya sering campur tangan berkaitan cara membesarkan anak. Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan situasi yang dilalui wanita tersebut dan menyarankan langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalahnya. "Ibu mentua saya pun macam ni. Apa yang saya buat, saya Google artikel atau cari video doktor-doktor bagi nasihat dan tunjuk padanya. Orang tua sometimes dengar cakap orang luar (doktor) berbanding anak menantu. "Rasanya majoriti ibu mentua macam ni sebab zaman mereka jaga anak memang begitu caranya. Kalau ibu mentua suruh buat apa-apa yang tak betul pun, saya akan betulkan dia. Memang tidaklah nak biar orang buat benda tak betul dekat anak kita. "Bila duduk dengan ibu mentua ni memang stres sikit. Kamu dengar sajalah tapi tak payah ikut," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI