suria

Dari P.Pinang, kehidupan ‘berakhir’ di Johor! Pemuda dah tak berangan gaji lumayan, serik cari kerja di Singapura

Mohd Afif (gambar kecil) berkongsi kisahnya yang mahu bekerja di Singapura.

HASRAT seorang lelaki untuk mengubah kehidupan keluarga yang lebih baik dengan bekerja di Singapura tidak kesampaian gara-gara permit kerjanya tidak diluluskan.

Lebih menyedihkan ketika itu dia baru berhijrah bersama isteri dan seorang anak dari Pulau Pinang untuk membina kehidupan baharu di Johor.

Berkongsi cerita kepada mStar, lelaki berkenaan, Mohd Afif Azizan berkata, dia baru berkahwin pada tahun lalu dan menetap di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Berpengalaman sebagai juruteknik, pemuda berusia 28 tahun itu kemudian berhenti kerja disebabkan urusan keluarga sebelum mencari rezeki dengan menjadi penghantar barang.

Melalui seorang ejen, Mohd Afif memberitau dia menghadiri satu temuduga di Johor untuk peluang bekerja di sebuah kilang di Singapura.

"Saya dapat tawaran gaji bulanan sebanyak S$1,700 (RM5,460), berlipat kali ganda dengan apa yang saya dapat sebelum ni.

"Masa tu saya rancang bawa isteri dan anak untuk menetap di Johor Bahru, dan berulang-alik ke Singapura untuk bekerja setiap hari," katanya kepada mStar.

permit kerja spore kena reject 2

Hasrat Mohd Afif untuk bekerja di Singapura tidak kesampaian.

Mohd Afif berkata, dia bagaimanapun dinasihatkan oleh ejen berkenaan supaya tidak mencari kerja lain sementara menunggu kelulusan permit kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Rugi permit! Pengurus restoran di Singapura kesal ada Gen Z dari JB cuma kerja 3 hari, beri alasan tak munasabah

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja bagus 'lari' kerja di luar negara sebab gaji ciput! Malaysia dikatakan sedang 'eksport' ramai bakat tempatan

"Bila dapat offer, saya bawa isteri dan anak berpindah ke Johor Bahru pada akhir Jun. Tapi selepas dua minggu, saya dimaklumkan bahawa permit kerja kena reject sebanyak dua kali.

"Saya pelik kenapa bagi surat tawaran kalau permit kerja belum lulus. Nak balik Pulau Pinang pun tak boleh sebab dah terikat dengan kontrak rumah sewa di Johor Bahru, dah bayar deposit," ujarnya sambil menambah isterinya berusia 23 tahun dan umur anaknya baru tujuh bulan.

permit kerja spore kena reject 5

Kejadian pokok tumbang menimpa keretanya.

Dia mengakui mengalami masalah kewangan kerana simpanannya yang 'cukup-cukup' sebelum ini tidak dapat menampung kehidupannya tiga beranak.

"Saya cuba survive dengan buat job delivery, tapi tak cukup. Kos sara hidup di tempat baharu agak tinggi. Saya terpaksa pinjam duit daripada keluarga.

"Sebelum ini dah bayangkan gaji tinggi dan hidup lebih senang kalau dapat kerja di Singapura. Bila tak dapat, saya mulanya jadi marah dan rasa down," katanya.

Mohd Afif reda dengan ujian yang menimpanya.

Mohd Afif reda dengan ujian yang menimpanya.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Mohd Afif berkata, dia terus diduga dengan keretanya dihempap oleh sebatang pokok yang tumbang ketika hujan lebat.

"Masa tu saya pergi solat Jumaat di masjid. Saya bawa isteri dan anak sekali, menunggu dalam kereta. Hujan lebat menyebabkan pokok tumbang menimpa kereta saya.

Mungkin Allah rancang sesuatu. Tapi sebelum tu, Allah uji hambanya dahulu.

MOHD AFIF

"Alhamdulillah, isteri dan anak selamat. Kereta saya hanya mengalami kerosakan kecil tetapi masih perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki," tambahnya.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia melakukan kerja sebagai operator di sebuah kilang di Johor Bahru.

permit kerja spore kena reject 1

Mohd Afif bersama isteri dan anak.

Sebulan selepas gagal mendapat kerja di Singapura, kata Mohd Afif, sebuah kilang di Johor Bahru menawarkannya untuk bekerja sebagai jurutenik bermula Oktober depan.

"Fokus saya sekarang adalah nak jaga isteri dan anak. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri dan anak menangis masa call saya ketika kejadian pokok tumbang.

"Lima tahun pertama perkahwinan merupakan fasa paling menduga buat suami isteri. Bagi mendapatkan rumah tangga yang bahagia, Allah turunkan dugaan dengan fasa kesulitan.

"Mungkin Allah rancang sesuatu. Tapi sebelum tu, Allah uji hambanya dahulu. Saya serik untuk cari kerja di Singapura, tapi bersyukur ada rezeki saya di Johor, Alhamdulillah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain