suria

Bakal suami ambil ringan bab majlis, hantaran! Masa bertunang pun dah buat hal, wanita keliru nak kahwin atau tak

Wanita tersebut penat melayan karenah tunangnya yang seperti tidak acuh mahu membuat persiapan majlis perkahwinan. Gambar hiasan

SERING kali kita mendengar perkongsian kisah mengenai betapa hebatnya dugaan ketika tempoh pertunangan.

Ada yang diuji dengan pasangan yang tiba-tiba curang, tekanan kewangan, tekanan keluarga malah macam-macam lagi ujian sehingga membuatkan ikatan pertunangan terlerai sebelum sempat diijabkabul.

Begitu juga halnya dengan kisah sepasang bakal pengantin ini yang bergaduh disebabkan tidak sependapat sehingga membuatkan salah seorang daripada mereka ingin membatalkan majlis pernikahan.

"Aku baru saja bertunang dan bulan 12 ni kalau ikutkan kami kahwin. Jarak waktu nak kahwin tiga bulan saja. Jadi bulan ini aku senaraikan semua benda yang kami kena buat daripada selesaikan borang nikah, cari baju dan pelamin... kursus kahwin dan sebagainya.

"Mak aku dah bisinglah suruh settle cepat-cepat sebab nak buat majlis ni bukan boleh ambil mudah. Jadi bila aku cakap dekat tunang aku dan kasi list dekat dia, dia cakap aku ni kelam kabut.

2

Persiapan majlis perkahwinan masih belum dilakukan meskipun hanya berbaki tiga bulan. Gambar hiasan

"Dia kata semua nak buat bulan ni macam tak ada Oktober, November dan Disember," cerita wanita berkenaan yang meluahkah kisahnya menerusi Direct Message (DM) di Twitter dan dikongsikan di akaun @brgsjks.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Selepas buat 2 kerja kumpul duit hantaran, GF minta putus... tahu-tahu bertunang dengan laki lain guna pelamin, baju tunang dipilih bersama

ARTIKEL BERKAITAN: “Setahun lebih bendasing menumpang” - Kisah pahit ketika ‘darah manis’, wanita dedah kenapa perlu elak bertunang terlalu lama

Menurut wanita berkenaan, dalam tempoh yang berbaki kira-kira tiga bulan sebelum majlis nikah, segala persiapan perlu dilakukan segera lebih-lebih lagi dia dan tunangnya tidak dapat meluangkan banyak masa bersama kerana kekangan kerja masing-masing.

"Sekarang ni kan aku stres tau. Kami dah la kerja tak sama, one of us kerja shift. Aku rasa give up.

"Masa tunang tempoh hari pun jadi hal. Malam sebelum bertunang kami gaduh sebab dia marah aku, dia kata aku tak beritahu dia majlis tunang ni ramai.

"Dia expect majlis tunang ni ada mak ayah aku dan mak saudara aku saja macam masa merisik tempoh hari. Sebab dia kata mak ayah dia tak bawa wakil. Dia tak bagi mak ayah dia bawa wakil. Aku tak pernah halang pun kalau mak ayah dia nak bawa.

Mengenai hantaran tu, baik bincang dulu. Tapi saya rasa masalah sebenar adalah tunang ambil remeh untuk perkahwinan.

NETIZEN

"Aku dah la malam tu penat dengan buat preparation semua selepas tu kena hadap mental dengan dia. Aku tak nak jadi macam masa tunang hari tu, sebab itu aku minta settle nak kahwin ni awal," luahnya.

Bukan sekadar dengan masalah tiada persefahaman untuk menguruskan majlis, wanita ini juga berkata dia dan tunangnya juga pernah bertelagah soal wang hantaran.

"Hantaran aku minta RM12,000 saja, itu pun hari tu nak nego (tawar) RM10,000. Mak aku cakap budak degree cukup murah dah RM12,000. Dah macam budak habis SPM.

"Dia (tunang) kata termasuk cincin, gelang, hantaran semua dia bagi dekat aku dalam RM15,000 juga. Selepas itu bila bincang bab hantaran untuk pihak lelaki, dia nak hantaran dia aku letak RM2,000.

"Aku pun terkejut. Aku cakap la, ia umpama you bagi RM15,000 kemudian you ambil balik RM2,000... jadi jumlah RM13,000. Dia kata mana boleh kira macam tu. Aku jadi speechless.

"Aku tak tahu, aku asyik nangis saja. Aku rasa aku patut batalkan kahwin dengan dia. Penat sangat," luahnya.

komen

Antara komen dan pandangan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Perkongsian itu sehingga kini meraih 1,285 ulang kicau.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai namun ada di antaranya 'menyalahkan' wanita berkenaan kerana dilihat menyulitkan keadaan.

"Mula-mula baca rasa kesian dekat perempuan kelam kabut nak plan tiga bulan saja. Baca sampai habis, kesiannya lelaki tu nak masuk dalam keluarga macam ni.

"Memang padanlah lelaki tu marah kalau plan lain, jadi lain kan? Lepas tu, kalau kata nak letak hantara ikut degree, awak patut tahu bakal suami tahap mana.

"Kita nak sunting anak dara orang kena ikut saluran yang betul. Mengenai hantaran tu, baik bincang dulu. Tapi saya rasa masalah sebenar adalah tunang ambil remeh untuk perkahwinan sebab perlu masa dan tenaga yang cukup, jadi tak burn out," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain