suria

‘Sniper’ muncul di sekolah, siap merangkak atas pentas! Tapi ramai pula suruh dedah identiti... “Handsome, awek beratur nanti!”

Aisy ketika menjiwai watak seorang sniper sempena sambutan Hari Malaysia di sekolah.

SETIAP kali sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pasti ramai terutama kanak-kanak yang menggayakan baju atau kostum bertemakan Jalur Gemilang.

Namun lain pula citarasa si cilik ini kerana penampilannya sangat rare atau di luar kebiasaan.

Lagaknya menjadi penembak hendap atau sniper seperti dalam pasukan ketenteraan dengan menggunakan baju penyamaran atau ghillie suit meraih perhatian.

Bercakap kepada mStar, bapa kepada kanak-kanak itu, Saiful Azwan Shamsul Anwar berkata, kostum sniper yang dipakai anak lelakinya berusia enam tahun sempena aktiviti Bulan Kebangsaan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar di Segamat, Johor, pada Isnin.

Lelaki berusia 33 tahun itu memberitahu, setiap murid yang menyertai Pertandingan Pakaian Merdeka itu boleh mengikut kreativiti dengan melambangkan Malaysia dan kemerdekaan negara.

"Setiap kali Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia, kita biasa lihat orang reka baju berkonsepkan atau menggunakan warna Jalur Gemilang.

"Saya mahu buat kelainan untuk anak saya supaya kelihatan lebih gempak. Jadi, saya perlu fikirkan idea di luar kotak untuk kelihatan lain daripada yang lain," katanya kepada mStar.

si cilik sniper 4 W

Aisy menjiwai karakter sebagai sniper.

Saiful berkata, pada mulanya dia kurang pasti sama ada penyertaan anak lelakinya, Aisy Muhammad yang merupakan murid prasekolah dapat diteruskan kerana bimbang andai ghillie suit yang ditempah gagal disiapkan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Garang tuan Faris! Murid tadika ini 'in character' macam pegawai polis pangkat tinggi... Ramai pula berhenti beri tabik hormat

ARTIKEL BERKAITAN: Abang nak jadi polis trafik, getah rambut adik jadi 'mangsa'! Dah pandai tegur cara pemanduan mak ayah

"Mula-mula saya tanya cikgu, andai kata dah isi nama tapi baju tak siap, boleh ke nak batal penyertaan? Tapi saya memang berharap anak dapat pakai baju tu pada hari sambutan.

"Saya tempah di kedai di mana baju celoreng dicerai secara halus untuk dijadikan ghillie suit dan juga kait benang-benang hijau," ujarnya yang berasal dari Bentong, Pahang.

si cilik sniper 2 W

Aisy memakai topeng muka baraclava.

Namun menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, dia berasa lega apabila baju yang ditempah siap selepas seminggu, iaitu beberapa hari sebelum sambutan di sekolah.

Malah, Saiful turut bersyukur anak kedua daripada tiga beradik itu seorang yang tidak cerewet dan sering mendengar kata ibu bapa.

"Selain ghillie suit, anak saya juga memakai topeng muka baraclava, sarung tangan selain dipadankan dengan kasut sekolah berwarna hitam," tambahnya.

si cilik sniper 7

Aisy (kanan) bersama abang dan adiknya.

Saiful yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagaimanapun tidak menyangka anaknya beraksi dengan merangkak seperti anggota tentera beroperasi.

"Pada asalnya saya latih anak untuk berjalan secara taktikal, kaedah jalan yang membongkok dan membengkokkan lutut seperti pasukan keselamatan mengadakan serbuan.

"Saya tak galakkan anak merangkak sebab nanti sukar untuk dia bergerak. Budak-budak kan, tak biasa. Tapi tak sangka anak dapat beraksi dengan baik," katanya sambil menambah turut melatih anaknya cara memegang permainan senapang sebagai aksesori sniper.

Saya mahu buat kelainan untuk anak saya supaya kelihatan lebih gempak.

SAIFUL

Menyifatkan anaknya itu sebagai lasak, sempoi dan banyak bercakap, Saiful yang sudah 13 tahun menganggotai PGA juga menerapkan semangat patriotik.

"Anak saya memang bersemangat. Saya ubah suai sikit supaya mudah untuk dia melihat, bergerak dan bernafas. Tapi memang berpeluh kalau pakai berjam-jam.

"Bagi saya, tak menang tak apa. Yang penting, kemunculan anak menjadi perhatian. Saya pernah pakai ghillie suit ala sniper semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan Road March sempena sambutan Hari Polis ke-215 di Dataran Merdeka pada akhir Julai.

si cilik sniper 5

Saiful bersama keluarga.

"Orang awam yang datang mahu bergambar dengan sniper sebab rare, jarang dilihat. Seperti anak saya, ramai cikgu nak bergambar dengannya di sekolah, nampak special," katanya.

Terdahulu Saiful berkonsi video anaknya itu di TikTok hingga meraih hampir 700,000 tontonan selain menerima pujian netizen.

Rata-rata kagum dengan semangat yang ditunjukkan kanak-kanak berkenaan malah tak kurang juga yang ingn melihat wajah sebenar di sebelik kostum yang dipakai.

"Amboi segaknya dia.

“Bahaya dedahkan identiti sniper nanti jadi sasaran.

“Handsome awek beratur nanti ni.

“Comel, mudah-mudahan jadi kebangsaan keluarga yer dik,” kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain