BUKAN sekadar hilang wang, malah maruahnya turut tergadai. Lebih membuatkan fikiran bertambah kusut, wanita ini kini hamil tiga bulan hasil hubungan intim bersama 'lelaki keparat' yang dikenalinya menerusi aplikasi 'dating' Omi, beberapa bulan lalu. Wanita tanpa identiti berkenaan meluahkan masalah yang dihadapinya menerusi mesej yang kemudian dikongsikan di laman Twitter seorang 'Tweetfamous' @chairman_GLC, untuk meminta pandangan ramai ekoran mangsa terlalu buntu sehingga terfikir mahu menamatkan riwayat sendiri. Kisah yang diceritakan wanita malang berkenaan dan dikongsi semula di Twitter. Berdasarkan ceritanya, dia dan lelaki tersebut kerap berhubung antara satu sama lain menerusi panggilan video dan mesej sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa selepas tiga hari berkenalan menerusi aplikasi berkenaan. "Saya kenal seorang lelaki ni dekat Omi. Perfect 10 (sempurna) dan verified. Dipendekkan cerita, pertama kali berjumpa saya ambil dan kami beli cincin emas bernilai RM4,000 dan dia bagi pada saya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelik sangat... Pengantin lelaki sorok muka atas pelamin, anak buah tak sedap hati! Rupanya masuk jerat scammer! ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris hangus RM10,000! Wanita ini hampir gadai barang kemas gara-gara taktik baru scammer... data peribadi tepat, confident level penipu sampai ke langit "Sebagai balasan saya peruntukkan wang untuk semua perbelanjaan hari itu. Kami ambil keputusan untuk check in (hotel). Saya yang keluarkan belanja hotel, makan, shopping semua sebab dia bagi cincin emas mahal," kongsinya. Dalam pertemuan kali pertama tersebut, wanita berkenaan mendedahkan mereka mengadakan hubungan intim tanpa sebarang 'perlindungan'. "Malangnya waktu pagi bangun, dia dah hilang bersama-sama telefon bimbit saya dan cincin emas tu," luahnya. Wanita tersebut kini buntu memikirkan masalah yang sedang ditanggung. Gambar hiasan Wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu namun hampa apabila diberitahu kes tersebut tidak dapat diambil tindakan lanjut. "Polis tak boleh buat apa sebab hotel ditempah atas nama saya. Tak ada unsur paksaan. Cuma boleh report kecurian telefon. "Lelaki itu guna nama dan maklumat palsu. Tak ada gambar kerana telefon bimbit kena curi, hanya ada CCTV. Bila tak tally, polis start abaikan. "Lebih teruk sekarang saya mengandung tiga bulan. Suicide is the only op (bunuh diri satu-satunya pilihan)," luahnya lagi. Kesian wanita tu, tapi itulah. Malas nak cakap. Hopefully dah kena tu sedarlah. Dan yang lain pun tolong ambil iktibar daripada kisah ni. NETIZEN Perkongsian tersebut meraih sehingga melebihi 5,000 ulang kicau. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita malang berkenaan selain turut memberi pelbagai saranan dan memintanya berfikir lebih panjang. "Sedihnya baca. Lelaki tu lupa kot musibah itu bila-bila boleh datang. Jangan dah kena ujian semua tu terus salahkan tuhan. Antara komen dan pandangan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Dapatkan nasihat profesional (doktor ginekologi) tentang pro atau kontra prosedur dan dapatkan sokongan yang boleh dipercayai. Apa sahaja keputusan yang anda buat akan meninggalkan kesan. "Kesian wanita tu, tapi itulah. Malas nak cakap. Hopefully dah kena tu sedarlah. Dan yang lain pun tolong ambil iktibar daripada kisah ni. Kalau terjumpa guy dekat dating apps yang perangai macam ni, walk away siap-siap," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI