SERIK dan trauma! Itulah yang dirasai oleh seorang ibu muda selepas anak kecilnya yang berusia setahun menjadi mangsa dera pengasuh sehingga mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan. Apa yang lebih mengejutkan, wanita tersebut baru menghantar anaknya selama tiga hari sebelum membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan khidmat pengasuh berkenaan selepas mengesan kesan lebam dan luka pada badan bayi malang tersebut. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali dengan nama Tyra Adnan berkata, dia terpaksa menghantar anaknya untuk dijaga pengasuh memandangkan baru mendapat tawaran pekerjaan. "Saya sebelum ini merupakan suri rumah dan menjaga sendiri anak yang kini berusia setahun. Baru-baru ini saya dapat kerja sebagai pembantu tadbir. ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar! Pengasuh tampar, ketuk budak guna sudip didakwa pernah dera kanak-kanak lain... selalu ada kesan luka cubit di badan ARTIKEL BERKAITAN: Badan, mata anak lebam selepas balik dari rumah pengasuh... konon terkena mainan! Jawapan doktor rungkai segalanya - “Ada CCTV, berdaftar belum tentu selamat” "Selepas berbincang dengan suami, kami ambil keputusan untuk hantar anak kepada pengasuh. Waktu kerja saya juga pendek iaitu 8 pagi sehingga 1.30 petang saja. "Selepas mencari-cari dari Facebook, ada beberapa orang yang tawarkan khidmat mengasuh. Tapi wanita tersebut adalah yang terawal beri respons. "Saya pun sempat berkenalan dan pergi ke rumahnya dulu sebelum hantar anak. Saya tengok orangnya baik, anak kecilnya pun siap kongsi mainan. Dia pun hanya mengasuh seorang kanak-kanak berusia enam tahun saja, tak ramai. Jadi saya pun proceed," ujar ibu muda berusia 23 tahun ini. Kesan lebam pada lengan anak Tyra. Tyra berkata pada hari pertama menghantar anak kecilnya kepada pengasuh yang berusia sekitar 30-an pada Isnin lalu, semuanya dalam keadaan yang baik malah wanita berkenaan sempat menghantar video bayinya yang sedang bermain dan ceria. "Namun selepas ambil anak pada hari kedua, saya ada perasan lebam dekat pipinya namun tidak bertanya lanjut kepada pengasuh. "Hari ketiga, suami yang ambil anak. Suami beritahu ada macam luka dan kesan merah dekat telinga. Selepas balik rumah, saya tengok kedua-dua telinga anak macam luka dan ada kesan lebam dekat lengan. "Saya terus WhatsApp pengasuh tu dan tanya apa yang berlaku? Dia kata lupa nak beritahu, anak saya terjatuh ketika main dengan anaknya dan terkena bucu meja," ujar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini. Pengasuh mendakwa kesan merah pada telinga anak Tyra disebabkan terkena bucu meja. Berasa tidak sedap hati dan bimbang perkara yang lebih buruk terjadi, Tyra dan suaminya mengambil keputusan untuk tidak lagi menghantar anak kecil mereka untuk dijaga pengasuh berkenaan. "Hari ketiga itu juga saya beritahu dia dah tak nak hantar anak dan ambil barang-barang di rumahnya. Dia beri barang dan terus masuk rumah... tiada langsung perkataan maaf atau penjelasan. "Itu saya cukup terkilan. Saya dan suami bawa anak buat pemeriksaan di hospital dan doktor sahkan memang ia kesan dera, bukan terjatuh. Selepas itu kami buat laporan polis kerana tak mahu anak orang lain pula jadi mangsa. Saya jadi trauma... macam tak percaya dah nak hantar anak kepada pengasuh. TYRA ADNAN IBU "Kalau ikutkan, dia boleh direman tapi saya masih ada rasa simpati dan minta polis hanya menasihati wanita berkenaan. Saya bertimbang rasa memikirkan dia ada anak kecil juga. "Pengasuh tersebut juga minta saya bayar upah RM150. Bagi saya jumlah itu tak logik. Pihak polis kata sepatutnya tak perlu bayar tapi saya bayar juga walaupun dalam jumlah yang bukan seperti diminta," ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak. Buat masa ini, Tyra berkata dia terpaksa mengambil cuti buat sementara waktu bagi menjaga anak kecilnya. Tyra membuat laporan polis selepas mengesan kecederaan pada tubuh badan anaknya. "Saya jadi trauma... macam tak percaya dah nak hantar anak kepada pengasuh. Saya bersyukur majikan memahami situasi ketika ini," katanya. Tidak menyangka video yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih lebih 748,000 jumlah tontonan, Tyra berkata perkongsiannya bertujuan untuk dijadikan pengajaran bersama oleh ibu bapa lain. "Saya rasa ramai ibu bekerja di luar sana dalam dilema kerana terpaksa hantar anak kepada pengasuh atas tuntutan kerja. "Namun selepas kena sendiri, saya nasihatkan supaya ibu bapa lebih berwaspada... kalau boleh carilah pengasuh yang kita kenal, siasat dulu jangan terus hantar anak. "Bagi mereka yang nak bergelar pengasuh, kalau anda tak boleh kawal stres, tak perlulah jadi pengasuh. Jadi pengasuh ni perlukan kesabaran yang tinggi," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI