suria

Geli! Pelanggan tak perasan tidur bersama tompokan darah, air mani pada cadar hotel... Geram ‘guest’ lama tinggal bukti selepas asmara

Kesan darah dan tompokan cecair dipercayai air mani pada cadar hotel di bilik pelanggan berkenaan.

SEMPENA cuti umum hujung minggu baru-baru ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Sebagaimana kelazimannya, sudah pasti rata-ratanya memilih untuk menginap di hotel bukan sahaja kerana inginkan keselesaan, tetapi kemudahan yang disediakan seperti kolam renang bisa menjadi tarikan untuk kanak-kanak.

Namun apa yang tidak enak, kecoh di media sosial mengenai rungutan para pelanggan hotel kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan serta tahap kebersihan bilik mereka.

Seorang pelayar baru-baru ini berkongsi pengalaman ngeri apabila bilik yang ditempahnya tidak dikemas dengan teliti sehinggakan jelas kesan tompokan cecair seperti darah dan air mani pada cadar.

HOTEL 3

Salah satu daripada beberapa kesan tompokan darah pada cadar.

"Hari tu ada housekeeping buat complain fasal guest. Jadi hari ni saya nak complain pada housekeeping dan guest.

"Boleh tak korang buat kerja tu jujur amanah? Ini macam bilik tak berkemas, tak tukar cadar dan sarung bantal.

"Apa perasaan dapat bilik yang penuh dengan darah? Saya sampai hotel pukul 3 pagi. Sampai-sampai memang tak check dah bilik, terus tidur sebab letih... dengan anak-anak dah tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu check-out tinggalkan bilik bersepah, kotor... kesian nama Neelofa pula kena petik! Mana privasi duduk hotel?

ARTIKEL BERKAITAN: Najis berterabur, karpet banjir! Housekeeping merungut tetamu hotel pengotor, mungkin balas dendam dapat tuala ‘recycle’

"Esoknya saya perasan tilam penuh darah. Saya terus call housekeeping dan panggil manager mereka. Rasa macam geli dan mimpi ngeri malam tu tidur dengan darah.

"Bayangkan kalau darah tu ada virus atau kuman," tulis pelayar berkenaan dalam coretan yang dikongsikan di laman Facebook Hotel Review Malaysia.

Apa yang lebih mengecewakan wanita berkenaan, perkara sedemikian tidak sewajarnya berlaku kerana hotel yang diinapnya bukanlah standard hotel bajet.

"Manager hotel dah minta maaf dan akan siasat hal itu. Kalau setakat habuk-habuk ke saya boleh terima lagi. Ini darah! Bukan hotel bajet ya," kongsinya.

HOTEL 2

Perkongsian daripada pelanggan berkenaan sebagai teguran kepada pihak hotel yang lain.

Bagaimanapun pelayar berkenaan tidak menyatakan lokasi hotel tersebut dan bila kejadian itu berlaku.

Tidak hanya menegur pihak hotel, pelayar berkenaan turut menegur sikap segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab apabila tanpa segan silu meninggalkan 'bukti' selepas berasmara.

"Tak geli ke kau tinggalkan bekas-bekas darah dekat tilam tu? Dah tahu cadar hotel warna putih, yang kau selok (galak) sangat nak malam pertama atas tu dah kenapa?

Apa perasaan dapat bilik yang penuh dengan darah? Saya sampai hotel pukul 3 pagi. Sampai-sampai memang tak check dah bilik, terus tidur sebab letih.

PELANGGAN HOTEL

"Dengan ada tompokan darah dan air mani... otak ada ke tak ada? Lepas tu kau tinggal je bilik dengan kesan-kesan darah kau. Tak malu ke orang tengok? Geram!

"Tak fasal aku tidur dengan kesan darah kau dekat situ.

"Pengajaran selepas ini... tak kisahlah check-in pukul berapa, memang kena check dulu tilam sebelum tidur. Pertama kali dapat bilik macam ni," konsginya.

Pelayar tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar keadaan cadar biliknya yang mempunyai tompokan darah dan cecair dipercayai air mani.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir sama, selain ada di antara mereka yang memberi saranan setiap kali melangkah masuk ke bilik hotel.

"Mereka (pelanggan) memang berseronok sampai tak ingat dunia. Panc** sana sini ya. Housekeeping tak salin cadarlah tu.

HOTEL 4

Antara netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing.

"Benda pertama saya buat apabila masuk bilik ialah ambil gambar, round semua sampai toilet, selak selimut, bawah bantal, check laci, wardrobe, fridge. Barulah guna bilik tu... sebabnya saya jenis geli je, walaupun lima bintang.

"Saya ex-hotelier. Cuma nak bagi advice, apabila check-in hotel tak kiralah hotel berbintang lima atau tidak. Check dulu linen dalam bilik tu dan sila bilas dulu cawan, sudu dalam bilik tu guna air panas. Seeloknya bawa tuala mandi sendiri untuk kegunaan dalam bilik dan swimming pool.

"Saya pun bekas housekeeping dulu. Pernah kemas satu bilik, buka saja pintu bau darah. Paling teruk sampai tembus kena tilam, sarung bantal, paling penuh dekat cadar. Dah macam tempat pembunuhan dah," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain