suria

Pengawal keselamatan suruh letak makanan atas lantai, rider tak sampai hati... Ramai geram JMB kedekut beli meja! “Macam bagi kucing makan je”

Pengawal keselamatan sebuah residen meminta makanan yang dihantar rider diletakkan di atas lantai.

BERGELAR seorang penghantar makanan (rider) mungkin nampak mudah bagi kebanyakan orang.

Namun sebenarnya golongan ini menggalas amanah yang besar iaitu memastikan pesanan makanan sampai dengan selamat ke tangan pelanggan.

Bagaimanapun dalam menjalankan tanggungjawab hakiki ini, mereka sering kali berdepan dengan kerenah pelbagai pihak, baik daripada pelanggan mahupun pihak pengurusan kediaman.

Ini kerana tidak semua lokasi mudah diakses oleh rider khususnya bagi residen mewah yang mempunyai kawalan keselamatan ketat.

Bagi kawasan residen seperti ini, rider lazimnya diminta meninggalkan pesanan makanan di pondok pengawal keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penghantar makanan enggan ‘naik atas’ hantar order, rider OKU bersuara - “Pelanggan tergamam saya selak seluar”

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan lambat siap, pelanggan selamba cancel! Rider kata mereka pun kena ‘sidai’, jangan marah suka hati

Baru-baru ini seorang rider dikenali sebagai Amirol meluahkan rasa kesal dengan sikap pihak pengurusan sebuah residen mewah kerana tidak begitu cakna kerana gagal menyediakan tempat meletak makanan yang bersesuaian.

"Kawasan bukan main mewah tapi meja pun tak mampu beli. Makanan kena tinggal dekat lantai macam tu.

"Apabila cakap tak elok makanan letak lantai, boleh guard tu cakap 'you jumpalah bos saya'. Ini macam ke?

rider 2

Rider berkenaan membuat perkongsian bertujuan agar perkara tersebut diambil perhatian oleh pihak residen.

"Bukan tak hormat security tapi cara dia cakap pun tak elok," tulis rider tersebut pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi video dan komen, difahamkan kawasan tersebut adalah sebuah residen jenis kondominium yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

Menerusi video tersebut juga, kelihatan beberapa bungkus makanan yang dipesan oleh penghuni di premis berkenaan diletakkan di atas lantai di ruang lobi bangunan.

Makanan kalau kita letak dekat lantai, ibarat sama dengan kaki dah.

RIDER

Tambahnya, tujuan dia merakam dan berkongsi video berkenaan adalah supaya pihak pengurusan residen lebih cakna dengan perkara tersebut.

"Mak saya ajar makanan jangan letak dekat lantai. Situ tempat orang pijak, situ juga kita letak makanan. Tak elok orang tengok.

"Makanan kalau kita letak dekat lantai, ibarat sama dengan kaki dah," tulisnya pada ruangan komen.

Perkongsian dan pandangan rider tersebut turut disokong oleh sebahagian netizen dengan rata-ratanya mencadangkan agar penghuni dapat berbincang solusi terbaik mengenai isu berkenaan.

rider 3

Sebahagian daripada komen netizen yang turut mengecam tindakan pihak pengurusan residen berkenaan.

"Kondo aku masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali je rider letak atas lantai, kena hamun dah JMB (badan pengurusan bersama). Terus ada meja siap label 'Grab, Foodpanda and parcel'.

"Itulah... bulan-bulan bayar duit maintenance, apa salahnya JMB mereka keluarkan duit beli meja atau rak untuk letak makanan.

"Kalau dapat customer yang 'berangin', memang kena la bos dia tu. Macam bagi kucing makan je letak bawah macam tu," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian video Amirol meraih sehingga 35,600 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Sementara itu, pengurus residen berkenaan ketika dihubungi mStar berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan kepada rider mahupun penghantar barang (parcel) untuk meninggalkan pesanan pelanggan masing-masing di atas lantai.

Sebaliknya, mereka diberi ruang khas untuk menunggu sehingga pelanggan turun untuk menyerahkan pesanan makanan atau barang.

"Pada mulanya kami sediakan kaunter sejak musim Covid-19. Masa Covid-19 kita pun faham tak boleh ada contact secara langsung. Tapi kemudian, apa yang berlaku, penghuni di sini yang majoritinya pelajar tak ambil pesanan masing-masing.

"Ia terbiar berjam-jam malah sampai keesokannya pun ada. Bila dah berlonggok begitu, tak cantik dilihat lagi pula ia dekat pintu utama.

"Jadi, kami sediakan tempat khas untuk para rider dan penghantar barang tunggu pelanggan mereka. Kami galakkan mereka hubungi pelanggan bila sampai. Sepatutnya rider dan pelanggan sama-sama peka dalam perkara ini.

"Bukan pihak bangunan berkira nak sediakan meja, tapi ia disebabkan isu yang saya sebutkan tadi," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain