suria

Biadab! Wanita ini tergamak minta sijil mati keluarga rakan, buat alasan adik tak jadi balik asrama... “Nak emergency”

Tindakan seorang wanita yang meminta sijil mati ahli keluarga rakannya mengundang reaksi negatif.

TIDAK beradab!

Demikian gambaran tindakan seorang wanita yang selamba meminta salinan fotokopi sijil kematian ahli keluarga rakannya demi kepentingan sendiri.

Malah, dia dikatakan mahu menjadikan kematian adik rakannya itu sebagai alasan memohon cuti 'kecemasan' untuk ahli keluarga.

Terbaharu berdasarkan tangkap layar daripada perbualan di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan di Twitter, wanita terbabit berkata surat kematian tersebut ingin digunakan kerana adiknya tidak pulang ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mesej awalnya juga menyatakan dia akan berjumpa dengan keluarga mangsa jika ada rezeki.

"Salam Shera. Nanti nak copy surat kematian adik kau boleh? Sebab adik aku tak jadi balik Poli PD. Nak emergency," demikian mesej yang dihantar individu bernama Athirah.

Ciapan asal abang kepada arwah yang berang.

Ciapan asal abang kepada arwah.

Pertanyaan yang dianggap biadab itu dikongsikan abang kepada arwah yang dikenali sebagai Asyraff di Twitter.

Luah Asyraff, dia berang kerana perbuatan wanita tersebut seolah-olah tidak menghormati serta prihatin dengan kesedihan yang menimpa keluarganya.

Menerusi ciapan di laman Twitter, dia mempersoalkan kenapa individu tersebut ingin menggunakan surat kematian orang lain jika mempunyai kecemasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepupu penunggang motosikal biadab tampil mohon maaf... Nazrief Nazri kata ‘not my level’ nak bergaduh di IG

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki undang kemarahan! Selamba kongsi gambar biadab pijak replika kanak-kanak kebuluran di muzium

"Kalau kau emergancy, kenapa nak pakai surat mati orang lain. Otak letak mana?

"Kau tak reti hormat orang baru meninggal? Ingat ni klinik ambil MC (sijil cuti sakit) ke," ajunya.

Tambah Asyraff dia terkilan kerana pertanyaan berkaitan sijil kematian dibuat ketika arwah adiknya baru saja menghembuskan nafas terakhir.

"Saya sebagai abang arwah, bukan apa... saya rasa terkilan sebab kami sekeluarga pun belum dapat apa-apa result dari hospital. Tunggu panggilan," luahnya kecewa.

Warganet menyuarakan rasa marah terhadap tindakan wanita bernama Athirah tersebut.

Warganet menyuarakan rasa marah terhadap tindakan wanita bernama Athirah tersebut.

Dalam pada itu, dia menyatakan, posting tersebut adalah untuk kesedaran dan peringatan bukan bertujuan memalukan mana-mana pihak mahupun sebagai penghinaan.

Dia juga menasihatkan individu yang ingin berurusan dengan keluarga si mati supaya bertanya khabar terlebih dahulu bagi mengelakkan menyinggung perasaan.

"Tujuan saya post benda macam ni untuk kesedaran dan peringatan kepada semua, bukan niat nak memalukan atau hina sesiapa.

"Cuba tanya khabar dahulu dengan cara yang betul. Cara yang salah boleh menyinggung perasaan orang lain... lagi-lagi soal kematian.

"Pukul 5 petang masa dia tanyakan sijil, arwah masih lagi tunggu result swab test sebelum dihantar ke forensik," luahnya.

Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau lebih 8,000 pelayar Twitter selain mendapat 9,500 tanda suka.

Macam tu ja minta surat mati? Orang tengah sedih dan nak uruskan jenazah... mudah sahaja macam tiada common sense.

NETIZEN

Menyusuri ruangan komen, kebanyakan warganet turut menzahirkan rasa marah kerana wanita terbabit disifatkan tidak peka dengan situasi semasa yang menimpa keluarga arwah.

"Sangat biadab kalau tiba-tiba minta walaupun tak melawat. Tak layak dia buat kawan.

Twit balas abang arwah selepas melihat perkongsian maaf individu tersebut.

Twit balas abang arwah selepas menerima mesej permohonan maaf mewakili individu tersebut.

"Salinan sijil kematian lambat dapat sebab nak kena tunggu keputusan swab Covid-19 dahulu. Nak rule out cause of death... sepatutnya hormat keluarga dan arwah, ni macam guna alasan sijil mati tak jadi masuk politeknik.

"Kalau keluarga terdekat kita faham, apatah lagi yang hadir bantu mandi, solat dan ke bumi. Ini dah la tak ada kena mengena, siap cakap ada rezeki baru jumpa... tiada common sense dan agak biadab.

"Macam tu ja minta surat mati? Orang tengah sedih dan nak uruskan jenazah... mudah sahaja macam tiada common sense," luah beberapa netizen yang turut geram dengan tindakan wanita tersebut.

Bagaimanapun, salah seorang pelayar berkongsikan tangkap layar mesej yang dihantar individu lain bagi memohon maaf bagi pihak wanita dikenali sebagai Athirah atas keterlanjuran kata-katanya ketika meminta surat kematian tersebut.

Difahamkan, adik Athirah juga merupakan rakan kepada arwah dan mahu menziarahinya buat kali terakhir sebelum pulang ke asrama.

Surat kematian tersebut adalah sebagai bukti dan rekod kepada pihak institusi pengajian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain