TIDUR di katil beralaskan tilam yang empuk di bilik hotel mewah pastinya sangat selesa dan mendamaikan. Bayangkan pula tidur dengan pemandangan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC), pastinya memukau! Mungkin ia dianggap biasa bagi sebahagian masyarakat, tetapi tidak buat mereka dalam kalangan berpendapatan rendah atau B40. Namun, siapa sangka ada antara mereka memasang impian untuk merasai pengalaman mewah itu. Menara Kembar PETRONAS (KLCC) menjadi tarikan di Kuala Lumpur. foto AZHAR MAHFOF/The Star Seperti seorang pemuda yang bernama Wan Raziman ini, dia berkongsi tangkap layar tempahan bilik di sebuah hotel di Kuala Lumpur, berharga lebih RM657.20 semalam termasuk bayaran fi. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern sewa kondo jarak 5 minit dari KLCC, gadis Terengganu ini ada sebab mampu hidup selesa... Tahan diri godaan 'shopping' ARTIKEL BERKAITAN: Layan 'maid' macam VIP, bawa shopping baju raya di KLCC... Ramai tawar diri jadi bibik, mengidam bonus RM5,000! "Saya sebagai B40 nak merasa hidup sebagai T20, nak tidur menghadap KLCC," tulisnya di Facebook Menerusi ruangan komen, bilik yang ditempah Raziman merupakan hotel mewah bertaraf lima bintang dengan jarak hanya berjalan kaki ke KLCC. Posting seorang pemuda yang dikongsi di Facebook B40 Buat Perangai Hari Ini. Menariknya, bilik hotel yang ditempah dengan sarapan itu hanya dapat dinikmatinya kira-kira setahun lagi. Ini kerana Raziman menempah penginapan satu malam dengan tarikh daftar masuk pada 30 Ogos 2023 dan mendaftar keluar pada 31 Ogos 2023. Moga terus motivasi untuk keluar daripada lingkungan B40... usaha tangga kejayaan. NETIZEN Kemungkinan juga bilik hotel yang ditempahnya itu sempena ambang sambutan Hari Kebangsaan. "Booking awal tak kalut, sempat lagi simpan RM100 sebulan. Sekali seumur hidup," katanya yang menjelaskan bahawa tempahan yang dibuatnya adalah kategori 'pembatalan percuma' dan caj hanya dikenakan semasa mendaftar masuk. Tangkap layar tempahan bilik hotel yang dibuat Raziman. Menerusi ruangan komen di Facebook B40 Buat Perangai Hari Ini, rata-rata netizen kagum dengan semangatnya untuk mahu merasai pengalaman bermalam di bilik hotel yang menghadap KLCC. "Kenapa tidak? Sekali-sekala memanjakan diri sendiri. "Okay je. Tak salah pun nak reward diri sendiri. "Terbaik. Saya doakan berjaya realisasikan impian duduk hotel tu. "Bagus reward diri sendiri. Moga terus motivasi untuk keluar daripada lingkungan B40. Usaha tangga kejayaan," antara komen netizen. Antara komen netizen. Malah, ada yang menganggap tindakannya itu membolehkan seseorang itu merancang perbelanjaan dan menyimpang wang untuk menikmati penginapan di hotel. "Tak terfikir pun idea ni kan. Betul juga, booking awal. Boleh simpan sikit-sikit. Terima kasih atas idea. "Kita bukan kaya betul nak bayar 'seketul' buat harga hotel premium. Sekali habuan rasa okay la," kata seorang netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI