suria

Tinggal abu! Pelajar hiba koleksi barang K-Pop dibakar, sanggup cari serpihan terselamat - “Yang dia bakar tu jiwa anak”

Seorang pelajar sedih apabila koleksi barangan K-pop miliknya dibakar oleh bapa.

LULUH hati seorang gadis melihat barang kesayangannya dibuang dan dibakar sampai hangus, dipercayai dilakukan oleh bapanya sendiri.

Netizen juga begitu sayu dan hiba apabila melihat video menunjukkan remaja perempuan itu yang memakai pakaian seragam sekolah menangis sebaik mendapat tahu koleksi barangan K-popnya dibakar.

Berdasarkan keterangan video tular itu, ia dipercayai dimuat naik oleh ibu gadis tersebut, menyatakan bahawa anaknya sedih apabila mendapat tahu koleksi kesayangan dibakar tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.

"Dia beli mahal katanya, ada juga yang kawan-kawan bagi. Tahu-tahu dah habis dibakar," demikian menurut seorang pengguna TikTok.

Selain koleksi barangan, buku jurnal yang dihasilkan oleh gadis itu yang memaparkan artis K-pop juga dibakar oleh bapanya.

bakar koleksi kpop anak 2

Seorang anak hanya mampu menangis melihat koleksi K-pop kesayangan dibakar.

Rakaman berdurasi satu minit dan 27 saat itu turut menunjukkan gadis berkenaan yang masih berbaju seragam sekolah ke luar rumah untuk meninjau lokasi pembakaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik sebak sambut birthday, abang-abang selamba gelak! Betul ke seorang tu ada iras artis Korea? - "Saya 'stalk' carian dia semua BTS"

ARTIKEL BERKAITAN: Minat K-Pop, Spiderman pemalu terjumpa jodoh ketika menari di konsert Twice 2019... siapa sangka dah jadi imam staf klinik gigi

Tidak putus harapan, gadis itu sanggup menyelongkar sisa-sisa koleksi yang tidak terbakar tetapi kebanyakannya hanya tinggal abu.

Dalam suasana pilu, gadis tersebut menjumpai sebuah kotak dan mendapati di dalamnya masih mengandungi beberapa koleksi yang masih elok serta separuh hangus.

bakar koleksi kpop anak 3

Koleksi barangan K-pop yang dibakar bapanya.

Antara yang 'selamat' dan masih dalam keadaan baik adalah lencana dan beberapa keping gambar artis K-pop.

"Sedih sungguh, kutip juga mana yang tersisa. Jadikan pengajaran," katanya, sambil menjelaskan dia bagaimanapun tidak menggalakkan atau menyokong minat anaknya itu, tetapi mengakui tindakan membakar koleksi barangan tersebut adalah tidak wajar.

Yang dia bakar tu sebenarnya jiwa anak. Ada cara nak didik.

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, pengguna TikTok yang berkongsi video tersebut memberitahu dia tidak membakar koleksi barangan K-pop milik anaknya.

"Post untuk kenangan je. Bukan mama dia yang bakar ye, tapi mama rekod. Mama pun tak setuju ye, jadi jangan kecam mama dia," katanya.

bakar koleksi kpop anak 6

Komen ibu dan anak berhubung video yang tular.

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok tampil mendakwa dirinya sebagai gadis di dalam video yang tular dan mendedahkan bahawa bapanya yang membakar koleksi K-pop tersebut.

"Abah saya bakar, mama saya yang rakam. Mama saya pun ada tegur cara abah saya masa dapat tahu. 'Ni la buat anak macam ni macam mana anak nak dekat' kata mama," tulisnya berserta emoji sedih.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis berkenaan dan berpandangan ibu bapa tidak sepatutnya membakar koleksi barangan K-pop tersebut.

bakar koleksi kpop anak 4

Serpihan koleksi dengan kesan terbakar.

"Anak saya pun macam ni gila K-pop. Saya membebel juga, tapi bila ingat minat ni akan berlalu dengan masa. Saya muda pun minat artis, kumpul dan tampal gambar dan macam-macam.

"Yang dia bakar tu sebenarnya jiwa anak. Ada cara nak didik. Jangan sesekali main jiwa tau.

"Aku lebih senang kalau anak-anak minat benda-benda begitu dari dia minat keluar lepak dengan kawan-kawan yang tak tentu hala. Mereka perlu ada minat untuk distract dari stres hidup.

bakar koleksi kpop anak 5

Antara komen netizen.

"Benda tu dah la mahal, kalau mak ayah tak suka boleh je slow talk dulu dan benda tu laku jika jual balik. Kebanyakannya orang jual balik, bukan bakar.

"Kasihan dia. Kenapa buat macam tu? Lain la dia buat benda salah dan tahap minat dia tu melampaui batas. Sabar ye dik," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain