suria

Helah kedai kopi nak untung lebih, pandai-pandai genapkan lima sen dalam bil - “Cashier minta, kita pun korek dompet”

Pelanggan wanita berkenaan diminta membayar RM13.30 selepas bil digenapkan 5 sen.

MINGGU lalu media sosial hangat dengan isu melibatkan sebuah rangkaian kafe terkenal selepas seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati ekoran isu wang baki lima sen.

Baru beberapa hari reda, terbaharu isu 'lima sen' kembali hangat namun kali ini ia melibatkan kafe lain pula.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita berkongsi kisahnya ketika menikmati minuman di sebuah kafe yang berakhir dengan situasi tidak dijangka.

"Sebenarnya lama dah tak tengok resit bila mengopi. Sejak ada orang bayarkan ni terus tak tengok resit. Nak jadi cerita malam tadi saya pesan latte di kaunter.

posting cafe

Posting asal yang dikongsikan oleh pelanggan wanita tersebut di Facebook.

"Di skrin keluar total RM13.25. Saya menanti dan menyaksikan cashier key-in, jadi saya lihat total di skrin.

"Maka saya keluarkan cukup-cukup RM13.25. Saya menyusun 10 sen, 10 sen dan 5 sen. Duit syiling memang ada sokmo (sentiasa) dalam purse," tulisnya mengimbas kembali insiden yang berlaku pada 2 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zus Coffee mohon maaf isu tak cukup baki 5 sen selepas teruk dikecam... Beri baucar potongan 75 sen kepada pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu baki 5 sen, Zus Coffee lancar siasatan... Bukan kes ‘tak cukup’, akan ambil tindakan

Bagaimanapun sebaik sahaja dia membayar RM13.25 untuk dua jenis minuman yang dipesan, tiba-tiba juruwang memintanya lagi lima sen.

"Adik cashier cakap, lima sen lagi kak... RM13.30. Eh? Dia pun bagi resit. Tertera di resit RM13.30. Rounding? Saya pun keluarkan lima sen lagi. Ni dik. Sambil hulur lima sen lagi," kongsinya.

Dalam keadaan sedikit blur, wanita tersebut berkata dia tetap menghulurkan sekeping syiling lima sen sebagaimana yang diminta juruwang.

resit

Jelas tertulis pada bil di mana jumlah harga minuman digenapkan 5 sen.

"Tak tahu kenapa jadi blur kejap. Speechless. Nak tanya, tak terkeluar. Masa tu fikir sejak bila pula macam ni? Ke memang macam ni sekarang? Itu yang terdiam.

"Cashier minta lagi lima sen, kita pun korek lagi lima sen. Namun dalam hati terus tertanya-tanya," ceritanya tanpa mendedahkan lokasi sebenar kafe yang dimaksudkan.

Tambah wanita tersebut, coretannya di laman sosial sekadar mahu berkongsi cerita kerana masih tertanya-tanya dengan 'konsep bundar' yang diamalkan kafe berkenaan, bukannya kerana berkira dengan syiling lima sen.

Kalau amaun selain lima sen, barulah rounding. Pelik ni. Kena check semula tu. Untunglah kedai macam tu.

NETIZEN

"Bukan fasal kedekut, bukan fasal berkira. Tapi kena tahu hak kita sebagai pengguna. Ikutkan selama ni order banyak dengan makanan, lagi lah tak check satu-satu.

"Pelik juga pasal rounding ni. Setahu saya kalau hujung lima sen tak perlu rounding dah. Saya pun tak persoalkan.

"Jika anda melalui situasi seperti saya, boleh tanya masa tu juga. Cubalah tanya. Usah biarkan diri diselubungi misteri.

"Mungkin staf hanyalah menurut perintah dan tertakluk kepada sistem komputer atau SOP sedia ada, namun tak salah kita bertanya.

"Ketahui hak kita sebagai pengguna. Mudah-mudahan kita lebih cakna selepas ini. Cakna resit, cakna amaun bayaran, cakna baki. Duit kita, hak kita," kongsinya lagi.

komen 1

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa hairan dengan tindakan menggenapkan 5 sen sebagaimana yang paparan pada resit.

Perkongsian tersebut meraih 111 shares di laman Facebook.

Sementara itu menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan membuat perkongsian bagi membuka mata orang ramai agar lebih peka dan tahu hak sebagai pelanggan.

"Boleh jadi kes viral ni kak... ada pula genapkan lima sen. Sabar sajalah.

"Kalau amaun selain lima sen, barulah rounding. Pelik ni. Kena check semula tu. Untunglah kedai macam tu.

"Menyalahi guideline Bank Negara Malaysia ni. Boleh report," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain