suria

Suami nak halalkan hubungan dengan perempuan lain, tapi minta ‘sponsor’ isteri T20... Siap guna dalil buat tiket poligami

Seorang suami menggunakan alasan agama untuk menghalalkan niatnya mahu berpoligami. Gambar hiasan.

BERDASARKAN prinsip agama Islam, poligami bukanlah satu perkara yang ditegah namun hukumnya berubah mengikut situasi sama ada harus, sunat, makruh, ataupun haram.

Seseorang lelaki perlu memahami makna dan memenuhi syarat-syarat yang digariskan sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami.

Haram bagi seseorang lelaki berpoligami jika meyakini dia tidak mampu berlaku adil dan memberi nafkah sehingga mendatangkan mudarat kepada pihak lain.

Bagaimanapun tidak semua lelaki memahami hukum poligami yang sebenar, malah mereka menggunakan alasan 'mengikut sunnah Nabi' sebagai tiket untuk menghalalkan perbuatan tersebut, sebagaimana kisah yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Dalam perkongsian video yang memaparkan tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp, si suami meluahkan hasrat kepada isterinya untuk berkahwin lain dengan alasan mahu mendapatkan reda Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kena ada ilmu sebelum setuju poligami... Ini panduan sebelum ke mahkamah, elak menyesal kemudian hari!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bikin gempak ajak isteri pertama beli barang pinang bakal madu, esoknya tak jadi poligami pula alasan ‘dapat kesedaran’

Namun apa yang lebih mengejutkan, lelaki berkenaan tergamak meminta isterinya memberi sumbangan untuk majlis pernikahannya kelak.

"Awak nak sponsor apa suami awak nikoh (nikah) ni? Awak kan T20. Suami nak ikut syariat Islam ni. Nak halalkan lelaki perempuan secara sah... supaya dapat reda Allah," tulisnya pada perbualan tersebut.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan dengan tanpa perasaan malu turut 'mengemis' wang daripada adik-beradiknya untuk merealisasikan hasratnya berpoligami.

NIKAH 1

Lelaki berkenaan menggunakan potongan ayat Al-Quran untuk 'menghalalkan' hasratnya mahu berpoligami.

Dia juga dengan bangganya berkongsi tangkap layar perbualannya bersama isteri, di dalam grup WhatsApp adik beradiknya.

Meskipun ada di antara adik-beradiknya memberi nasihat dan meminta supaya menjaga hati isteri, namun lelaki berkenaan dengan tanpa rasa bersalah mengeluarkan hujah beserta potongan dalil dan hadis untuk menghalalkan hasratnya.

"Apabila nak halal, ni la dugaan cabaran daripada adik-beradik, orang yang paling rapat.

Tak mampu, buat cara tak mampu. Harap wife minta fasakh la. Buang je lelaki macam ni.

NETIZEN

"Sepatutnya adik beradik support sebab sunah poligami. Dugaan apabila nak amal Islam," tulis lelaki berkenaan sebagaimana di dalam perbualan tersebut.

Sehingga kini perkongsian video tersebut meraih lebih daripada 5,200 ulang kicau di Twitter.

Rata-rata netizen melontarkan kecaman di ruangan komen, dengan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai penunggang agama.

KOMEN POLIGAMI

Antara komen netizen yang mengecam lelaki berkenaan.

"Dah la miskin, minta sponsor pula... ini belum tengok muka lagi ni. Muka macam budu basi, ada hati nak kahwin lepas itu ikut sunah.

"Sedap je petik sunah Nabi. Tak sedar diri, nak pasang lagi satu bukan minta tolong tapi suruh adik-beradik tanggung. Lepas tu dia boleh tanya 'apa yang sakit hati isteri'? Sekolah ke tak dia ni?

"Tak mampu, buat cara tak mampu. Harap wife minta fasakh la. Buang je lelaki macam ni," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain