suria

Wah, mesra! Dua remaja tak hirau orang sekeliling, yang lelaki sedap baring atas riba sambil si gadis urut kepala

Aksi mesra dua remaja itu tular selepas video mereka tersebar menerusi TikTok.

MASALAH sosial dalam kalangan remaja bukanlah satu isu baharu, malah ia sentiasa diperkatakan sejak dahulu sehingga kini.

Terbaharu, tular rakaman video memaparkan aksi mesra dua remaja di sebuah taman, sehingga mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

"Budak-budak sekarang. Tempat awam pun nak mengurut kepala," tulis individu yang memuat naik rakaman itu ke laman TikTok.

Rakaman berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan bertudung sedang duduk bersandar di sebuah bangku.

Seorang remaja lelaki, dipercayai kekasihnya sedang tidur di atas paha gadis berkenaan.

Tanpa menghiraukan orang awam yang lalu di taman berkenaan, gadis itu dilihat selamba membelai rambut dan kepala teman lelakinya.

taman2

Dua remaja tersebut kelihatan tidak menghiraukan orang awam yang berada di taman itu.

Video itu meraih lebih 214,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dimuat naik ke platform TikTok.

Menurut pemilik video itu lagi, dia sekadar berkongsi rakaman berkenaan agar menjadi pengajaran buat semua masyarakat di luar sana.

"Assalamualaikum. Pengajaran untuk kita semua. Sekurang-kurangnya bila tengok video ni, ada yang berdoa supaya keluarga kita sendiri dijauhkan perkara-perkara macam ni," ujarnya menerusi ruangan komen.

Budak-budak sekarang. Tempat awam pun nak mengurut kepala.

PEMILIK VIDEO

Semakan mStar mendapati video berkenaan dihujani lebih 800 komen netizen yang rata-ratanya risau dengan pergaulan bebas antara dua remaja itu.

"Saya ada anak lelaki dan perempuan yang tengah membesar. Bila tengok benda ni, rasa sedih dan takut.

"Allah takutnya. Saya ada anak. Jauhkan benda-benda macam ni," tulis beberapa netizen.

The internet is how Gen Z becomes informed — and too often misinformed — about the world, the authors write. (Dreamstime/TNS)

Video yang tular di TikTok itu turut menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak remaja. Foto: TNS.

Dalam pada itu, segelintir pelayar TikTok meluahkan rasa kurang senang dengan penyebaran video aib itu.

"Lebih baik henti sebarkan lagi. Takut nanti jadi aib dan fitnah. Kita tak tahu, mungkin boleh jadi tu adik-beradik.

"Mungkin mereka dah kahwin sebenarnya. Aturan keluarga. Macam novel.

"Entah-entah mereka adik-beradik," tulis beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain