suria

Berniaga sampai menyembah! Lelaki bahayakan diri sendiri dan orang lain... melutut, merayu demi lariskan tisu

Seorang penjual tisu menyembah di persimpangan lampu isyarat.

JIKA biasanya kita melihat orang menjual buah atau minuman di persimpangan lampu isyarat, kini penjual tisu pula menjadikannya sebagai 'port' untuk mencari rezeki.

Video yang tular di media sosial menunjukkan seorang penjual tisu duduk dalam keadaan melutut seperti menyembah sebuah kereta Perodua Axia yang berhenti ketika lampu isyarat merah.

Tanpa menyatakan bila rakaman dibuat, kejadian yang dipercayai berlaku di Lembah Klang itu menunjukkan lelaki berkenaan berulang kali 'menyembah' di hadapan pintu bahagian pemandu.

Menerusi rakaman berdurasi 19 saat itu, lelaki berusia separuh abad tersebut kelihatan bersujud sebanyak tujuh kali sehingga dahinya menyentuh jalan tar.

Dalam keadaan tercungap-cungap, lelaki berkenaan kemudian bangun dan mengutip beberapa pek tisu yang diletakkan di atas jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan simpati tapi makin geram! Pengemis warga asing guna taktik 'patah tengkuk' ketuk cermin kereta... "Laju pula toleh kiri kanan"

ARTIKEL BERKAITAN: Lampu isyarat merah, pemuda sempat 'cari pahala' beri anjing makan! Anak buah dedah siapa dirinya sebenar

Dengan wajah yang penat kerana cuaca panas terik, jelas tergambar kekecewaannya sebelum beralih ke kereta lain untuk mencari pelanggan yang mungkin sudi membeli.

menyembah di traffic light 3

Lelaki itu berulang kali melutut dan merayu.

Timbul pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang bersimpati dengan nasib penjual tisu itu dan antara lain menyifatkan ia sebagai tindakan yang membahayakan nyawa.

"Terdesak tu. Ujian untuk kita yang kesejukan aircond dalam kereta. Tak beli pun tak apa, bagi je sedikit yang kita mampu. Boleh bayangkan tak beliau itu ayah kita.

"Niat tak menghalalkan cara. Berniaga kat tengah jalan walaupun lampu isyarat masih merah. Kalau tiba-tiba berlaku kemalangan, orang yang berkenderaan juga yang salah.

Berniaga kat tengah jalan walaupun lampu isyarat masih merah. Kalau tiba-tiba berlaku kemalangan, orang yang berkenderaan juga yang salah.

NETIZEN

"Memang membahayakan, tapi apa salahnya kalau ada insan yang melihatnya membantu supaya beliau tak perlu menyembah untuk dapat bantuan. Minta dijauhi dari terkena diri sendiri, boleh terjadi pada kita bila-bila masa.

"Kasihan tu memang kasihan nak tolong, tapi dalam masa yang sama takut juga tambah-tambah kalau jenis sembah macam ni nak buka tingkap pun tak berani," antara komen netizen di laman Twitter.

menyembah di traffic light 2

Lelaki berkenaan bangun nak meneruskan aktiviti jualannya.

Dalam pada itu, ada yang memberitahu ia bukan pertama kali lelaki berkenaan menjadikan persimpangan lampu isyarat sebagai lokasi untuk menjual tisu.

"Orang ni tahun lepas selalu duduk di lampu isyarat Chow Kit. Macam ni juga jual tisu. Rata-rata dia pergi rupanya," katanya.

menyembah di traffic light 4

Antara komen netizen.

Bagaimanapun, aktiviti menjaja di persimpangan lampu isyarat merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah I, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain dilaporkan berkata, aktiviti jualan seumpama itu adalah satu kesalahan di bawah Kaedah 10A (1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59) yang menyatakan tiada urusan jual beli di persimpangan atau mana-mana jalan raya.

"Individu yang terlibat dalam urusan jual beli boleh didenda tidak melebih RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan jika disabitkan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain