suria

Gadis universiti dalam dilema, boyfriend kenal sebulan ajak nikah cepat-cepat... Netizen ‘hidu’ benda tak kena - “Ini ciri king control”

Gadis berkenaan meluahkan rasa dilema kerana kerap kali didesak oleh kenalan lelakinya untuk berkahwin.

MELANJUTKAN pelajaran sehingga ke menara gading dan seterusnya menggenggam ijazah merupakan cita-cita setiap individu.

Sudah pastinya selepas berjaya menamatkan pelajaran, masing-masing mempunyai pelbagai rencana seperti menimba pengalaman bekerja, mengumpul aset, mengembara ke serata dunia serta membalas jasa orang tua.

Pendek kata, ramai yang mahu masa muda mereka dimanfaatkan dengan mengejar impian sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Begitu juga dengan gadis ini yang masih bergelar pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi, namun dalam masa yang sama berada dalam dilema kerana dilamar seorang lelaki.

"Saya baru 20 tahun dan pelajar sepenuh masa. Saya ada kenal dengan seorang lelaki dan memang ada niat untuk hubungan yang serius.

uni

Gadis tersebut belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang kerana masih bergelar penuntut.

"Kenal tak sampai sebulan dan saya pun dalam proses nak kenal hati budi dia. Tapi, lelaki tu ajak saya untuk settle down paling awal akhir tahun depan," luahnya dalam mesej yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding.

ARTIKEL BERKAITAN: Kusut layan teman lelaki hidap bipolar, tak tahan terlalu clingy! Wanita buntu mahu kahwin atau putus... “Sayang, tapi penat sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Alami depresi akibat perbuatan kekasih lama, wanita ini bersyukur masih ada yang sayang....10 hari di wad Psikiatri, si dia tak putus-putus mesej walau tahu tidak akan dibalas

Menurut gadis yang tidak mendedahkan identiti dirinya, dia sudah berterus terang dengan lelaki berkenaan tentang kedudukannya sebagai pelajar.

"Saya cakap saya belum sedia lagi dan nak habiskan study dulu. Ada lebih kurang tiga tahun lebih untuk habis study. Dia cakap lama sangat kalau nak tunggu saya habis study.

"Dia minta untuk saya kahwin sambil study. Tapi saya tak nak sebab takut tak mampu nak bagi komitmen.

"Dan saya pun masih nak mengenal dia takut tersalah pilih. Memandangkan dia dah 26 tahun, jadi memang dia nak cepat-cepat settle down," kongsinya lagi.

Gembirakan orang tua dengan duit gaji kamu kemudian baru fikir settle down. Kalau jodoh, tak ke mana.

NETIZEN

Dek kerana sering didesak, gadis itu berkata dia pernah meminta lelaki berkenaan untuk mencari wanita lain yang lebih sesuai untuk dijadikan isteri.

"Tapi dia tak nak yang lain sebab dia cakap dia dah selesa dan sayang saya. Saya dah terangkan satu demi satu kenapa saya tak mahu kahwin segera.

"Dia macam tak boleh terima dan beranggapan saya tak serius dengan dia. Dia tanya saya dah jumpa orang baru ke? Masalahnya, tak ada orang baru pun.

"Dia bagi ayat seolah-olah saya yang bersalah sebab tak nak terima dia. Bukankah perkara ini perlukan masa? Salahkah apa yang saya buat?" luahnya meminta nasihat dan pendapat.

Sementara itu dalam ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan agar gadis tersebut mengejar cita-citanya terlebih dahulu memandangkan usia masih muda.

komen uni

Rata-rata netizen menyarankan gadis tersebut menamatkan pengajian dan mengejar cita-cita terlebih dahulu.

Tidak kurang juga ada yang menasihatkannya untuk tidak meneruskan hubungan dengan lelaki berkenaan kerana mempunyai sifat pendesak dan 'king control'.

"Ciri-ciri lelaki king control. Fokus dengan pelajaran. Perempuan sekarang kena ada kerja dan duit sendiri. Nikmati hidup bujang, baru fikir kahwin.

"Habiskan pelajaran dulu, kerja. Dapatkan duit, beli apa yang kamu mahu. Gembirakan orang tua dengan duit gaji kamu kemudian baru fikir settle down. Kalau jodoh, tak ke mana.

"Belum kahwin dah play victim. Padahal baru kenal sebulan dua. Kau blah sajalah dik," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain