suria

“Kenal kat disko ke?” - Wow, majlis kahwin jadi kelab malam! Pengantin berhijab, suami asyik menari ramai-ramai siap ada DJ

Tangkap layar video yang menunjukkan pasangan pengantin menari bersama pengiring di dewan.

PEPATAH mengatakan perkahwinan atau berumah tangga itu umpama mendirikan masjid.

Kebiasaannya, selesai pernikahan akan disusuli pula dengan majlis perkahwinan sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema masing-masing.

Namun, sedikit luar biasa apabila sebuah majlis perkahwinan disambut dengan gilang gemilang tak ubah seperti kelab malam!

Menerusi video tular, sepasang pengantin berarak masuk ke dalam dewan, yang perempuannya kelihatan anggun dalam persalinan busana kebaya moden dan berhijab serta sut kelabu bagi lelaki.

Kedua-dua mempelai yang berpegang tangan kemudian dapat dilihat secara agresif menggoyangkan badan mereka mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang.

Kelihatan juga seorang lelaki yang memainkan peranan seperti DJ di kelab, sedang memutar piring hitam tanpa henti.

majlis kahwin jadi disko 2

DJ memainkan lagu berentak disko.

Di tengah-tengah dewan pula menyaksikan sekumpulan lelaki berkemeja dan wanita yang berhijab sedondon dipercayai pengiring kedua-dua pengantin asyik menari bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ewah! Selamba pengantin lelaki menari inang masuk dewan, rupa-rupanya cuak kalau isteri terpijak kain... tapi kenapa janggal 'perform' berdua?

ARTIKEL BERKAITAN: Ewah! Ramai terhibur tengok pengantin bersemangat menari zapin atas jalan selepas selamat nikah - "Tak boleh buat kenduri, kami hiburkan diri sendiri"

Video berdurasi 33 saat yang kini meraih 1.6 juta tontonan di TikTok itu turut menyaksikan pasangan pengantin menari dikelilingi semua pengiring menari, seperti sedang berpesta.

majlis kahwin jadi disko 3

Pasangan pengantin menari di tengah dewan.

Selain muzik disko, kepulan asap turut dilihat memberi kesan kepada pesta yang sedang berlangsung dengan aksi tarian masing-masing menghentak kaki dan 'mencucuk langit'.

Majlis perkahwinan ala disko itu bagaimanapun difahamkan berlaku di Karawang di Jawa Barat, Indonesia.

Allah, kahwin itu kita bina masjid. Kenapa perlu ada macam ni?

NETIZEN

"Wedding entrance anti-mainstream? Yes please! Gaya muzik yang anda pilih untuk mengiringi anda dan pasangan ke pelamin mestilah paling sesuai dan biasanya menggambarkan watak anda berdua," menurut keterangan video yang dikongsikan.

Video yang dimuat naik oleh DJ perkahwinan Indonesia dan penata muzik majlis pernikahan sejak 2013 itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

majlis kahwin jadi disko 4

Pengantin perempuan asyik menari.

"Berkenalan di disko ke?

"Mesti kes cinta pandang pertama di kelab malam.

"Awatlah dah jadi tempat disko pula.

"Allah, kahwin itu kita bina masjid. Kenapa perlu ada macam ni?

"Macam-macam sekarang kat dunia ni. Perkahwinan versi macam ni pun ada.

"Kenapa jadi begini ya? Majlis kahwin tu jadi disko. Doa yang baik-baik saja, moga kekal selamanya. Amin.

"Nampak dah siapa mereka di sebalik tudung," demikian antara komen netizen.

majlis kahwin jadi disko 5 B

Antara komen netizen.

Sementara itu, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, majlis perkahwinan adalah sama sahaja dengan majlis-majlis jamuan yang lain dari sudut hukum asal mengadakan majlis jamuan makan adalah sunat sahaja.

Terdahulu, dilaporkan Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan situasi mengikut pandangan Islam mengenai aksi tarian dan persembahan keterlaluan di majlis kahwin.

Menurutnya, persembahan seumpama itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain