suria

Kasihan pemilik Myvi, tak pasal-pasal NCD terjejas! Peguam terang kenapa tak empati tengok video mat rempit terkulai atas ‘highway’

Aksi beberapa penunggang motosikal yang menunggang dengan berbahaya di mana salah seorang daripada mereka akhirnya kemalangan.

SUDAH terlalu banyak perkongsian video di laman sosial memaparkan aksi berbahaya penunggang motosikal di atas jalan raya.

Meskipun banyak kes kemalangan yang dilaporkan melibatkan golongan ini sehingga ada yang menyebabkan kematian, namun mereka seperti tidak insaf ataupun mengambil iktibar daripada hal itu.

Lebih dikesalkan, aksi mereka mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain sehingga melibatkan kehilangan nyawa ataupun terpaksa menanggung kerugian akibat kecuaian.

Terbaru, aksi berbahaya beberapa penunggang motosikal yang sedang berlumba di sebuah jalan raya dengan gaya 'Superman', tular di laman sosial dan mengundang kecaman netizen.

REMPIT 1

Aksi penunggang motosikal berkenaan dirakam oleh dashcam pemilik kereta lain.

Video yang dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan, memaparkan salah seorang daripada mereka hilang kawalan hingga merempuh sebuah kereta sebelum terjatuh di tengah jalan dan digilis rakan sendiri hingga terkulai.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lumba haram ibarat minta mati' - luahan mat rempit insaf

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh remaja label bapa ‘mat rempit’, usahawan terpaksa buka cerita zaman muda... duit biasiswa beli motor pertama – “Banyak tahun tak kasi mak ayah duit tapi...”

Difahamkan insiden tersebut berlaku pada petang Ahad, berdasarkan butiran pada skrin video.

Insiden tersebut mengundang perhatian seorang peguam yang tampil memberikan pandangan, agar ia dapat dijadikan pengajaran bersama.

"Ada org tanya 'dah mati ke belum?'. Lepas itu ada reply 'mana empati?'. Mari sini saya beritahu, sebagai lawyer yang pernah handle kes accident, kenapa saya susah nak rasa empati kepada penunggang motor ni.

"Apabila jadi kes macam ni, sama ada berlaku kematian atau tidak, driver kereta tu boleh kena saman untuk tuntutan kecederaan atau kematian.

REMPIT 2

Aksi sebegini mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Gambar hiasan

"Mujur ada video, insurans boleh fight untuk absolve (melepaskan) liability (tanggungan) driver kereta.

"Kalau tak ada (video), kena lawan berdasarkan fakta, yang mana akan ambil masa yang lama," kongsinya dalam ciapan di Twitter.

Tambah peguam tersebut, sementara kes sedang berlangsung di mahkamah, pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dengan penunggang motosikal terbabit berdepan dengan kesulitan melibatkan tuntutan insurans.

"Jadi sementara kes nak settle dekat mahkamah, NCD (no claim discount) driver kereta tu, (pihak) insurance hold jadi 0 peratus. Yes, dia kena bayar insurans penuh dahulu.

Konklusinya, silalah pasang dashcam di kereta mahupun motor, tak kisahlah produk low quality asalkan nampak situasi yang berlaku.

NETIZEN

"Sedangkan jelas driver kereta itu cermat je driving dia. Kalau tak ada dashcam, ada kemungkinan mahkamah putuskan ada contributory negligence (penyumbang kecuaian).

"Based on siasatan polis. Kalau ada (penyumbang kecuaian), NCD burn (hangus). So, nak tak nak, still menyusahkan orang yang tak bersalah.

"Walau apa pun, simpati dan empati saya untuk driver kereta itu. Untuk penunggang motor tu, semoga dipermudahkan urusan," kongsinya lagi.

Justeru menurutnya, berdasarkan insiden berkenaan, tidak rugi bagi pemilik kenderaan memasang dashcam untuk keselamatan bersama kerana ia menjadi bukti yang sangat penting jika berlaku insiden yang tidak dijangka.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan peguam berkenaan malah mereka turut berkongsi pengalaman hampir sama dengan kes kemalangan tersebut.

komen rempit

Netizen turut bersetuju dengan pandangan peguam berkenaan.

"Setuju dengan kau. Sebab benda ni jadi dekat aku as driver kereta. Motor punya pasal merempit dekat lorong tengah, lepas itu jatuh depan aku dekat lorong kanan. Kemudian claim aku yang langgar dia dari belakang. Dashcam tak ada, dah jadi satu kerja pula kena saman.

"Aku pernah (ada pengalaman sama), tengah jalan elok-elok aman damai tiba-tiba mat rempit langgar daripada belakang. Malas nak cerita details tapi NCD aku jadi kosong balik padahal dah makin murah dah renew roadtax dengan insurance aku.

"Konklusinya, silalah pasang dashcam di kereta mahupun motor, tak kisahlah produk low quality asalkan nampak situasi yang berlaku," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain