suria

“Tak payah over tunjuk bahagia” - Wanita nasihati golongan perampas, anggap mereka guna barang terpakai

Juliana memberi nasihat kepada wanita yang merampas pasangan orang lain.

KEHADIRAN orang ketiga bukanlah isu baharu yang kita dengari terutamanya dalam kisah rumah tangga.

Walau hadirnya hanya seketika, individu itu mampu menggugat dan memusnahkan kebahagiaan yang dibina dalam sesebuah perkahwinan.

Juliana, cekal menjaga empat anak setelah berpisah dengan suami dua tahun lalu.

Menerusi video berdurasi satu minit yang dikongsikan pemilik akaun TikTok Juliana Seth, dia melontarkan pendapat dan memberi nasihat kepada golongan perampas yang dipanggil 'penyondol' sehingga meruntuhkan rumah tangga orang lain.

"Saya nak bagi nasihat sikit dekat penyondol-penyondol di luar sana tu, kalau kau dah berjaya musnahkan rumah tangga orang, rampas laki (suami) orang kau tak payah la nak over sangat post macam-macam kebahagiaan kau dekat media sosial, sebabnya kau kena ingat tak akan ada kebahagiaan atas penderitaan orang lain.

"Bila mana kau sakiti hati bekas isteri, anak-anak dia, bekas mentua lelaki itu kau rasa diaorang akan berhenti mengangkat tangan berdoa kepada Allah minta pembalasan yang setimpal untuk kau? Tak, mereka akan sentiasa berdoa dan kifarah akan buat kerja dia.

"Tak akan ada kebahagiaan di atas penderitaan orang lain, kau percaya cakap aku okay," ujar pemilik TikTok berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sepatutnya saya ganyang dia” - Puteri Sarah buat 2 tuntutan terhadap Ira Kazar di Jawi

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ditinggalkan gara-gara orang ketiga, Nabila Razali belum boleh duduk semeja dengan bekas kekasih

Juliana turut memberi nasihat kepada penyondol-penyondol di luar sana untuk tidak menunjuk-nunjuk kebahagiaan setelah merampas suami orang.

Tambahnya lagi, orang ketiga cuma mengambil barang second hand (terpakai) kepunyaan orang lain sahaja.

Dalam rakaman video sama, dia juga menyarankan orang ketiga yang merampas hak orang lain untuk menikmati kebahagiaan secara senyap-senyap.

"Kau percaya cakap aku, so kalau korang dah berjaya rampas, nikmati sahajalah tak payah beria menunjuk-nunjuk, kaulah yang terpaling bahagia sekali dan hebat sekali.

"Kau kena ingat tau kau cuma ambil barang second hand sahaja okay, barang yang pernah digunakan oleh orang lain. so tak payah nak beria-ria sangat, biasa-biasa sudah.

"Kita faham, ada orang dapat jodoh dengan suami orang, okay faham tak apa, tapi barang rampasan dinikmati senyap-senyap sudahlah, nikmati je kebahagiaan yang kau rasa bahagia sangat dengan (cara) merampas tu," ujarnya.

penyondol

Juliana memberi nasihat kepada golongan perampas.

Berdasarkan semakan mStar , Juliana merupakan seorang ibu tunggal yang tabah menjaga empat anak perempuan setelah berpisah dengan suaminya dua tahun lalu.

Menerusi video-video di laman di TikTok, Juliana sering membincangkan topik tentang lelaki, rumah tangga, termasuklah berkongsi pandangan tentang orang ketiga.

Dalam postingnya yang mendapat lebih 200,000 tontonan tersebut, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan dan nasihat yang diberikan.

"Betul tu 'sis' orang yang merampas ni sanggup buat apa je pun, sanggup habiskan duit untuk tabur dengan keluarga si lelaki tu untuk jadikan keluarga tu termakan budi.

"Betul, dia tak akan bahagia di atas penderitaan saya.

"Kan, jangan sekali kali rasa sungguh bahagia di atas derita sengsara orang yang pernah disakiti hatinya," demikian antara komen netizen yang bersetuju dengan pandangannya.

komen penyondol

Komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, ada juga yang memberikan beberapa kata semangat kepada Juliana untuk terus kuat.

"Tak apa, awak tu cantik mungkin lebih cantik dari dia, maka akan datang jodoh yang terbaik buat awak.

"Betul sis, terus berdoa Insyallah kifarah itu sekejap je, saya pun dah lalui benda ini, syukur sekarang dah okay.

"Suami isteri adalah pinjaman semata-mata, bila-bila sahaja Allah akan tarik balik kebahagiaan kita, mungkin Allah akan bagi yang lebih baik lagi, InsyaAllah," komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain