BERGELAR anak sulung sememangnya bukan mudah kerana ia datang dengan pakej tanggungjawab yang besar. Bukan setakat diharapkan untuk membantu ibu bapa menjaga adik-adik, malah anak sulung juga menggalas tugas menyara keluarga sehingga ada yang terpaksa mengorbankan impian sendiri. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang dalam dilema untuk memilih antara impiannya mahu melanjutkan pelajaran dengan peranannya sebagai kakak sulung. "Saya anak sulung daripada lima adik-beradik dan sedang bekerja di sebuah firma guaman. Bos saya cadangkan saya ambil kursus undang-undang dan izinkan saya sambung belajar tapi secara online. Impian wanita berkenaan untuk menyambung pelajaran terbantut gara-gara permintaan orang tua. Gambar hiasan. "Jadi saya boleh kerja dan belajar dalam waktu yang sama di mana lebih mudah sebab bos saya dulu pensyarah sebelum menjadi peguam. Tapi saya tak nak ambil kursus undang-undang, saya minat psikologi. ARTIKEL BERKAITAN: Sengsara anak sulung! Ibu bapa paksa beli kereta dan rumah untuk keluarga sebelum kahwin... Disuruh pula cari menantu kaya ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung ‘makan hati’ sikap ibu pilih kasih, rasa macam yatim piatu... “Dia puji adik bagai malaikat” "Dipendekkan cerita, saya bertanya ibu bapa mengenai nak sambung degree tapi mereka macam berat hati nak bagi atas alasan adik-adik masih ramai di bawah saya," luah wanita berkenaan menerusi satu mesej yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetMY. Wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, ibu bapanya bukan setakat keberatan membenarkan dia menyambung pelajaran malah turut menggesanya untuk mendirikan rumah tangga dengan segera. Awak masih muda. Semoga hati ibu bapa awak lembut dan dipermudahkan segala urusan. NETIZEN "Mereka buka topik kawan mereka umur 50 tahun baru grad sebab belajar online. Kemudian mereka sibuk suruh saya kahwin, suruh teman lelaki saya cepat-cepat masuk meminang. "Saya masih muda, baru 21 kot. Saya kerja, saya boleh bayar yuran belajar. Saya teringin nak sambung degree. Kawan-kawan semua sambung study tapi saya? Tak boleh sebab adik-adik masih sekolah. "Kenapa macam ni sekali anak sulung kena berkorban? Saya rasa tak adil tapi saya taknak memberontak nanti dicop derhaka pula. Tolong beri nasihat atau pandangan yang positif," luahnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat agar wanita tersebut mengambil pendekatan dengan berbincang dan menerangkan situasinya kepada ibu bapa untuk meyakinkan mereka. Rata-rata netizen berpandangan agar wanita berkenaan berbincang dengan ibu bapanya. "Kejar impian kamu. Percayalah, menyesal kerana tak melakukan apa yang kamu benar-benar mahu akan memakan diri satu hari nanti. Berbincanglah dengan ibu bapa dan yakinkan mereka. "Awak teruskan je dengan niat untuk sambung belajar dan bekerja kalau awak rasa boleh buat. Awak berhak tentukan apa awak nak buat untuk masa depan awak. "Sudah tentu awak perlu berbincang dari hati ke hati dengan ibu bapa awak. Awak masih muda. Semoga hati ibu bapa awak lembut dan dipermudahkan segala urusan," demikian komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI