AKIBAT sikap tidak bertanggungjawab penghuni sebuah flat, seorang gadis terpaksa menanggung kerugian sekitar RM600 untuk membaiki kenderaan. Yakin ia bukan perbuatan khianat, gadis bernama Nur Syafiqah yang berusia 22 tahun ini berkata cermin keretanya pecah gara-gara penghuni sebuah flat di Jelutong, Pulau Pinang membuang sampah dari tingkat atas! Ujarnya selain cermin kereta pecah, dia juga terpaksa menanggung derita apabila terpaksa bertahan dengan bau busuk daripada sampah makanan basi yang bertaburan dalam keretanya. “Kami tak tahu bilakah masa kejadian sebenar. Saya dan keluarga dapat tahu yang keadaan kereta dah teruk pun daripada jiran kami. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Mereka datang ke rumah sekitar pukul 11 pagi dan beritahu yang cermin tingkap kereta tu sudah pecah. Kami terkejut sangat sebab masa tu tengah hujan lebat. “Saya dan kakak bergegas turun ke bawah nak tengok keadaan kereta. Apabila sampai saja dekat kereta, habis lencun dalam kereta sebab bahagian belakang kereta dah terlopong,” ujarnya ketika dihubungi mStar. Imbas gadis yang senang disapa Piqah itu, dia dan kakaknya terus mendapatkan beg plasti bagi menutupi bahagian kereta yang dimasuki air hujan. Sedih melihat keadaan kereta Proton Preve milik bapanya itu, mereka segera mengutip dan membersihkan sisa yang bertaburan. ARTIKEL BERKAITAN: Rugi besar! Ejen terpaksa buang stok tak laku dalam tong sampah, dakwa ‘ditipu hidup-hidup’ dengan pengasas produk ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jiran dari neraka’! Wanita berang luar rumah jadi ‘tapak pelupusan sampah’ sampai terburai, berulat... Tegur tak jalan, terus kasi ‘notis’ “Ketika nampak keadaan kereta jadi macam tu memang sedih sangat. Kami tak berfikir panjang terus redah hujan sebab nak tutup dengan plastik kereta ayah tu. “Sampah tu tidaklah besar mana pun tapi ada sedikit lauk-lauk yang sudah basi. Selain tu ada botol plastik kecil serta satu sampah lain... saya kurang pasti sama ada benda tu nasi atau lampin. "Kami kutip sikit apa yang patut, sampah-sampah tu busuk sangat. Lepas tu kakak terus alihkan kereta ke kawasan jauh sikit daripada kawasan tu," katanya. Enggan berdiam diri, Fiqah yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik kemudiannya membuat aduan kepada pihak pengurusan kediaman mereka. Antara sisa sampah yang dibuang oleh penghuni flat tersebut. "Saya cuma syak sampah tu jatuh dari tingkat atas yang tinggi. Tekanan kuat yang buatkan sampai cermin kereta hancur,” jelasnya. “Kemudian kami pergi ke bahagian management dan beritahu mereka apa yang sudah terjadi. Kebetulan pula ada seorang pakcik yang merupakan penghuni di tingkat tiga cakap dia ada terdengar malam sebelum tu orang baling sampah tapi dia tak sangka boleh terkena kereta kami," ceritanya lagi. Ujar Fiqah yang mengusahakan perniagaan kosmetik dan katering sendiri, kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku tetapi tidaklah seteruk kejadian pada 10 Oktober lalu ini. Sampah tu tidaklah besar mana pun tapi ada sedikit lauk-lauk yang sudah basi. NUR SYAFIQAH Terdahulu, Fiqah menyatakan dia juga pernah mengusulkan cadangan untuk meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) namun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak pengurusan. “Bukan sekali... tapi banyak kali dah kejadian orang buang sampah ni. Cuma sampah yang jatuh tidaklah sampai pecah cermin kereta. Pernah juga pasu bunga jatuh sebelah bapa saya. “Tapi kami tak boleh nak tuduh sesiapa pun sebab tak ada CCTV yang rakam kejadian tu,” ujarnya penuh kesal. Bagaimanapun, bapa Fiqah yang sudah menetap lebih 30 tahun di rumah tersebut memilih untuk membayar ganti rugi sendiri tanpa membuat sebarang laporan pada pihak polis bagi mengelakkan sebarang isu dengan kejiranan di sana. Fiqah merupakan seorang usahawan yang menguruskan perusahaan sendiri. Terdahulu Fiqah berkongsi video tentang keadaan keretanya di TikTok sehingga meraih lebih 700,000 jumlah tontonan. Ujar Fiqah dia kesal dengan sikap segelintir pihak yang tidak memiliki kesedaran sivik kerana tergamak untuk membuang sampah dari tingkat atas. “Bab terpaksa ganti rugi sendiri pun sudah dikira satu masalah. Tapi fikirkan juga bab keselamatan orang lain. Kalau kena dekat kepala orang lain, dah bahayakan nyawa. “Saya viralkan pun bukan sebab nak duit tapi supaya perkongsian video tu boleh bagi kesedaran dekat orang lain. Ia menyusahkan kita kerana kena keluarkan duit. Habis lingkup harta benda orang lain disebabkan perangai pemalas manusia. “Kereta kami standard biasa saja, tak modified (ubahsuai) sampai bunyi enjin kuat... jadi ni bukan kes khianat tapi sikap seorang dua penduduk pemalas buang sampah di tempat betul saja,” ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI