suria

“Bengkak mata, menangis ke semalam?” - Netizen terhibur tengok abang tahan air mata jantan... Perit berjauhan dengan adik perempuan

Gelagat si abang ketika mahu berpisah dengan adik yang akan menyambung pengajian di universiti.

KEAKRABAN hubungan adik-beradik boleh diibaratkan seperti air yang dicincang tidak akan putus.

Malah jika ada perselisihan faham pun, ia tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Manakala apabila sudah meningkat dewasa, pastinya masing-masing akan membawa haluan sendiri.

Begitulah apa yang dirasai si abang ini apabila adiknya perempuannya mula berjauhan untuk melangkah masuk ke sebuah institut pengajian tinggi (IPT).

Menerusi video yang tular di TikTok, dapat dilihat lelaki tersebut cuba bersikap endah tak endah ketika adiknya datang mengucapkan selamat tinggal.

Dia juga membuat mimik muka lucu bagi menceriakan suasana hiba di sebuah lokasi yang dipercayai pekarangan kolej kediaman IPT.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang dedah bapa selalu ‘ekori’ anak kesayangan! Sanggup jadi guard di sekolah, setiap tempat kerja adik sebab ‘nak dekat’

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tulis surat ajak abang curi-curi jumpa belakang sekolah, lepas rindu lama terpisah... Momen usap kepala bikin ramai tersentuh

Kemudian kedua-dau beradik itu berpelukan dan abangnya memberikan reaksi bersahaja sambil menggaru telinga seolah-olah tidak mahu menambahkan lagi kesedihan adiknya itu.

Dia juga sempat membuat jenaka dengan menitipkan pesanan kepada adiknya untuk memaklumkan rakannya yang dia mempunyai abang yang kacak.

"Beritahu kawan-kawan baharu yang kau ada abang handsome," tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

Namun, netizen di ruangan komen pula seperti mempunyai kuasa telepati untuk melihat jauh ke dalam sudut hati lelaki terbabit.

Perpisahan abang dan adik yang meruntun jiwa.

Rata-rata yakin bahawa si abang itu sedang remuk hatinya kerana terpaksa berpisah dengan adik yang disayangi.

"Biasa buat-buat garu telinga ni memang dah menangis.

"Bang menangis je bang, normal manusia menangis.

Bengkak mata , menangis ke semalam HAHAHA.

Netizen

"Member sedaya upaya tahan menangis tu, nak menangis risau kawan-kawan adik tengok pula.

"Bengkak mata, menangis ke semalam?" antara komen usikan netizen di TikTok.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengimbau semula kenangan sewaktu belajar di IPT.

Komen netizen'

Tangkap layar antara komen netizen.

"My first day in Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pun macam ni, tapi tahu-tahu dah jadi alumni UPSI. Anyway goodluck dik! Jangan lupa bawa payung! Menyesal nanti tak bawa payung dalam beg.

"Wahhh UPSI. Teringat pula masa mula-mula masuk UPSI. Tahniah!" kata seorang lagi warga maya.

Tidak ketinggalan juga ada yang meluahkan keinginan untuk mempunyai abang yang sebegitu penyayang.

"Anak tunggal jom balik.

"Ya Allah, indahnya hidup seorang adik perempuan kalau ada abang macam ini," tulis beberapa netizen lain di ruangan komen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain