LAZIMNYA, Singapura menjadi destinasi pilihan rakyat negara ini, terutama warga Johor untuk bekerja disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan, selain dekat dengan Malaysia. Malah nilai mata wang negara jiran ini juga lebih tinggi, membuatkan ramai tidak teragak-agak untuk mencari rezeki di sana. Namun, berbeza pula dengan pemuda warga Singapura, Tuan Haiyum Salim, 30, apabila dia mengaku lebih suka bekerja di Malaysia berbanding negaranya, dalam satu rakaman video yang tular. Pada pandangannya, walaupun bayaran gaji bagi sesetengah pekerjaan di negara ini lebih rendah tetapi pelbagai faktor lain turut menjadi keutamaan bagi dirinya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika dihubungi mStar, lelaki yang pernah berkhidmat di Jurong East, Singapura ini menerangkan dengan lebih mendalam tentang pendapat yang dinyatakan di media sosial sebelum ini. "Ia lebih kepada pilihan dan saya memilih lebih baik bekerja di Malaysia. "Dahulu lepas habis sekolah saya terus bekerja ketika berumur 18 tahun. Saya jadi pegawai polis selama dua tahun. "Saya pernah bekerja sambilan sebagai cashier sejak 2010 sampai 2012. Kemudian lepas saya berhenti kerja jadi juruwang, saya bekerja sebagai penghantar makanan pula pada 2015 sehingga 2017," imbasnya. Menurut Tuan Haiyum yang kini menetap di Johor Bahru, Johor, beberapa pengalaman kerjanya yang terdahulu membuatkan dia memilih untuk terus menetap dan mencari rezeki di Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Terbang ke Singapura, Sajat tahan sebak bakal jumpa anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: BBNU Malaysia kerja di Singapura bangga tayang gaji dekat TikTok? Tunjuk yang ‘indah’ je, sorok yang buruk Walaupun gaji pokok diterima lebih rendah, namun baginya, jumlah penggunaan dan perbelanjaan harian tetap sama, justeru dia berpandangan lebih baik jika bekerja di Malaysia. "Kalau nak difikirkan balik, walaupun gaji (minimum) dibayar RM1,500 di sini (Malaysia) tapi sama saja dengan orang bekerja gaji S$1,500 (RM4,895). Cuma janganlah kita kira jumlah duit Singapura tu kalau tukar ke mata wang Malaysia... memanglah nampak besar jumlahnya. "Maksud saya 'sama' dekat sini adalah, bila orang Malaysia kerja dekat Singapura dia tetap kena bayar bil makanan dan pengangkutan untuk ke tempat kerja seperti MRT dan bas," jelasnya lagi. Haiyum pernah bekerja sebagai penghantar makanan pada 2015 sehingga 2017. Selain itu, Haiyum turut menyatakan bahawa kehidupan apabila bekerja di negara ini juga jauh berbeza berbanding Singapura atau negara asing.. Mengambil contoh rakan-rakan lain yang bekerja di Republik itu, lelaki ini turut menjelaskan bahawa rutin harian turut berlainan jika bekerja sendirian tanpa keluarga di sisi. Jelasnya yang kini bekerja sebagai perunding perniagaan, lebih banyak masanya boleh dihabiskan untuk orang tersayang setelah bertukar tempat kerja di negara ini yang disifatkan sebagai 'kurang stres'. Bila bekerja di Singapura jangan cakaplah... ada seorang kawan saya cakap, nak jumpa anak dalam seminggu satu hari pun susah. TUAN HAIYUM "Sejak saya bekerja di negara ni, banyak masa saya boleh luangkan dengan anak dan isteri malah kawan-kawan. "Dekat Malaysia saya ada kawan yang berpendapatan rendah cuma bezanya kehidupan mereka di sini. Mereka boleh tengok anak-anak sendiri membesar di depan mata. "Bila bekerja di Singapura jangan cakaplah... ada seorang kawan saya cakap, nak jumpa anak dalam seminggu satu hari pun susah. Kadang-kadang tu seminggu terus tak tengok anak dia. Jadi apa yang penting dekat sini adalah kehidupan kita berbanding gaji besar," katanya. Perkongsian yang dibuat oleh rakannya ini menjadi tular di TikTok sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya. Haiyum bersama ahli keluarganya. Mereka turut bersetuju dengan pendapat dan alasan diutarakan Haiyum yang lmemilih untuk bekerja di negara ini. "Walaupun bunyi agak cliche tapi itulah realiti bahawa rezeki tu ada di mana-mana tetapi hubungan dengan keluarga lebih penting," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI