suria

Mahu lepas rindu, gadis sembang olok-olok dengan arwah teman lelaki... selain kahwin, Haqiem Rusli jadi topik perbualan!

Kehibaan melampau dialami wanita ini menyebabkan dia cuba berdialog bersama arwah teman lelakinya.

TIDAK ada sesiapa boleh bersedia untuk kehilangan orang yang dicintai sehidup semati.

Proses menerima realiti sebegitu pasti akan meninggalkan luka dan parut yang mendalam.

Walau hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, perasaan rindu itu akan tetap datang singgah di hati yang sentiasa meratapi.

Seorang gadis membuat perbualan secara olok-olok bersama teman lelakinya yang difahamkan sudah meninggal dunia sebelum berkongsi rakaman itu di TikTok.

Perbualan dibuka dengan teman lelakinya yang mesra disapa sebagai Syuk bertanya khabar dan gadis berkenaan menjawab bahawa keadaannya sihat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: 40 hari tidur berteman air mata, ibu syukur Sandra Dianne akhirnya datang dalam mimpi - “Sudah masa untuk berhenti meratapi pemergianmu”

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar padam kenangan... bapa terlalu sedih hilang anak, menangis setiap hari nyaris hilang suara - “Abah ke kubur kakak dua kali sehari”

“Hi Syera, Syera sihat?" perbualan kononnya dimulakan oleh Syuk.

Syera kemudian membalas ringkas: "Hi Syuk, sihat je."

Selepas itu Syuk bertanya sama ada Syera rindukan dirinya.

Syera membayangkan teman lelakinya bertanyakan khabar tentang hidupnya.

“Lama, dah tiga tahun lebih tak jumpa mestilah rindu,” tulis gadis itu dalam video di TikTok tersebut.

Syuk seterusnya bertanyakan khabar ibu bapa Syera, khabar kawan baiknya dan wanita itu memberitahu mereka dalam keadaan baik.

Perbualan diteruskan dengan Syuk mengambil tahu tentang hala tuju hidup Syera.

“Syera dah habis study kan? Dah grad belum?" tanya Syuk.

Birthday Syera macam mana setiap tahun? Sorry Syuk tak dapat bagi hadiah dah.

SYUK (teman lelaki Syera)

Syera membalas: “Syera dah grad tapi lambat sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haha."

“Syera dah kahwin belum?" kali ini Syuk bertanya soalan bersifat lebih peribadi.

“Belum, pergi kursus kahwin je awal,” tulis wanita itu dalam skrip perbualan bersama teman lelakinya.

Ibu bapa Shera menjadi sebahagian dari topik perbualan.

Syuk kemudiannya berjenaka sepintas lalu dengan bertanya sama ada Syera kerap berjumpa dengan Haqiem Rusli kerana wanita itu sangat meminati penyanyi berkenaan.

“Tahun 2018 je la sekali, kan Syuk bawa Syera (jumpa Haqiem). Lepas tu tak ada dah. Lagipun Syera dah uncrush dia, dia dah kahwin," jawabnya.

Kemudian Syera membayangkan Syuk bertanya tentang kawan baiknya, sama ada sudah berkahwin atau belum.

“Dah. Alhamdulillah jodoh dia sampai dulu hehe," balas Syera lagi.

Syuk kononnya bertanya lagi: “Birthday Syera macam mana setiap tahun? Sorry Syuk tak dapat bagi hadiah dah.

“Syera celebrate birthday dengan kawan-kawan Syera,” jawab Syera mengakhiri perbualan.

Warga maya memberikan sokongan kepada Syera.

Video berdurasi pendek itu mengundang simpati warga maya dan ramai yang cuba memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan.

“Asal aku nangis. Stay strong girl, salam takziah.

“Sedihnya saya pula nangis, stay strong sis.

“Ya Allah keluar air mata aku tengok video dia,” tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain