suria

Isteri bersuara ‘kalau nak, beli je’... suami terus bina litar, tapak binaan depan rumah untuk traktor kesayangan

Shaffiq bersama model jentera berat yang dimilikinya.

ADA individu yang mempunyai personaliti atau minat yang adakalanya berbeza dengan orang lain.

Dalam mengejar masa berkualiti untuk diri sendiri, berbagai jenis hobi pastinya dicari atau diterokai.

Begitu juga lelaki ini apabila dia mempunyai minat yang dikatakan tidak sesuai dengan golongan seusianya.

Dalam satu video pendek yang tular di laman TikTok, Shaffiq Azman, 30, menunjukkan koleksi permainan kereta kawalan jauh yang dikumpulnya.

Jentera berat milik Shaffiq sedang beraksi di atas litar.

Menariknya, permainan kereta kawalan jauh yang dikumpul anak kelahiran Kuala Terengganu ini berupakan jentera berat yang digunakan di tapak pembinaan.

"Saya start timbul minat kepada benda ni bila tengok live jual barang di TikTok. Orang Terengganu juga yang buat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik... famili bercucuk tanam tapi hobi gadis ini kumpul dawai kokot! Tak kisah diperli, pentadbir projek dah plan nak tambah koleksi

ARTIKEL BERKAITAN: “Doraemon macam saya, ceria dan banyak cakap!” Syasya dianggap pelik kumpul patung animasi popular Jepun

"Tengok dua tiga kali live lepas tu fikir nak beli ke tak. Bini pun support cakap kalau nak main beli je.

"Member saya pun ada yang tengok sekali dan kami bincang punya bincang, akhirnya kami beli," kata Shaffiq ketika dihubungi mStar.

Selepas pembelian pertama melalui kedai dalam talian di TikTok, Shaffiq dan rakan-rakannya mula berjinak-jinak dengan hobi luar biasa ini.

Mereka juga membuat eksperimen dengan membeli beberapa model baharu dan ada juga yang dijual semula.

Litar yang dibina mirip sepenuhnya seperti lebuh raya bertingkat.

"Saya boleh katakan anggaran kasar saya dah belanjakan RM4,000 untuk hobi ini.

"Model paling murah saya beli harga RM400 lebih, tapi tu sekadar boleh main je. Model paling mahal kami beli RM1,800," ujarnya.

Shaffiq berkata, keterujaan mengawal model jentera berat itu adalah kerana ia berupaya mengeluarkan bunyi seperti kenderaan sebenar.

"Semua model itu ada papan litar elektrik di bahagian dalam yang mengeluarkan bunyi seperti tractor sebenar.

Cabaran nak main itu yang bagi dia seronok.

Shaffiq Azman

"Model-model ni guna bateri dan kalau sekali charge boleh main dalam setengah jam lebih.

"Kalau yang kawan saya punya excavator harga RM1,800 tu, siap boleh keluar asap lagi. Nanti kami nak beli model yang boleh bunyi hon pula," cerita Shaffiq.

Seterusnya Shaffiq memberitahu untuk mengawal model itu bukan perkara mudah dan memerlukan masa untuk dipelajari.

"Cabaran nak main tu yang bagi seronok. Nak bagi semua jentera boleh berjalan atas litar dan tak terjatuh ke tepi.

photo1665882231 (1)

Model jentera pengaut sedang memasukkan tanah ke dalam model lori muatan berat.

"Dan kalau jatuh pun kami tak akan angkat guna tangan. Kami akan gunakan cara kreatif macam guna jentera lain seperti excavator untuk tolong angkatkan.

"Yang litar depan rumah ni saya dengan kawan-kawan yang design dan bina sendiri. Platform untuk kami main," kongsinya.

Shaffiq juga memberikan pesanan, jangan hanya kerana hobi, tanggungjawab dalam kehidupan diabaikan.

"Hobi ini bukan keperluan pun. Kalau ada duit lebih dan tak mengabaikan anak bini, boleh la beli. Kalau tak boleh, jangan beli," nasihatnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain