suria

Mangsa kemalangan mesej kawan-kawan sebelum ke Makkah, minta kalau nak kirimkan doa... “Hari ini seluruh Malaysia doakan arwah”

Arwah Nazihah disifatkan sebagai seorang yang baik dan lemah lembut.

BERITA kematian Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang rentung dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu ternyata mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen.

Tidak terkecuali tentunya bekas rakan sekuliah Allahyarham dari Politeknik Merlimau iaitu Mohammad Syafiq Shariff yang mengaku masih terkejut dan sukar percaya dengan khabar duka itu.

"Saya ada buat bisnes tudung dan arwah Azie (Nazihah) selalu beli dengan saya. Jadi saya selalu pergi buat COD ke rumahnya. Kali terakhir kami jumpa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masa tahun 2021.

"Walaupun lama tak berjumpa, kami masih contact dan berbalas komen di media sosial. Saya pun baru je tengok Instagram story arwah sebelum kejadian. Tiba-tiba kawan telefon, dia tanya dah tahu ke mengenai Azie?

"Saya terus tanya kenapa... Kawan saya pula tanya, betul ke Azie dah meninggal. Masa tu saya sedang memandu, saya terus berhenti di tepi jalan. Kemudian baru saya tengok video yang dikongsi," ujarnya.

d04cf044-2596-4d6b-a5ec-ae0bde33477f

Azie (baju pink) ketika reunion 2.0 JPKK pada tahun 2018.

Senang disapa Syafiq, dia kini turut berada di perkarangan rumah keluarga Allahyarham di Kampung Batu Empat, Kota Tinggi dan sedang menanti kepulangan jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

"Saya sampai di kediaman arwah sekitar pukul 10.30 pagi. Saya masih ada di sini, bersama rakan-rakan arwah dari Politeknik Merlimau. Jenazah belum sampai lagi.

Hari tu dia doakan kami dari Makkah, hari ini satu Malaysia doakan arwah.

MOHAMMAD SYAFIQ SHARIFF

"Kami sama-sama kenal ketika belajar. Kami sebaya umur 28 tahun dan ambil jurusan perakaunan. Kami bersahabat sebab sama-sama terlibat dalam Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK)," dedahnya lagi.

Menurut Syafiq, Allahyarham dan rakan-rakan dari politeknik turut merancang untuk bertemu dalam majlis reunion, namun hasrat itu tidak kesampaian selepas berlakunya tragedi berkenaan.

"Dalam JPKK ada 30 orang. Jadi kami guna istilah 30 adik-beradik sehingga ke hari ini. Kali terakhir kami buat reunion pada tahun 2018. Kami ada plan untuk buat lagi tapi nampaknya tak kesampaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu! Suami meraung lihat isteri terbakar dalam kereta, bomba kata mangsa tersepit sampai rentung... “Allahuakbar... bini saya bang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa rentung dalam kemalangan rupanya baru pulang umrah, sempat kongsi petikan doa di WhatsApp sebelum kejadian

"Arwah pun ada cakap kat sahabat-sahabat lain bahawa dia teringin nak berkumpul 30 adik-beradik. Kami dah macam ahli keluarga. Jarang berjumpa tapi ikatan masih erat," ujarnya lagi.

Paling sayu katanya, Allahyarham juga ada menghubungi rakan-rakan sebelum berangkat menunaikan umrah di Makkah sekitar September lalu.

azie1

Kisah kematian tragis Azie mengundang sebak netizen sejak Sabtu malam.

"Arwah baru je pulang dari menunaikan umrah. Sebelum berangkat ke sana, arwah ada WhatsApp kami kawan-kawan semua, dia minta doa agar dipermudahkan dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana.

"Hari tu dia doakan kami dari Makkah, hari ini satu Malaysia doakan arwah," ujarnya yang menetap di Masai.

Terdahulu, video memaparkan suami Allahyarham iaitu Muhamad Redzuan sedang meraung kerana isterinya berada dalam kenderaan terbakar pada Sabtu mengundang simpati netizen.

Menerusi rakaman itu, Muhamad Redzuan meraung sambil menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan isterinya, sambil dipujuk oleh orang awam agar bersabar.

Foto kenangan ketika pasangan itu mengerjakan umrah, September lalu.

Foto kenangan ketika pasangan itu mengerjakan umrah, September lalu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor mengesahan kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.

Kemalangan itu melibatkan kereta Proton Wira, Proton Preve dan Toyota Vios serta sebuah lori Isuzu.

Selain Nurul Nazihah yang menaiki Proton Wira, seorang lagi mangsa maut yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain