suria

Pencinta kucing jual nasi lemak demi manjakan si bulus, ibu hamil turut dimanja! ‘Cair’ dengar ungkapan ‘teringin’

Perbualan di antara Rozeeta dan seorang wanita mengandung yang mengidam nasi lemak kedainya.

MEREKA yang baik dan berhati mulia pasti akan sentiasa terdetik untuk bertolak ansur dalam apa jua situasi.

Bagaimanapun, kita tidak pernah tahu apa yang seseorang itu sedang diuji atau dilalui pada hari-harinya.

Empati dalam memahami situasi adalah prinsip yang dipegang oleh wanita pencinta kucing ini.

Rozeeta Manan, 37, atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ojie dilihat mengutamakan seorang wanita mengandung ketika senarai menunggu di kedainya agak panjang.

Dalam video pendek yang tular di laman Twitter itu, pelanggan berkenaan memesan nasi lemak berlauk tetapi Rozeeta memberitahu dia perlu menunggu selama sejam.

"Yang berlauk semua kena tunggu satu jam sebab waiting list kita banyak, sebab deep fryer kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Murah sampai pelanggan takut! Peniaga warung jual makanan harga tak masuk akal, kesian dekat pelajar maahad

ARTIKEL BERKAITAN: Jual roti canai 50 sen sekeping, peniaga akui tak sampai hati naikkan harga... Syukur rezeki seadanya, tiada niat nak kaya

"Kalau you nak sekarang saya boleh bagi nasi kosong je, itu pun tak ada telur," beritahu Rozeeta sambil meminta maaf kepada pelanggan tersebut.

Namun, wanita berkenaan berkata dia mengidam nasi lemak air tangan Rozeeta itu dan berharap permintaannya dapat dipenuhi.

"Teringin..." kata perempuan itu dalam nada merayu.

Kedai nasi lemak Rozeeta di tapak niaga ThePort MY, Bandar Utama.

Rozeeta yang tersentuh hati mendengar rayuan itu terus berusaha sehabis baik untuk memenuhi permintaan wanita hamil tujuh bulan itu dengan memberikan nasi lemak kulit ayam, tetapi tanpa telur.

Peniaga itu juga bertegas bahawa hidangan itu diberikan secara percuma kepada wanita berkenaan atas alasan dia mempunyai 'soft spot' terhadap wanita hamil.

Ketika dihubungi mStar, Rozeeta mengakui dia sememangnya akan berlembut hati apabila berurusan dengan mana-mana ibu mengandung.

Arwah ayah dulu kalau time kakak pregnant memang bagi extra care.

ROZEETA MANAN

"Sebab saya sendiri masih belum ada rezeki mengandung. Kakak empat orang semua ada anak. Selalu tengok mereka teringin nak makan itu ini dan ibu saya akan masak je untuk mereka.

"Arwah ayah dulu kalau time kakak pregnant memang bagi extra care sebab nak pastikan anak dia dapat apa yang mereka teringin.

"Kalau mereka teringin nak makan dekat luar, ayah dengan ibu akan bawa kami semua," ceritanya.

Memulakan perniagaan nasi lemak pada tahun 2016, Rozeeta berkata dia hanya mempunyai satu matlamat ketika berniaga iaitu untuk memanjakan kucing kesayangannya.

Kucing peliharaan Rozeeta yang dianggap seperti anaknya sendiri.

"Saya berniaga untuk kucing sebab untuk penjagaan mereka, nak bagi mereka ini sihat dan saya layan mereka semua ini macam anak sendiri," katanya.

Rozeeta juga memberikan pesanan kepada peniaga di luar sana untuk sentiasa berbuat baik kepada pelanggan.

"Berbuat baik dekat semua customer kita. Kadang-kadang makanan kita biasa je tapi customer ini datang sebab kebaikan kita.

"Customer ini bila dah suka kita, dia akan support kita tak kira apa sekali pun. Dia akan bawa family dan kawan-kawan untuk beli makanan kita.

"Be nice to people. Jangan cari masalah. Jangan cari pasal," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain