suria

Anak sedang menyusu badan, lipan sibuk merayap belakang badan si ibu! Selepas kejadian, jenuh suami kena pujuk tidur di katil

Syida berkongsi kisah seekor lipan muncul di katil di bilik tidurnya.

SENGATAN binatang yang berbisa seperti lipan, ular, tebuan dan kala jengking antara paling ditakuti orang ramai.

Situasi inilah yang dialami seorang wanita di rumahnya, pada awal pagi Jumaat.

Lebih mengejutkan apabila kemunculan 'tetamu tidak diundang' itu berlaku di atas katilnya sendiri!

Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Nursyahieda Zainal Asri berkata, kejadian berlaku di bilik tidur di rumahnya di Kluang, Johor.

Lebih mesra disapa Syida, katanya, ketika itu dia baru saja bangun dari tidur untuk menyusukan anak perempuannya yang berusia 11 bulan.

"Saya terjaga dari tidur pukul 5.30 pagi apabila anak merengek minta susu. Masa baring di katil menyusukan anak tu tiba-tiba ada 'benda' merayap di belakang badan.

"Saya terasa ia bergerak sampai ke kepala. Saya terkejut dan segera bangun dalam bilik yang samar-samar dengan cahaya lampu tepi katil," katanya ketika dihubungi mStar.

tragedi lipas 2

Syida bersama anak perempuannya berusia 11 bulan.

Syida yang berusia 32 tahun berkata, dalam keadaan cahaya yang samar-sama itu, dia pada mulanya memikirkan 'benda' tersebut merupakan seekor lipas.

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak, tak matilah! Dua sahabat lari lintang pukang selepas 'acah berani' tarik ular sawa kekenyangan - "Kami excited dapat tengok depan mata"

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Nampak lipan keluar dari beg tangan ketika memandu, reaksi spontan gadis ini memang padu... mula-mula BF tak percaya, lepas itu gigih punggah kerusi!

"Apa tu? Lipas? Tapi terasa kakinya menjalar panjang. Apabila periksa di katil, tak ada apa-apa di atas katil kecuali anak perempuan, suami serta anak lelaki yang tidur di sebelah katil.

"Saya tak sedap hati, cuba angkat bantal. Berderau darah tengok seekor lipan besar melingkar di bawahnya. Saya hanya istighfar Astaghfirullah," ujarnya yang berasal dari Jengka, Pahang.

tragedi lipan 5

Syida pertama kali melihat lipan sebesar ini.

Dalam keadaan panik, dia serta-merta mengangkat anaknya yang berusia 11 bulan dan dibawa ke bilik lain sambil mengejutkan suaminya.

"Saya menjerit kejutkan suami. Anak sulung berusia dua tahun dan lapan bulan di sebelah hujung katil ada penghadang dengan bantal peluk.

"Dalam keadaan yang gelabah, suami pantas capai pengepit makanan dari dapur untuk tangkap lipan. Tapi itulah terlepas pula binatang hingga ke bawah katil," katanya.

tragedi lipan 4

Suami Syida cuba membawa keluar lipan yang ditemui di atas katil.

Menurut suri rumah itu, binatang itu bagaimanapun berjaya 'ditawan' oleh suaminya menggunakan pengepit makanan dan penyembur racun serangga.

"Suami 'takut-takut berani' masa tu dan dalam 10 minit dah settle hal lipan. Mujur suami jenis tak takut atau melatah dengan binatang macam ni.

Satu pengalaman yang memang rare, meremang bulu roma bila ingat balik.

SYIDA

"Tapi sayalah pula trauma. Lepas kejadian tu, saya sambung tidur di sofa kat ruang tamu. Di sebelah malam baru berani tidur di katil selepas dipujuk suami.

"Suami kata tak ada apa-apa. Tapi dua malam juga saya susah nak tidur. Sekarang ni asyik periksa dulu satu katil, risau ada 'kawan-kawan' lipan tu pula yang datang," tambahnya.

tragedi lipan 3

Syida (kanan) bersama suami dan anak-anak.

Walaupun masih tidak tenteram dek kejadian yang berlaku, Syida yang juga ejen suplemen kesihatan tetap bersyukur kerana semuanya selamat tanpa sesiapa terkena sengatan lipan.

"Alhamdulillah tak ada siapa kena gigit, lebih-lebih lagi ada baby. Syukur anak merengek buat saya terjaga. Mungkin sebab musim hujan sekarang menyebabkan binatang seperti ini muncul.

"Satu pengalaman yang memang rare, meremang bulu roma bila ingat balik. Sekarang ni kalau kaki tersentuh sesuatu pun akan fikir ada lipan," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain