suria

[V] Tak cukup terajang, pemuda dayus libas kepala remaja perempuan dengan selipar! Satu Malaysia ‘mendidih’, gesa polis jejak sampai dapat

Mangsa bukan sahaja diterajang, malah turut dilibas wajahnya dengan selipar.

RAKAMAN tular memaparkan seorang gadis yang dipukul seorang lelaki mengundang perhatian ramai di media sosial.

Dalam rakaman itu, mangsa bukan sahaja disepak pada muka, malah turut diterajang pada bahagian perut dan paha.

Tidak cukup dengan itu, ketika remaja perempuan berkenaan kedengaran menangis kesakitan, lelaki itu mencabut sebelah seliparnya sebelum melibas ke arah mangsa.

Video itu kini tersebar meluas di laman sosial dan turut dikongsi pengarah terkenal Michael Ang menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad malam.

"Salam semua. OMG anak Cina mana ni? Please tangkap mamat ni dan juga yang pegang kamera tu... boleh rakam je.

"Walaupun kalau perempuan tu buat benda salah, kau tak payah la pukul anak orang macam tu. Apa nak jadi dengan dunia ini?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak angkat dipaksa makan supaya gemuk, waktu itulah dia dipukul... Saksi pura-pura minum air rakam insiden menyayat hati

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul budak hyper-aktif dengan penyapu sebab tak suka makan nasi, wanita rambut pink direman 7 hari

"Saya anggap jantan binatang tu Cina sebab hujung video tu tukang rakam ada cakap Cina. Kalau salah sorry," ujarnya.

Selain Michael Ang, pengacara dan usahawan Neelofa turut berkongsi video sama menerusi Twitter miliknya.

Tolong tangkap budak ni. Hebat sangat ke pukul anak orang? Kalau mati budak tu macam mana?

NETIZEN

"Sesiapa ada info mengenai kejadian ni? Tolong maklumkan jika tahu," tulisnya di Twitter sehingga meraih lebih 6,000 ulang kicau (retweet).

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan ganas berkenaan dan berharap pelaku segera ditangkap oleh pihak berkuasa.

PDRM's logo  (photo for archive )AZHAR MAHFOF/The Star

Netizen berharap agar pelaku segera ditangkap polis.

"Ni dekat Malaysia ke? Kalau di Malaysia, harap ditangkap cepat oleh polis.

"Pantang betul tengok lelaki naik tangan kat perempuan. Dengan uniform sekolah.

"Tolong tangkap budak ni. Hebat sangat ke pukul anak orang? Kalau mati budak tu macam mana?

"Pengecut je berani naik tangan kat perempuan," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain