HASRAT hati seorang peniaga sebuah kedai makan meruntun jiwa pelayar Facebook. Menerusi grup Facebook Edit Apa Hari Ni (EAHN), peniaga dengan nama Saliza Ita itu meminta jasa baik ahlinya supaya menyunting foto dia sedang berdiri di kedainya. Berdasarkan foto yang dimuat naik, kelihatan Saliza berdiri di ruang kedainya, dipercayai di Felda Jaya di Jempol, Negeri Sembilan yang sunyi tanpa pelanggan. “Boleh tak editkan gambar kedai saya ni biar jadi macam ramai customer. Hantaran asal yang tular. “Teringin nak ramai customer macam kedai-kedai makan lain yang viral tu walaupun hanya dalam angan-angan. “Mudah-mudahan dengan angan-angan ia menjadi kenyataan,” tulisnya pada hantaran tular itu. Malah, permintaan ini bukanlah satu hajat kosong apabila wanita kelihatan agak berusia usia itu meluahkan mengenai nasib dan hasil jualannya yang tidak seberapa. Jelasnya dia tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan lain demi mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Murah sampai pelanggan takut! Peniaga warung jual makanan harga tak masuk akal, kesian dekat pelajar maahad ARTIKEL BERKAITAN: Tengah sedap makan lemang dan rendang, gadis Cina dapat satu ‘nikmat’ tambahan... terus bagi rating 5 bintang! “Hampir putus asa tapi tetap teruskan kerana ini sahajalah kemahiran yang ada untuk teruskan hidup. “Pernah saja hari tu berniaga dari pagi sampai petang, RM47 sahaja yang dapat. “Tetap bersyukur kerana masih ada pelanggan yang sudi menjamu selera di kedai kami,” katanya lagi. Apa yang menarik, permintaan Saliza itu segera ditunaikan ahli Facebook EAHN. Saya saksi kakak ni dan suami dia memang masak sedap dan tak berkira. NETIZEN Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan pelayar berkongsi pengalaman mereka menikmati hidangan di kedai milik Saliza. Malah tak kurang juga yang bertanya tentang lokasi kedai selain mendoakan agar Saliza dimurahkan rezeki dengan kehadiran pelanggan selepas ini. “MasyaAllah rakyat Malaysia yang baik, semua bagi semangat positif dekat akak ni semoga akak ni dimurahkan rezeki. “Saya saksi kakak ni dan suami dia memang masak sedap dan tak berkira. "Kakak ni baru je buka gerai kat food court tu. Rasanya tak sampai setahun lagi dia buka kat sana. Untuk rekod, hantaran tersebut telah menerima lebih 17,000 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 1,600 oleh pelayar di Facebook. Komen netizen memberi respons pada posting asal. Selain itu warganet turut menyatakan rasa kagum mereka kerana tidak ramai yang menjadikan permintaan wanita ini sebagai bahan jenaka tetapi mendoakan kebaikan kepadanya. “Pertama kali buka komen cari gambar tiada. Hanya doa, tip dan banyak nak tolong. Tiba-tiba bangga dengan rakyat Malaysia. "Ada waktu bergurau, ada waktu kecam, ada waktu serius. “Yang ni saya tak boleh edit, saya doakan kakak dimurahkan rezeki insyaAllah amin,” komen netizen lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI