SETIAP orang memiliki bahagian rezeki yang berbeza-beza. Ada yang berkahwin pada usia muda, namun ada juga yang jodohnya masih tidak kesampaian walaupun sudah lanjut usia. Ada pula segelintir yang sudah berkahwin awal tetapi dikurniakan zuriat lambat sehingga terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya. Perihal jodoh lambat ini mungkin menjadi kerisauan terutama golongan hawa berbanding lelaki apatah lagi masyarakat kini meletakkan standard umur tertentu supaya mereka mendirikan rumah tangga. Sebagaimana dikongsikan seorang pelayar media sosial, wanita ini melahirkan rasa sedih apabila masih belum berkahwin pada usianya 30 tahun. Ciapan asal yang menjadi tular. Lebih menjadi kegusaran di hati apabila ibu bapanya sendiri bimbang jikalau dia bakal menjadi anak dara tua (andartu) kelak. “Saya sedih sangat sekarang ni. Umur masuk 30 belum berkahwin, mak abah risau saya jadi andartu. “Actually saya okay saja single tapi mak abah yang nak saya kahwin cepat,” katanya. Kerisauan kedua-dua orang tuanya semakin parah apabila mereka meminta wanita ini untuk mengubah penampilan dan gaya hidup kepada lebih baik. Lebih menyedihkan apabila dia menerima risikan daripada seorang lelaki seusia bapanya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Umur tingkatan 4 sudah timang cahaya mata, isteri kongsi asam garam rumah tangga... Siap tunjuk surat beranak anak tertera usia bapa ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin tahun 1988, dapat tiga anak... tahun 2022 baru tahu perkahwinan tak sah! Suami isteri insaf mahu nikah semula Rupa-rupanya ia rancangan si bapa yang meminta anaknya cuba mengenali lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum menolak pinangan berkenaan. “Suruh melawa pergi kerja, berkawan dengan lelaki, rajin senyum. Tapi nak buat macam mana. Takkan nak paksa bercinta? “Tiba-tiba ada kawan surau abah datang merisik. Sebaya dengan abah. Lepas tu mak abah suruh saya kenal hati budi pakcik tu. Saya buat tak tahu. “Ada sekali tu pakcik tu call, unknown number saya angkatlah ingatkan siapa. Awkward gila,” ujarnya lagi. Nak carikan calon, carikan yang sepadan... kau bagi dekat kawan macam tu saja. NETIZEN Akui stres dengan situasi yang terjadi pada diri, wanita ini meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya dengan ukuran diletakkan terhadap perkahwinan itu sebagai satu kejayaan dalam hidup. Luahan itu dihantar oleh pelayar berkenaan menerusi direct message (DM) kepada pengendali Twitter @ConfessTweetMY yang kemudian membuat perkongsian dalam satu ciapan bagi mendapatkan pandangan warganet. “Biarlah lewat kahwin daripada tersalah pilih pasangan hidup. Hidup sendiri pun bukan tak bahagia. Berkejar untuk jodoh akhirnya tak bahagia. Orang sibuk cakap andartu, kalau kita tak bahagia pun org cakap juga. Buat kering je sis. Tak payahlah kenal pakcik tu. “Bapanya pun. Nak carikan calon carikan yang sepadan. Kau bagi dekat kawan kau macam tu saja. Kasihanlah anak tu. Kalau calon tu anak kawan kau tu tak apalah juga. Komen netizen berkenaan isu yang tular. “Parents macam inilah yang lagi hancurkan emosi dan masa depan anak. Keep pressure tentang bila nak kahwin. Makcik pakcik percaya tak dengan jodoh (ditentukan) Allah? Kami sebagai anak bukan tak cuba cari pasangan hidup. "Tapi belum jumpa yang tepat. Belum masanya lagi. Hal kahwin ni jangan terburu-buru. Salah orang, merana anak pakcik makcik nanti,” komen netizen membalas ciapan tersebut. Untuk rekod, ciapan tersebut menjadi tular apabila diulang kicau lebih 3,000 oleh pelayar di Twitter. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI