suria

[V] Masuk Hatyai, tunjuk hebat drift BMW sampai tuk tuk, kereta lain rosak! Pelancong Malaysia ditahan di Thailand

Lelaki warga tempatan kesal kerana tidak fikir panjang sebelum drift BMW dan memohon maaf.

KERANA seekor kerbau membawa lumpur, akhirnya semua terpalit.

Begitulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan perilaku buruk seorang pelancong tempatan yang berkunjung ke negara jiran.

Dalam satu posting video yang tular di Twitter, seorang lelaki rakyat Malaysia dilihat membuat permohonan maaf di hadapan balai polis Hatyai di Thailand.

Perkongsian di Twitter yang mendedahkan salah laku seorang lelaki tempatan di Hatyai.

Dia bertindak sedemikian selepas ditahan pihak berkuasa Thailand kerana melakukan aksi drift di sebuah tempat letak kereta kawasan pelancongan milik di sana, pada Jumaat.

"Saya janji saya salah, saya minta tolong, saya minta maaf,

"Thank you very much, semua bagus. Saya minta maaf. I'm really sorry," kata lelaki itu dengan wajah penuh kekesalan.

Aksi berbahaya yang dilakukannya itu menyebabkan batu kecil berterbangan di udara sekali gus mengakibatkan beberapa kerosakan pada sebuah kereta dan tiga buah tuk tuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Merungut peniaga jual Milo O harga RM2, siap suruh orang melancong ke Thailand... netizen cop pelanggan ‘baru keluar gua’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita undang kecaman kongsi tip percutian bajet di Thailand bersama kekasih, tak bimbang terzina sebab ‘jaga niat’

Melalui hantaran yang sama, pemilik akaun Twitter berkenaan juga mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan memburukkan nama pelancong Malaysia secara keseluruhannya.

"Masuk negara orang lepas tu buat hal. Benda ni dah viral dan kecoh dekat sana. Yang jadi mangsa kita ni la yang pergi memang untuk bercuti.

"Orang-orang macam ni kerajaan jangan bagi keluar negara. Suruh dia pergi Zoo Negara sahaja tengok beruk," tulisnya.

Menurut agensi berita Bangkok Post, pemilik-pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat tindakan lelaki itu telah membuat aduan di Balai Polis Kho Hong.

Lelaki warga tempatan berasa sesal dengan tindakannya namun hanya mampu untuk memohon maaf.

Lelaki tempatan ini membuat permohonan maaf di hadapan balai polis Hatyai.

Bertindak balas kepada laporan itu, Abdul Raii Azmi, 32, yang memandu kereta BMW ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Sadao sempadan Malaysia-Thailand ketika dia hendak pulang semula ke Malaysia pada Sabtu.

Azmi dan isterinya kemudian dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan empat pemilik kenderaan yang menuntut bayaran ganti rugi sebanyak 107,000 baht (RM13,300).

Namun, setelah perbincangan semula ia berjaya dikurangkan kepada 99,000 baht (RM12,300) dan jumlah tersebut akan dikongsikan di antara empat mangsa mengikut tahap kerosakan kereta masing-masing.

Azmi memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan aksi tersebut setelah diminta oleh kakitangan wanita di tempat peranginan yang dilawatinya.

Dia menerima pelawaan tersebut tanpa berfikir panjang dan melalukan drift sebanyak enam kali.

Azmi berjumpa dengan empat pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan dan menuntut bayaran ganti rugi.

Menelusuri ruangan komen, netizen turut sama menyelar tindakan lelaki itu yang dianggap telah mencemarkan nama baik Malaysia.

"Apa motiftah nak drift dekat Thai.. simpan dia ni kat lokap sana.

"Tau minta benda ni jangan viral! Masa buat otak tinggal dalam seluar ke apa?" demikian antara komen warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain