KEBERANIAN seorang wanita yang bekerja sebagai petugas pemasangan pendingin hawa mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen. Menerusi video yang dikongsi, Nora Elyna Elly, 34, kelihatan selamba berada di bahagian luar bangunan tinggi untuk memasang pendingin hawa di kediaman pelanggannya. Mesra disapa Nora, ibu kepada empat cahaya mata itu berkata dia sama-sama mengusahakan perkhidmatan itu bersama suaminya, Abdul Rahman atau Man, 35, sejak beberapa tahun lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya bermula pada tahun 2017. Suami memang buat bidang aircond. Pada waktu itu, saya ikut suami bekerja je. Kemudian terus jadi minat. Jadi sekarang kami sama-sama usahakan perkhidmatan ini. "Dulu kami cuma ada stor dan beroperasi secara online. Kemudian kami buka kedai aircond di Meru, Klang sejak tiga bulan lalu. Saya boleh je duduk kedai, tapi saya tak suka duduk setempat. "Jadi, di mana ada kerja pemasangan, saya akan pergi. Sekarang kami ada dalam tujuh orang sfat setakat ini, kami cover kawasan dalam Selangor dan Kuala Lumpur. "Selain pasang aircond, kami juga buat kerja-kerja membaiki, servis dan jual aircond," ujarnya kepada mStar. Saya dapat banyak permintaan, pelanggan nak pekerja perempuan yang datang kerana mereka wanita bujang di rumah ataupun suami tiada di rumah. NORA Menurut Nora, bidang ini sememangnya ada cabarannya tersendiri, namun terpaksa 'menutup mata' dan meneruskan kerja seperti biasa kerana minat dan mahu mencari pendapatan. Tidak menafikan wujudnya perasaan gayat, namun Nora berkata dia hanya akan fokus pada kerja, sekali gus dapat melupakan rasa takut yang bersarang di jiwa. "Walaupun saya jenis tak gayat, awal-awal dulu tetap ada rasa gayat. Tapi lama-kelamaan jadi terbiasa. Yang penting kita kena yakin dan tahu rentak kerja. Video yang dikongsi Nora tular di aplikasi TikTok. "Bila orang tengok, orang nampak takut bila kita berdiri dan panjat luar bangunan. Kita yang dah terbiasa tahu tempat mana boleh pijak, tempat mana tak boleh pijak. "Kalau jarang buat memang akan jadi gayat. Contohnya, saya berhenti buat kerja ni dalam dua ke tiga bulan, bila nak mula balik mesti akan rasa gayat. "Saya tak ada petua apa-apa untuk hilangkan rasa gayat. Yang penting kena fokus pada kerja, tak perlu nak pandang-pandang bawah. Safety harness juga kena pakai," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi habis bakal ustazah ni, selamba pandu 4x4 rentas sungai... berbaju kurung pun redah je! - “Ayah perhati dari luar” ARTIKEL BERKAITAN: Cun habis! Gadis lasak kejutkan warga TikTok dengan baju kurung pink, minta doa yang baik-baik - “Tak pernah lagi beraya pakai baju Melayu” Dalam pada itu, Nora turut berkongsi video-video aksinya memanjat bangunan sehingga tular dan meraih perhatian pengguna media sosial. Ujar Nora, penangan video tular turut membuka pintu rezeki apabila dia bukan sahaja menerima sokongan ramai, malah turut mendapat pelanggan baharu dari aplikasi TikTok. "Saya baru buat TikTok dalam setahun. Alhamdulillah, ada juga dapat pelanggan dari TikTok. Saya aktif buat video di TikTok. Suami pula buat video berkaitan aircond di YouTube. Nora dan suami turut membuka sebuah kedai baru-baru ini. "Awalnya ada juga orang condemn saya. Ada je mereka cari point tegur itu tegur ini. Tapi saya perbaiki apa yang ditegur. Alhamdulillah sekarang ramai yang komen bagi sokongan. Pada masa sama, ramai juga yang mesej saya tanya mengenai kerja kosong. "Saya bersyukur orang nampak usaha saya. Terima kasih pada semua yang sokong dan bagi kata-kata semangat. Moga doa ini berbalik kepada anda juga. Kalau ada wanita yang berminat nak belajar, boleh hubungi saya," ujarnya yang turut mempunyai kemahiran dalam bidang landskap dan masakan. Tambah Nora, permintaan terhadap pekerja pemasangan penghawa dingin wanita sebenarnya sangat menggalakkan sehingga dia tidak menang tangan melayan pelanggan. Netizen kagum melihat keberanian Nora. "Sebelum ni pun saya pernah ambil pekerja perempuan, tapi tak berpanjangan. Kalau ada lagi lepas ni, boleh la saya tubuhkan team perempuan je. "Sebab saya dapat banyak permintaan, pelanggan nak pekerja perempuan yang datang kerana mereka wanita bujang di rumah ataupun suami tiada di rumah. "Jadi mereka lebih selesa kalau ada pekerja perempuan yang boleh datang pasang aircond di rumah mereka. Memang tak menang tangan sebenarnya," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI