suria

Tak sempat kaya kerja di Singapura, suami B40 rancak ‘pasang’ skandal! Bangga tayang gambar awek dekat kawan

Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui suaminya curang dengan perempuan lain.

DEMI mengubah nasib keluarga, seorang suami sanggup berulang-alik ke Singapura dengan harapan untuk mencari rezeki lebih.

Girangnya hati si isteri apabila akhirnya doa agar suami dimurahkan rezeki dan diterima bekerja di Kota Singa dimakbulkan.

Namun menerusi cerita yang dikongsikan semula di grup B40 Buat Perangai Apa Harini, si isteri melahirkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya mula bermain kayu tiga.

"Sebelum husband dapat kerja di Singapura, hari-hari saya berdoa supaya dia dapat kerja di sana dengan harapan apabila dah dapat kerja gaji lebih, hidup kami boleh senang sikit.

Tangkap layar hantaran asal di Facebook.

"Apabila dia pergi interview... mulut ni tak lekang dengan doa supaya dia diterima. Hari-hari berdoa semoga Allah murahkan rezeki kami dan moga permudahkan urusan suami," tulisnya

Bercerita lanjut, wanita ini berkata dia begitu senang hati apabila suami diterima bekerja di Singapura.

Sebagai isteri, saban hari dia cuba menjaga kebajikan suami sebaik mungkin termasuk menyediakan bekal makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Diceraikan ketika hamil 2 bulan, suami kantoi curang borak loghat Sabah dalam telefon... Paling geram tak mengaku anak!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi tip pikat suami, tapi netizen kata semua tak menjadi! Kalau lelaki nak curang dia buat juga... “Ayah aku 4 kali kahwin lain”

"Apabila dia dah dapat kerja di sana saya tak henti-henti bersyukur pada Allah sebab bagi kami rezeki tu.

"Pukul 4 pagi dah bangun siapkan bekal suami. Dia balik basuh baju suami untuk pergi kerja esok hari. Gosok baju untuk dia," ujarnya.

Namun, gembira si isteri tidak lama kerana suaminya dikesan mula membuat 'angkara' dibelakangnya.

Reaksi netizen pada hantaran tersebut.

Perkara itu diketahui oleh wanita ini setelah melihat gambar dihantar suami kepada rakannya melalui satu perbualan di telefon.

"Tapi apa yang buat saya terkilan sangat... belum pun merasa senang dia dah buat perangai bermesej dengan perempuan lain. Ambil gambar perempuan itu siap bagi dekat kawan dia cakap ni awek.

"Kantoi pun sebab dia lupa nak delete semua tu. Mungkin Allah nak tunjuk. Mungkin sebelum ni dia dah siap- siap delete," jelasnya lagi.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi warga maya yang turut bersedih dengan kisah dikongsikan wanita bernasib 'malang' itu.

Rata-rata netizen memberi pendapat mereka tentang situasi yang dihadapi wanita ini.

"Dah nak masuk level T20, kenalah buat perangai macam T20. Bini kena ada, scandal kena ramai.

"Sedih. Mentaliti tak seiring dengan pendapat. Mentaliti masih di takuk B40.

"Doakan dia miskin balik," komen netizen pada hantaran tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain