suria

Terkedu tengok mak ayah di Twitter kongsi kira-kira kos besarkan bayi, cecah RM27,000 setahun pun ada!

Seorang wanita menyenaraikan kos sebanyak RM27,000 setahun untuk membesarkan bayinya. Foto: Relaxnews.

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menjadi pelengkap kehidupan mereka.

Kata orang, anak merupakan rezeki kurniaan Allah namun kini banyak pasangan mula 'berkira-kira' untuk menambah bilangan ahli keluarga kerana situasi ekonomi yang tidak mengizinkan.

Di Twitter, topik itu menjadi perbualan ramai selepas seorang wanita mengajukan soalan mengenai kos untuk membesarkan anak dalam fasa setahun yang pertama.

Anak dianggap sebagai satu rezeki dan amanah yang dikurniakan Allah. Foto: AFP.

"Berapakah average cost yang diperlukan untuk besarkan anak setahun yang pertama? Daripada lahir, sampailah first birthday.

"Diapers, susu, makanan, vaccine, takaful, nursery, dan lain lain," soal pemilik Twitter @ImanAbdulRahim pada Khamis.

Tweet tersebut menerima lebih 2,000 ulang kicau (retweet) dan turut dihujani pandangan serta jawapan daripada mereka yang berpengalaman.

Saya tak pernah kira, yang saya tahu Allah sentiasa cukupkan rezeki kami sekeluarga malah makin bertambah even ada lapan orang anak.

NETIZEN

Di ruangan balas, seorang pelayar Twitter dikenali sebagai @IzzyRahimi meletakkan nilai RM27,000 untuk membesarkan anak kecil dalam setahun.

"Playschool RM1,000, diapers RM300, medical RM200, susu RM250, toys RM200, food RM200, baju RM100. Jumlah RM2,250 sebulan, RM27,000 setahun," dedahnya.

Seorang lagi wanita mendedahkan perbelanjaan untuk seorang anak dianggarkan sebanyak RM18,000 ke RM20,000 setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Selain buat orang ‘geram’, ramai keliru dengan rambut bayi comel ini... betul ke palsu? - “Dah tiga anak lelaki, saya doa dapat perempuan pula”

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi tunjuk tingkah laku ‘sangat baik’ masa mandi, dipakaikan baju sebelum ke rumah pengasuh... petangnya ‘pergi’ tinggalkan mak ayah

"Pengasuh RM400, diapers RM100, susu RM350, medical RM150, extra medical RM100 hingga RM200, clothes RM100 dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) RM200.

"Total setiap bulan dibelanjakan dalam RM1,500. Setahun RM18,000 hingga RM20,000. Bergantung kepada bayi juga. Jika kulit sensitif, lagi banyak kena belanja untuk lampin dan perubatan," kata @balkhishh pula.

Dalam ruangan balas tweet ini, ada netizen meluahkan rasa terkejut melihat jumlah perbelanjaan untuk anak kecil yang perlu ditanggung ibu bapa.

A little baby boy who is about to have a diaper change.

Banyak kos yang perlu ditanggung untuk membesarkan anak. Foto: Positive Parenting.

Pada masa sama, ada yang berkata mereka tidak pernah berkira, malah sentiasa diberi rezeki mencukupi untuk menanggung ahli keluarga.

"Saya tak pernah kira. Yang saya tahu Allah sentiasa cukupkan rezeki kami sekeluarga malah makin bertambah even ada lapan orang anak.

"Aduh sejak dia lahir sampai la sekarang dah masuk lapan bulan tak pernah kira perbelanjaan anak, kita hanya perlu bersyukur sahaja setiap hari tanpa henti InsyaAllah pasti cukup untuk menyara anak. Rezeki selalu ada kalau kita jenis tak berkira.

Good nutrition is essential for a healthy future for infants and small children. (Dreamstime/TNS)

Topik mengena kos membesarkan hangat dibincangkan di Twitter. Foto: Dreamstime/TNS.

"Telan air liur baca komen. Patutlah ada yang belum diberi rezeki cahaya mata, Allah tahu kita tak bersedia. Subhanallah.

"Kepada semua mak ayah, semoga sentiasa dikurniakan rezeki melimpah untuk diri dan keluarga, Amin. Macam mana korang ada duit banyak macam tu ya Allah.

"Takut nak total up semua. So far bulan-bulan cukup makan pakai boleh bayar apa semua.

"Tak pernah kira pun selama membesarkannya. Rezeki Rabb dah bagi, yang penting amanah itu dijaga," tulis beberapa individu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain