BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Seorang individu tergamam apabila mengetahui rakannya datang daripada keluarga berpendapatan rendah yang mungkin memerlukan bantuan. Segalanya terbongkar selepas individu dipercayai seorang wanita itu akhirnya menemukan telefon bimbit milik rakannya itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Patutlah selama ni kau sorok main phone. Rupanya kau tak nak aku tahu kau pakai phone apa je. "Sumpah aku tak kuat, patut la kau cakap akaun media sosial satu pun tak ada kecuali WhatsApp," tulisnya menerusi video yang dikongsikan di TikTok. Individu berkenaan turut menunjukkan peranti jenama Yes milik rakannya itu yang sudah lusuh dengan skrin hadapan retak. ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa orang susah baju buruk. Saya tanggal jubah beri dekat dia” - Dulu Ebit Lew ‘daif ya amat’... pernah dipanggil bodoh bersusah tolong orang ARTIKEL BERKAITAN: "Dulu saya pun hidup susah, tapi Alvin 10 kali lebih daif" - Pengetua menangis lihat pondok usang pelajar Peranti Yes biasanya mempunyai spesifikasi yang disifatkan cukup untuk sekadar memenuhi keperluan asas dalam penggunaan alat elektronik. Antara spesifikasi yang dimilikinya ialah cip Quad-core 64-bit, ingatan capaian rawak (RAM) dengan saiz satu gigabait dan bateri bersaiz 2,000-miliampere. Oleh itu tidak hairan jika rakan tersebut hanya menggunakan aplikasi media sosial WhatsApp kerana aplikasi lain berkemungkinan tidak mampu disokong peranti Yes berkenaan. Pemilik video ini tidak sangka rakannya sedang dalam kesusahan yang sebegini. Pada perkongsian sama individu yang mungkin juga bukan berasal daripada keluarga yang senang hanya mampu menitipkan doa agar urusan rakannya itu dipermudahkan. "Aku minta maaf sangat, kalau aku ada duit lebih dah lama aku bantu kau," tulisnya lagi. Dia sempat memaklumkan di kapsyen video itu yang rakannya sudah menghantar permohonan untuk Peranti Siswa tetapi ditolak. Video itu meraih simpati warga maya yang membanjiri ruangan komen mengharapkan bantuan segera diberikan kepada rakan pemilik video tersebut. Peruntukan sepatutnya untuk orang yang tak mampu, tapi ramai yang ambil kesempatan. NETIZEN "Ni kalau kena masuk group dekat Telegram macam mana, kesiannya dia. Semoga rayuan Peranti Siswa dia lulus. "Please la, orang-orang macam ni memang layak dapat Peranti Siswa," tulis warga maya. Seorang netizen juga sempat berkongsi pengalamannya menggunakan peranti Yes. "Dulu pernah pakai Yes juga, tak boleh download apa, tengok YouTube je. Alhamdulillah sekarang pakai Poco x3pro," ujarnya. Antara komen netizen di TikTok. Terdapat juga warga maya yang menyuarakan ketidakpuasan hati kerana agihan bantuan Peranti Siswa tidak sampai kepada mereka yang memerlukan. "Peruntukan yang sepatutnya untuk orang yang tak mampu, tapi ramai yang ambil kesempatan... kesian dekat orang yang betul-betul memerlukan. 'Few of my friends pakai iPhone, iPad, siap admit parent yang belanja tapi dapat Peranti Siswa. Aku macam kesian gila pada orang yang gagal permohonan tapi memerlukan," kata netizen ini jelas kecewa. Untuk rekod telefon Yes milik rakannya itu dipercayai diperoleh secara percuma menerusi program Jaringan Prihatin untuk mereka yang berkelayakan di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). BPR diumumkan pada Belanjawan 2021 mensasarkan golongan B40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI