suria

[V] Pasangan ustazah viral pula bersuara! Gesa suami sedia duit ‘saat tumpahkan air mani pada malam pertama’ demi jaga aurat isteri masa bersalin

Pendakwah ini menyelar suami yang sanggup membiarkan kelahiran anak disambut doktor lelaki.

KENYATAAN kontroversi pendakwah bebas, Siti Afifah Shahbudin mengenai aurat wanita yang bersalin menggunakan khidmat doktor lelaki terus hangat menjadi perdebatan netizen.

Suami kepada pendakwah berkenaan iaitu Ustaz Zaidi Tohirin turut senada dengan isterinya apabila tampil menyelar golongan suami yang membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka.

"Sampai seteruk itu kamu letakkan maruah isteri kamu. Bidadari kamu di dunia ini kamu buat macam tu. Pagi tadi saya dengar sendiri ada orang lelaki telefon, dia kata bini dia nak bersalin, doktor minta duit RM10,000 dekat ustazah.

"Eh kamu lelaki, kamu suami, kamu bertanggungjawab. Waktu kamu bersama dengan isteri kamu di malam pertama, apakah kamu tidak terfikir akan ada anak? Jangan sedapnya saja kamu ambil. Hey lelaki, dayus kamu!

"Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu tu, sembilan bulan Allah beri tempoh untuk kamu bersiap sedia memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin.

"Hanya dikenakan beberapa ringgit saja kamu sanggup serahkan maruah ya," ujarnya dalam nada tegas menerusi video yang kini tular di aplikasi TikTok.

Suami yang wataknya perangai seperti ini, inilah wajah-wajah lelaki dayus yang nabi sebutkan tiada tempat di syurga.

USTAZ ZAIDI TOHIRIN

Dalam rakaman berkenaan, pendakwah itu turut menyelar golongan suami yang didakwa enggan bersusah-payah demi isteri yang mahu melahirkan cahaya mata mereka.

"Hey para isteri, sedar begitu murahnya maruah kamu di mata suami kamu. Mana pengorbanan seorang suami? Sepatutnya suami demi maruah, demi kemudahan, keselesaan isteri yang berjuang melahirkan anak.

"Ada dua kemungkinan boleh jadi hidup atau mati, sedang berjuang. Kamu sedap-sedap malam pertama, lepas tu sembilan bulan semuanya kau sedap-sedap. Makan sedap, segala-galanya sedap, hisap rokok, kau tak fikir benda tu membazir, maruah isteri kamu nak letak di mana?" ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bawah tempat rahsia suami saja tahu” - Pendakwah lantang pertahan ibu bersalin, label suami dayus biar doktor lelaki tengok aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit bersalin belum hilang, suami ‘makan luar’ dengan ex-GF... isteri terduduk tahu ‘penyondol’ sedang hamil

Dalam video berasingan yang tular, dia turut menggelarkan kaum suami yang terlibat sebagai lelaki dayus dan bakal diharamkan masuk ke syurga.

"Dibuka, dirobek, diseluk... entah apa lagi. Kamu buat tak tahu kat luar hisap rokok, dah bersalin ke belum? Kamu hisap rokok lagi, minum kopi, boleh lagi minum kopi. Apa jenis lelaki kamu ni.

"Sebab tu gaya dan watak seperti ini yang nabi sebutkan orang dayus. Suami yang wataknya perangai seperti ini, inilah wajah-wajah lelaki dayus yang nabi sebutkan tiada tempat di syurga. Allah yang mengharamkan. Jangan seenaknya kamu bercakap.

mstar1

Laporan mStar mengenai pendakwah wanita itu Ahad lalu.

"Hey para lelaki kamu tak lihat ke isteri kamu bersusah payah mengandung anak kamu sembilan bulan, Dengan alahan, muntah, mana perasaan kamu? Tak ada sedikit ihsan dalam diri kamu, sebab tu saya nak sedarkan para isteri. Ini lelaki dayus penipu, cinta dia cinta tipu, bukan sebenar-benarnya. Dia tak rasa pun. Hey para isteri ketika kamu muntah, dia tak terasa pun," ujarnya lagi.

Ahad lalu, mStar melaporkan kenyataan Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang berpendapat golongan ibu tidak sepatutnya mendedahkan aurat di hadapan lelaki yang bukan suami mereka.

Dia turut menasihati golongan suami supaya mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung jika tidak mampu membayar kos melahirkan anak di hospital swasta, yang dianggarkan menelan kos sekitar RM4,000.

Semakan mStar pada akaun TikTok miliknya mendapati ustazah Afifah kerap berkongsi video mengenai tip dan nasihat kepada umum.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain