suria

[V] Tajamnya mata pensyarah! Pelajar pasrah lukisan cantiknya dikritik... kawan puji melambung, madam tengok terus garu kepala

Pensyarah tahu kualiti yang diperlukan dalam sesebuah hasil kerja.

SEKILAS ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.

Ungkapan ini sesuai untuk menggambarkan tentang mereka yang arif tentang sesuatu perkara, mungkin dengan hanya sekali pandang.

Satu video pendek yang tular di laman TikTok menunjukkan seorang pensyarah subjek seni halus mampu mengesan kesilapan dalam hasil kerja pelajarnya melalui sekali imbas mata sahaja.

Segalanya bermula apabila seorang pelajar di sebuah institut pendidikan awam (IPTA) membuat konsultasi tugasan kursus bersama pensyarah berkenaan.

Sebelum itu, pelajar tersebut dan rakan sekelasnya telah duduk semeja sambil bertukar pendapat mengenai hasil kerja masing-masing.

Hasil kerja pelajar itu dipuji melambung dan rakan-rakannya seperti terpukau dengan kehalusan tekapan yang dibuat ke atas lukisannya.

"Wehh lawa doo, detailnya," kata kawan-kawan pelajar itu serentak ketika dia menunjukkan lukisannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah pemurah buat ‘give away’ kucing BSH! 5 sahabat dapat si bulus percuma... Ramai cemburu siap sanggup jadi pelajar

ARTIKEL BERKAITAN: Berderet rungutan! Pelajar tampal notis ‘sound’ pensyarah dikatakan punca stres, betul ke generasi kini lemah?

"RM50, RM50," kata seorang rakan, menandakan lukisan itu sudah layak untuk dijual di pasaran.

Pemilik lukisan tersebut pula hanya berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang reaksi mungkin terharu dengan pujian rakan-rakannya itu.

Walaupun begitu, babak seterusnya dalam video itu bagai menjatuhkan nilai lukisan berkenaan apabila perbincangan bersama pensyarah diadakan.

Ketika lukisan itu diletakkan di hadapannya, dapat dilihat pensyarah itu awal-awal mengangkat tangan untuk menggaru kepalanya yang tidak gatal, tak ubah seperti 'juri' terhadap karya itu.

Mata lecturer boleh nampak terus kuman dalam kertas.

Netizen

"Ini macam mana (lukisan), ini structure luar dia macam mana ni?

"Structure perspective dia kena masukkan tapi tak perlu detail macam yang depan ni.

"Dia kena panjang lagi ni garisan ni, memang pendek macam ni ke?" soal pensyarahnya ketika memeriksa lukisan tersebut.

Pelajar tersebut yang terpinga-pinga dilihat mengambil masa beberapa saat untuk memberikan jawapan.

"Ini saya trace straight daripada gambar dia," kata pelajar itu dalam usaha terakhir mempertahankan lukisannya.

Pensyarah tidak perlu menunggu lama untuk mengesan kekurangan dalam hasil kerja pelajarnya.

Pensyarah tersebut bagaimanapun sempat memuji lukisan itu sebelum memberikan kritikan membina.

"Ini dah lawa dah. Dah ada tapi kalau lebih gelap ke, ada structure ke dia baru nampak lebih pop-up perspective tu," kata pensyarah itu sambil mengangkat lukisan berkenaan.

Pelajar tersebut menerima kritikan dengan hati terbuka dan berterima kasih kepada pensyarahnya.

"Terima kasih, madam. Sayang madam," ujar pelajar itu cuba membeli jiwa pensyarahnya.

Antara komen warga maya.

Warga maya di ruangan komen juga turut bersetuju yang mata pensyarah tidak senang untuk dipuaskan kerana mereka perlu menepati standard industri.

"Mata lecturer boleh nampak terus kuman dalam kertas.

"Saya ambil kursus seni bina kejuruteraan, serious, prof on the spot dapat lihat structural yang tak betul walaupun cuba sembunyi.

"Aku belajar calligraphy pun begini la, orang lain puji punya lawa tetapi hakikatnya banyak gila salah," netizen berkongsi pengalaman mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain