KALAU dah jodoh, pasti tak kemana. Kisah wanita memilih lelaki berusia untuk dijadikan pasangan hidup sudah menjadi perkara biasa. Namun apabila perkara sebaliknya yang berlaku, ia seakan sesuatu yang asing hingga menjadi perhatian dan teka teki dalam kalangan masyarakat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sebagaimana dikongsikan di TikTok @Geemie8599, pemuda ini menceritakan kisah mengenai hubungan yang terjalin dengan wanita yang jarak usia mereka 23 tahun. Menurut lelaki itu, dia berumur 21 tahun ketika berumah tangga dengan isterinya seorang ibu tunggal berusia 43 tahun dan memiliki lima orang anak. Tambahnya, perkenalan mereka cuma memakan tempoh masa tiga bulan sahaja menerusi laman Facebook sebelum mengambil keputusan untuk berumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu guru, kini dah jadi orang rumah! Beza 25 tahun, isteri banyak kali tanya soal usia... hairan kenapa suami tak pilih yang muda - “Keluarga kata perkara baik elok dipercepatkan” ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cakap tak suka... kan dah kahwin!” - Suami muda 6 tahun, wanita akui mulanya keberatan terima lamaran... tapi apa sebab berubah fikiran? "Tegur-tegur (di Facebook) macam tu saja. Apabila tahu dia dalam kesulitan dengan laki (suami) mati dan anak-anak masih belajar. "Saya ajak kahwin nak tolong," jelasnya membalas soalan mengenai apa yang membuatkan dia terpikat pada wanita berkenaan. Turut menjadi tanda tanya netizen mengenai penerimaan keluarga terutama sekali ibu bapa lelaki ini apabila mendapat menantu perempuan lebih berusia. Penjelasan mengenai pilihan jodohnya. Kata lelaki itu, keluarganya tidak menjadikan jarak usia itu sebagai satu isu kerana dia sudah dewasa dan pandai berdikari. Dia yang sudah empat tahun mendirikan rumah mengakui lebih bahagia bersama anak-anak tiri. Mula-mula kekok juga sebab anak sulung sebaya saya... tapi Alhamdulillah mereka semua hormat walaupun saya muda. GEEMIE8599 Bagaimanapun, pada awal perkahwinan dia berasa janggal apabila mengetahui usianya sama dengan anak sulung hasil perkahwinan isterinya yang terdahulu. "Mula-mula kekok juga sebab anak sulung sebaya saya. Tapi Alhamdulillah mereka semua hormat saya walaupun saya muda. "Sebagai bapa saya jalani tanggung jawab sepenuhnya," katanya. Lelaki ini mengakui sedikit janggal pada awal usia perkahwinan. Perkongsian mengenai perihal percintaannya ini mendapat sambutan apabila video tular tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan. "Empat tahun kami berumah tangga. Dari mula-mula kahwin sampailah sekarang boleh dikatakan 24 jam ada dengan saya. "Inilah rutin harian saya atas lori. Mana-mana saya pergi mesti saya akan bawa. Rezeki anak isteri katakan. "Amanah Allah berikan pada saya untuk menjaga dia InsyaAllah. Selagi saya bernyawa saya akan hargai hingga nafas terakhir. Saya doakan sahabat-sahabat sentiasa bahagia dan dirahmati Allah," tulisnya dalam video di TikTok. Penerimaan keluarga mengenai pilihan hatinya. Dalam pada itu, warga maya turut mendoakan kesejahteraan serta mengagumi niat murni lelaki ini untuk berkahwin dengan wanita lebih berusia daripadanya. "Anda bukan sahaja sado tetapi berhati mulia. Kahwin sebab nak tolong katanya. Respect! "Niat awak baik. Nak emaknya mesti terima anak-anaknya dengan baik. Untung akak ni. "Untung akak dapat abang sado," komen beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI