KEGIGIHAN wanita ini dalam melaksanakan tanggungjawabnya bukan biasa-biasa! Walaupun keadaan kesihatan tidak begitu baik, jurusolek ini tetap menerima pelanggan yang merupakan seorang pengantin untuk dimekapkan sempena hari bahagianya. Ketika dihubungi mStar, Normaziana Omar, 37, berkata dia tetap menunaikan permintaan pengantin itu walaupun sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke Pantai Hospital, Manjung, Perak pada 9 Oktober lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya demam dah lebih lapan hari. Lepas pergi check darah dekat hospital, doktor suruh saya masuk wad. "Jadi banyak job mekap saya terpaksa tolak. Ada juga saya pass job dekat MUA (make-up artist) lain sebab masuk hospital. "Tapi client sorang ni memang nak sangat saya mekapkan dia. Jadinya saya minta dia datang ke hospital dan dia sanggup. Janji saya yang make-up dia," kata Normaziana atau Anna ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Minat mekap sejak kecil, pemuda ini buat ibunya terkejut selepas tunjuk hasil solekan pertama - “Tak berani minta ma ajar, saya kan lelaki” ARTIKEL BERKAITAN: Umur 6 tahun dah tunjuk bakat mekap, ibu berhenti marah anak main gincu, bedak selepas tengok hasilnya... rela wajah jadi ‘kanvas’ Menurut Anna, penyakit demam virus (viral fever) yang disahkan oleh doktor ini tidak berjangkit membuatkan dia berani untuk terima tempahan pelanggan berkenaan. Ujarnya yang menetap di Sitiawan, Perak, pelanggan itu belum pernah disolek olehnya sebelum ini. "Client saya ni sebenarnya tak pernah pun dimekap oleh saya. Cuma kawan-kawan dia saja yang pernah saya mekap. Jadi dia teringin sangat nak saya solek dia. Sanggup dia datang dari Manjung. Pengantin dan pasangannya yang merupakan client Anna pada hari tersebut. "Malam sebelum tu saya dah beransur pulih jadi kami terus berbincang sebab dia pun faham situasi saya. Saya tak sampai hati nak tolak walaupun tengah tak sihat. Janji client saya tu happy. "Dah masuk hari ketiga saya dekat hospital. Hari Jumaat tu saya ada tiga job sebenarnya. Dua job lagi saya bagi dekat MUA lain sebab lokasi berbeza," katanya. Kata Anna yang sudah berkecimpung dalam dunia solekan lebih 14 tahun, ini merupakan pengalaman pertamanya menerima pengantin untuk disolek ketika sakit di hospital. Kasihan apabila client tu beritahu yang dia dah lama tunggu nak mekap dengan saya. NORMAZIANA Tambahnya, bapanya yang bimbang akan keadaan sakit ini meminta agar Anna berehat sahaja di hospital. "Ayah suruh berehat saja tapi saya rasa ni tanggungjawab yang perlu saya lunaskan. Lagi pula saya dah semakin sihat. "Kasihan apabila client tu beritahu yang dia dah lama tunggu nak mekap dengan saya," katanya. Berikutan video yang dimuat naik sehingga menjadi tular, warga maya turut memuji Anna setelah melihat hasil solekannya. Kata netizen, mereka faham mengapa pengantin berkenaan berkeras mahu disolek Anna. "Sakit-sakit pun mekap cantik. Apabila orang suka dengan kerja sis, masuk hospital pun orang nak juga sis make-up. Anna berkecimpung dalam kerjayanya sejak 14 tahun lalu lagi. "Orang mesti pelik... Dah kenapa ada pengantin pula keluar dari wad. "Lepas tu orang pelik tiba-tiba saja seorang bidadari keluar dari hospital. "Gagah (berani) sungguh dengan branula (jarum insert line) kat tangan," komen beberapa netizen. Jelas Anna, dia berasa terharu apabila videonya tular dan berasa lebih semangat segalam membaca segala pujian diterima pada ruangan komen. "Apabila baca komen-komen tu, saya jadi makin seronok nak teruskan kerja. Selagi mampu dan terdaya selesaikan amanah dan tugas, saya akan buat. "Apabila kita ikhlas dalam kerja, semua urusan akan dipermudahkan. Selain make-up, saya siapkan pengantin sekali dengan pakaikan veil dia," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI