suria

“Kena kelentong, baru cari saya” - Penjual gajet akui tak suka layan aduan bukan pelanggan sendiri

Kamarul berkongsi kisah mengenai seorang pelanggan kepada penjual lain. -gambar hiasan

BAGI memastikan kepuasan dan kesetiaan pelanggan, perkhidmatan selepas (after sales service) amat digalakkan.

Fasa perkhidmatan ini bukan sahaja melibatkan rundingan profesional, malah membantu menyelesaikan sebarang isu yang berbangkit membabitkan produk yang dibeli pelanggan.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila penjual menerima keluhan dan aduan daripada individu mengenai produk yang dijualnya, tetapi dibeli daripada pesaing.

Begitulah yang terjadi kepada seorang penjual yang berdepan dengan seorang pembeli sebuah telefon pintar yang mengadu dirinya telah ditipu oleh seorang penjual lain.

mengadu kepada penjual lain 2

Aduan seorang pelanggan telefon kepada penjual lain.

Menerusi perkongsian tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, individu tersebut baru membeli telefon pintar daripada seorang penjual, namun semakan mendapati waranti peranti itu sudah diaktifkan selama beberapa bulan sejak April lalu.

"Pelik bin ajaib. Tanya balik kedai yang beli tu, katanya kalau tak nak boleh pulangkan semula dan dapat refund. Apa pendapat tuan?" tanya individu berkenaan, dalam hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Kamarul Afiq.

Berdasarkan respons yang diberikan penjual gajet itu, pembeli telefon diminta untuk berurusan dengan pihak yang menjual telefon kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh naikkan harga melampau, pelanggan selamba minta nombor pembekal... siap nak tip sebab nak buat sendiri - "Kalau tak reti bahasa, block saja"

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat mesej pelanggan nak beli power bank, peniaga tiba-tiba kena layan masalah pakwe-makwe - "Dia merajuk dengan saya atau BF?"

"Mengadu la kat kedai tu. Beli kat dia, tanya saya. Sedangkan saya pun jual benda sama juga.

"Bila ada masalah, baru cari saya. Awak ingat ni kaunter aduan? Awak customer saya ke? Tak, kan?" katanya.

mengadu kepada penjual lain 3

Susulan kepada perbualan antara pelanggan bersama penjual lain.

Terkejut dengan respons berkenaan, pengadu kemudian memohon maaf dan berharap penjual gajet berkenaan tidak memarahinya gara-gara aduan yang disuarakannya.

"Eh siapa tak marah? Hormat orang sikit la. Awak ingat saya cari rezeki ni main-main ke?

"Masa susah cari saya, masa nak beli tak cari saya. Kena kelentong, baru cari saya," menurut perbualan yang dikongsi Kamarul di Facebook miliknya sehingga menjadi tular.

aduan pembeli 2

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Masalahnya, tak malu pula nak tanya tu.

"Sekali-sekala kena sekolah.

After sales service hanya untuk pelanggan saja.

NETIZEN

"Terbaik respons ni. Saya suka. Tak menghormati orang langsung.

"After sales service hanya untuk pelanggan saja. Dia kena faham tu," demikian antara komen netizen.

aduan pembeli 1

Maklum balas berbeza daripada netizen.

Sementara itu, ada yang turut berpandangan bahawa tidak salah sekiranya membantu individu tersebut yang berpotensi menjadi pelanggan, pada masa akan datang.

"Aku pernah kena macam ni, tapi aku masih respons positif. Balas je elok-elok, anggap mana tahu rezeki akan datang dia jadi pelanggan kita. Sekali, memang betul pun dia beli dengan kita. Siap repeat order dan promote kita kat kawan-kawan dia.

"Alasan, sebab aku punya servis PR bagus. Siap rasa macam sembang dengan member. Macam dah kenal lama. Alhamdulillah, tak rugi kita layan elok-elok," komen netizen.

"Rezeki tu apabila dia tanya apa pendapat tuan. Boleh jawab 'Proceed refund, selepas tu beli daripada saya'," komen seorang lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain