REZEKI, jodoh dan ajal semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Jika sudah tiba masa, siapalah kita untuk menidakkan takdirnya. Ketetapan ini boleh dikaitkan dengan kisah dikongsikan oleh seorang wanita yang sanggup menerima seorang pesakit kanser sebagai suaminya. Sebagaimana dikongsikan Siti Marha di TikTok miliknya, dia dilihat tersenyum ketika bersanding dengan pasangannya hanya terlantar di atas pelamin pada majlis perkahwinan mereka di Iman Iris Grand Hall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Jelas Marha, suaminya menghidap penyakit kanser Leiomyosarcoma tahap empat dan tidak lagi mampu berjalan sejak September lalu. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 12 Oktober baru-baru ini dan majlis dilihat berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu. "Suami saya merupakan pesakit kanser tahap empat. "Sejak bulan September dia tak dapat berjalan disebabkan kanser merebak ke tulang belakang," katanya. Semangat dan kesungguhan pengantin lelaki yang tetap bersanding walaupun dalam keadaan terlantar mengundang sebak tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan pasangan itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] 24 jam nak berkepit macam belangkas, abang sado bahagia kahwin wanita beza umur 23 tahun... Anak tiri pula sebaya! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita reda bergelar ‘pengantin tak jadi’! Bakal suami mesej tak mahu nikah 3 hari sebelum majlis, pujuk pun ‘tak jalan’ Kesediaan seorang wanita yang sanggup bernikah dengannya juga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. “Allahuakbar. Sebak rasanya melihat majlis perkahwinan Hashimi (pengantin lelaki) dengan keadaan tidak berapa sihat bersama pasangannya itu. "Syurga buatmu adik. Ya Allah kuatkanlah dia untuk menempuhi liku-liku kehidupan ini. "Allah menjanjikan terbaik untuk kamu. Ya Allah sedihnya saya tengok video ni," demikian antara komen netizen. Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan pengantin lelaki diusung masuk ke dewan dengan bantuan alat pengusung (stretcher). Dia sakit dari pinggang ke kaki sebab tu kami tempah ambulans sahaja untuk memudahkan pergerakan. MARHA Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan serta kebahagiaan pasangan tersebut. Bagaimanapun, apa yang menjadi pertikaian dalam kalangan warganet apabila pengantin tersebut tidak menggunakan kerusi roda yang dianggap lebih memudahkan pergerakan. "Kaki suami bengkak dan tak boleh bengkok. "Dia sakit dari pinggang ke kaki sebab tu kami tempah ambulans sahaja untuk memudahkan pergerakan," jelas Marha. Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung pada 12 Oktober lalu. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen video tular berkenaan, Marha amat berterima kasih dengan komen-komen positif dan doa yang baik daripada warganet. “Allahuakbar, semoga dipermudahkan segala urusan. Hebatnya pengantin perempuan yang sanggup menerima seadanya dia (pengantin lelaki). “Semoga adik cepat sembuh dan bebas daripada kanser serta dipermudahkan segala urusan rawatan. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke jannah,” komen seorang pengguna lain di media sosial berkenaan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI