suria

Pemuda marah bank reject loan! Baru kerja sebulan, gaji RM900 berangan pinjam 90K - “Kalau ada duit, tak adalah kita apply”

Seorang pemuda mahu membuat pinjaman bank selepas kerja sebulan. -gambar hiasan

BARU masuk kerja sebulan, lagaknya seperti bekerja selama bertahun-tahun.

Malah dengan slip gaji bulan pertama, seorang pemuda begitu berani ke bank untuk memohon pinjaman kewangan.

Berkongsi cerita, Khairun Naim berkata, kejadian berlaku pada 2010 ketika dia berkhidmat sebagai juruteknik kawalan serangga dan rakannya mengajak untuk menemaninya ke bank.

"Ketika itu, gaji basic juruteknik lebih kurang RM900, campur elaun dan OT dapat RM1,000. Tapi disebabkan member tu baru bekerja, hanya dapat gaji basic.

"Rupa-rupanya member tu nak apply loan. Kami jumpa seorang pegawai bank. Dia bawa payslip yang sekeping tu sebab baru kerja sebulan," katanya.

common sense pinjam loan 3

Khairun Naim berkongsi kisah mengenai bekas rakan sekerjanya, di TikTok.

Khairun yang kini berusia 31 tahun memberitahu, pegawai bank itu kemudian meminta dokumen dan dia hanya menunjukkan satu-satunya penyata gaji yang dimiliki.

"Takkan satu je? Tanya pegawai bank. Dia cakap, dia baru kerja sebulan jadi baru ada satu sahaja penyata gaji. Tak boleh kalau baru kerja nak apply loan. Awak nak apply berapa loan?

"Member tu dengan muka selamba jawab nak apply RM90,000. Boleh tak? Gaji RM900 tapi nak apply loan RM90,000," katanya yang berasal dari Lipis, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua bangga tetamu puji resepsi 'grand', rupanya paksa menantu buat 'loan' RM40,000! Sudahnya tak bahagia, merana bayar hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Demi suami tercinta isteri sanggup pinjam bank, berhenti kerja tolong buat bisnes... Dah muflis, hutang pun kena tanggung sendiri!

Seperti yang dijangka, pegawai bank berkenaan memaklumkan rakannya mengenai status kelayakannya dalam memohon pinjaman.

"Awak tahu tak kalau loan RM90,000, bayaran balik bulanan nak dekat RM2,000. Gaji awak RM900, awak nak bayar macam mana?

"Budak tu relaks je jawab, tak apalah saya kerja buat OT. Cukuplah nanti nak bayar, saya boleh bayar punya.

"Pegawai bank tu cakap tak boleh dik kalau gaji macam ni nak apply RM90,000, (gaji) RM2,000, RM3,000 belum tentu lulus loan. Lagipun awak tu baru je sebulan kerja," ujar Khairun mengimbas kembali perbualan di sebuah bank lebih sedekad lalu.

Nak buat loan kat bank pun kena ada common sense.

KHAIRUN NAIM

Berang dengan jawapan yang diberikan oleh pegawai berkenaan, rakannya itu memaklumkan untuk membuat permohonan pinjaman di bank lain.

"Dia membebel dalam kereta, orang nak apply loan pun tak boleh. Kita kalau ada duit, tak adalah kita apply. Saya malas nak layan, saya senyap je,” katanya.

Bercakap kepada mStar, Khairun berkata, dia hanya mengenali pemuda yang ketika itu berusia pertengahan 20an selama lebih sebulan semasa mereka sama-sama bekerja di Bangi, Selangor.

"Kami sudah lost contact. Saya memang speechless sangat apabila dia sebut jumlah loan tu. Saya ingat dia cuma nak mohon pinjaman RM4,000 ke RM5,000 je.

"Itu jumlah yang logik untuk gaji kami pada masa itu bagi kelayakan pinjaman," katanya menerusi perkongsian video di TikTok.

common sense pinjam loan 2

Antara komen netizen.

Rakannya memberitahu pinjaman berjumlah RM90,000 itu bertujuan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tiga bulan lagi dan bakinya boleh digunakan sebagai deposit untuk membeli kereta.

"Esoknya, tiba-tiba dia cakap minggu depan nak berhenti kerja. Sebab berhenti, katanya susah bekerja syarikat sebelum itu, payslip tak laku nak buat loan.

"Katanya kerja baharu di kedai hardware dengan gaji RM910. Tempat kerja lama, gaji RM900. Tempat kerja baharu gaji RM910.

"Dia harap dengan tempat kerja baharu nanti lepas dapat payslip, dia nak cuba lagi apply loan dekat mana-mana bank. Saya tak faham betul, itulah tak ada common sense," katanya.

Menurut Khairun yang kini merupakan eksekutif pemasaran di Kuantan, perkongsiannya mengenai bekas rakan sekerja itu untuk wajar dijadikan iktibar dalam kalangan masyarakat.

"Moral of the story, kita perlu tahu betapa penting pendidikan kewangan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Nak buat loan kat bank pun kena ada common sense," katanya yang tidak mengetahui status perkahwinan rakannya itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain