suria

[V] Ngam-ngam saksi kata ‘sah’, tetamu lari cari tempat berteduh! Pengantin rela nikah dalam hujan demi tema garden ‘view’ KLCC

Majlis pernikahan yang berlangsung ketika hujan.

MAJLIS perkahwinan outdoor sering menjadi pilihan kebanyakan bakal pengantin kerana persekitarannya dapat menghidupkan suasana romantis.

Namun bagi pasangan pengantin ini, mereka tidak menyangka majlis pernikahan yang bertemakan dalam taman dilanda hujan lebat.

Video upacara akad nikah pasangan itu dilakukan ketika hujan menjadi tular di laman TikTok.

Berkongsi pengalaman, pengantin perempuan, Nor Syakirin Nor Affendee berkata, majlis pernikahan diadakan di Colony Star Boulevard KLCC di Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Lebih mesra disapa Erin, dia memberitahu bahawa lokasi majlis nikah telah ditetapkan lebih awal sejurus majlis pertunangan yang berlangsung pada 1 Januari tahun ini.

"Saya memilih tema garden untuk majlis nikah kerana itulah impian perkahwinan saya selain lokasi mempunyai view KLCC. Semuanya diuruskan sendiri bersama wedding planner.

"Cuaca pada pagi sehingga tengah hari majlis nikah agak baik, tapi mula mendung di sebelah petang. Masa tu dah mula rasa bimbang, dan kami pada awalnya rancang nak awalkan akad nikah ke pukul 3 petang kerana cuaca macam nak hujan," katanya kepada mStar.

nikah dalam hujan 3

Majlis pernikahan bertemakan dalam taman dengan pemandangan KLCC.

Erin yang berusia 24 tahun berkata, akad nikah bagaimanapun diadakan pada kira-kira pukul 4.30 petang berikutan hujan yang tidak menentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, "Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang"

ARTIKEL BERKAITAN: "Penat tapi kenalah buat juga" - Pengantin 'murah senyuman' tetap menonjol di hari bahagia, video tenang dalam banjir raih lebih 7 juta tontonan

"Sebenarnya ada back up plan, iaitu sama ada majlis diawalkan ke sebelah pagi atau dilakukan secara indoor di venue sama. Tapi majlis outdoor pada petang masih diteruskan.

"Masa mula majlis akad nikah, cuaca baru gerimis. Semua tetamu termasuk kami masih okay. Payung dah standby siap-siap," ujarnya yang berasal dari Ampang, Selangor.

nikah dalam hujan 2

Tetamu bangun mencari tempat berteduh sebaik selesai akad nikah.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, hujan lebat turun sejurus pengantin lelaki melafazkan akad nikah.

"Ngan-ngam saksi cakap sah, cuaca terus hujan lebat. Masa tu boleh digambarkan betapa huru-hara, ada yang menjerit, masing-masing bangun dan berlari untuk cari tempat berteduh.

"Ada yang berlari masuk ke dalam bangunan, ada meluru ke pelamin di tempat saya duduk bersama sejumlah hantaran kerana kawasan tersebut berbumbung," katanya yang bergelar isteri kepada chef berusia 24 tahun, Muhammad Syamir Mohd Noor dengan sekali lafaz.

nikah dalam hujan 5

Pasangan pengantin bersama sekumpulan pengiring.

Bagaimanapun kata Erin majlis pernikahan terkawal kerana ia diadakan secara sederhana dengan kehadiran kira-kira 80 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat termasuk sekumpulan pengiring bagi kedua-dua pengantin.

Eksekutif itu turut memberitahu, jamuan buat tetamu terpaksa diadakan di bahagian dalam kerana hujan lebat.

Kami lebih reda dan mahu enjoy the moment.

NOR SYAKIRIN NOR AFFENDEE

"Syukur semua famili faham dan sporting. Semua yang datang adalah keluarga dan dulang boys dan dulang girls dalam kalangan teman-teman rapat, jadi senang nak control the crowd.

"Memang saya dan suami pada mulanya agak nervous sebab nak bernikah. Tapi cuaca hujan buat kami lebih reda dan mahu enjoy the moment," tambahnya lagi.

nikah dalam hujan 4

Erin (kanan) dan suami mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022.

Walaupun baju sebahagian tetamu, pengiring terutama pengantin lelaki basah atau terkena tempias dek hujan, namun bagi Erin yang bakal berbulan madu bersama suami di Paris, Perancis, ia tidak menghalang majlis berlangsung dengan meriah.

"Dulang boys dan dulang girls sporting join sesi fotografi saya dan suami tengah hujan. Malam sebelumnya ada majlis berinai tema ala Bollywood, sekali esoknya majlis nikah dalam berhujan dan basah macam dalam filem Bollywood," ujarnya berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain