BUAT baik biarpun sebesar hama, nescaya tetap akan dibalas dengan kebaikan. Sering kali kita mendengar ungkapan sedemikian, lebih-lebih lagi Islam sendiri menuntut umatnya berbuat baik sesama manusia tanpa mengira agama mahupun latar belakang. Sebagaimana kisah wanita bernama Suzana Norlihan ini, dia berkongsi 'keajaiban' dan hikmah yang dialaminya sendiri selepas membantu seorang warga emas, baru-baru ini. Menurut Suzana yang juga seorang peguam, dia terpanggil untuk mencoretkan kisah tersebut di laman sosial sebagai teladan dan pengajaran bersama. "Kisahnya, saya sedang interview satu lawyer yang minta kerja dengan saya. Tiba-tiba saya lihat seorang nenek Cina yang sangatlah bongkok sedang berusaha buka pintu Starbucks untuk keluar. "Saya lihat tiga orang yang duduk sebelah pintu buat tak tahu saja. Masa tu hati saya kata, 'Ya Allah, ini dugaan aku ni. Kau pilih aku masa ni'. Tak tahu kenapa saya kata macam tu dalam hati. Sebahagian daripada perkongsian Suzana di Facebook. "Saya terus berlari kepada nenek tersebut dan bukakan pintu. Sambil tu saya kata dalam hati 'macam mana pula nenek bongkok boleh ada dekat Empire Subang ni?' "Masa bukakan pintu, saya baru perasan hujan sedang lebat. Jadi saya tanya nenek tu dalam English mana dia nak pergi. Dia kata nak seberang jalan tunggu bas," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas kelaparan di TBS tarik perhatian, datang dari Kedah nak cari kerja... Akhirnya jadi gelandangan, netizen ‘petik’ nama Ebit Lew ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas terharu Ebit Lew bina kediaman baharu, tangga batu kini tinggal kenangan Menurut peguam berusia 46 tahun ini, dia berasa tidak betah dan tidak sampai hati membiarkan wanita tua tersebut melintas jalan dan menaiki bas berseorangan lebih-lebih lagi ketika hujan sedang lebat. Memandangkan masih mempunyai urusan, Suzana berkata dia terlintas untuk membuat tempahan perkhidmatan e-hailing Grab untuk wanita tua berkenaan. "Saya try book Grab tapi tak dapat-dapat. Saya kemudian suruh dia masuk semula ke dalam Starbucks dan duduk dengan kami. Saya beritahu lawyer yang minta kerja dengan saya bahawa Grab tak reply. "So, lawyer tu kata guna InDrive saya dan dia terus booking. Saya kata saya bayarkan. Sambil tu kami sembang-sembang dengan nenek tu dalam English. Ya Allah... Apa makna semua ini? Minggu tu, setiap hari ada client baru yang call dan lantik saya. Semua amaun hampir-hampir sama. SUZANA NORLIHAN "Dia kata, 'you believe in karma? If you do good things, you will get good things back' (Awak percaya karma? Kalau buat baik, dibalas baik). Terngiang-ngiang ayat dia," ujar peguam ini. Ketika kereta yang dinantikan tiba, Suzana membantu memimpin wanita tersebut namun dia sekali lagi tersentak apabila individu itu mengulang ayat yang sama. "Masa nak tutup pintu kereta, nenek tu sempat pegang tangan saya sambil kata, 'remember what I said just now'," tulisnya. Tambah Suzana, keesokan harinya selepas insiden dengan wanita tua itu, dia menerima panggilan daripada seorang klien yang ternyata membuatkan dirinya terkesima. "Saya dapat call ada client nak buka fail dengan bayaran yang sangatlah tingginya sampai terhenti nafas saya sekejap. Antara komen netizen pada perkongsian Suzana. "Saya teringat amaun yang saya bayar InDrive semalam dan angka tu ditambah empat angka kosong dibelakangnya sebelum titik perpuluhan diletakkan. "Ya Allah... Apa makna semua ini? Minggu tu, setiap hari ada client baru yang call dan lantik saya. Semua amaun hampir-hampir sama. Saya bukan seorang yang buat marketing. Jadi, kalau ada client, Allah yang hantar untuk saya. Bukan usaha saya. "Hari ini, di bangunan yang sama, saya jumpa pula seorang wanita Cina. Saya bukakan pintu masuk dekat parking lot B2. Dia tiba-tiba kata 'thank you and good things will come to you again. Remember the word karma again ya'. Aduh.... Kebetulan atau apa?," kongsinya lagi. Sehingga kini hantaran tersebut meraih 284 shares di Facebook. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI