PROSES untuk meraih cinta seseorang itu semestinya tidak mudah dan pasti ada detik yang menggugupkan. Pelbagai perkara bermain dalam fikiran tentang cara terbaik yang boleh dilalukan untuk memenangi hati si dia. Begitulah apa yang dilalui oleh seorang lelaki yang merupakan pekerja kedai makanan dan minuman (F&B) di sebuah pusat beli-belah ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dalam satu video tular di laman TikTok yang dirakam rakan sekerjanya, lelaki itu dilihat cuba memberikan makanan kepada gadis pujaannya. Pemilik video tersebut, Siti Zulianawati, 20, yang lebih senang disapa sebagai Nias berkata rakan sekerjanya dan gadis itu baru dipindahkan ke outlet mereka di sebuah pusat beli belah. "Kawan saya yang lelaki itu dulu dia kerja outlet Tealive di Aeon Shah Alam Seksyen 13 dan kemudian dipindahkan ke outlet kami di Giant. "Perempuan itu pun baru dipindahkan ke outlet Secret Recipe di Giant ni. Kedai kami ni memang berhadapan. Kawan saya itu cinta pandang pertama dekat perempuan tu. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Dusun sanggup terbang jauh jumpa ‘crush’ di Rusia, jawapan diberikan gadis itu sedikit hampa tapi masih harap ada jodoh ARTIKEL BERKAITAN: ‘Crush’ dengan guru ganti masa umur 15 tahun, 10 tahun kemudian lelaki ini pasang strategi selepas tengok cikgu ‘tiada foto dengan suami’ di FB - “Cukuplah dia hilang sekali” "Dia kata cantiknya perempuan itu, ayu je tengok, lembut dan budi pekerti dia baik. Dia memang nak pergi try," cerita Nias ketika dihubungi mStar. Walaupun begitu, lelaki berkenaan tidak mempunyai keberanian dan kerap mengharapkan rakan-rakan sekerjanya untuk mewakilinya menghantar makanan kepada gadis tersebut. "Sebelum ini memang dia minta kami je untuk pergi hantarkan makanan dekat gadis itu. Lama-lama kami kata 'cukup'. "Kami nak dia beranikan diri dan pergi hantar makanan sendiri depan-depan. Sampai bila nak takut. Memang tak ke mana. Penyelia saya yang dari Bangladesh terus ambil makanan dari tangan kawan saya dan tolong bagi. Nias "Kami paksa dia suruh pergi. Tapi bila nak hantar tu pun dia masih tak boleh go. Sampai menyorok belakang dinding sebab malu," kata Nias. Kecewa memerhatikan telatah lelaki itu, penyelia restoran yang melihat dari jauh terus 'campur tangan' untuk menyelamatkan keadaan. "Penyelia saya yang dari Bangladesh terus pergi ambil makanan dari tangan kawan saya dan tolong bagi dekat perempuan tu. "Kawan saya tu kelam-kabut patah balik masuk dalam kedai dan menyorok dekat belakang kaunter sebab takut. Penyelia restoran membantu lelaki ini mendekati gadis yang diminatinya. "Misi gagal dan nampaknya masih tak ada progres untuk kawan saya ni," ujar Nias. Tidak cukup setakat itu, Nias memberitahu rentetan dari kejadian tersebut gadis itu mengambil inisiatif sendiri untuk berjumpa rakannya. "Dia datang ke outlet Tealive kami untuk berjumpa kawan saya. Dia nak berterus-terang. "Dia cakap malu kawan saya kerap hantar makanan senyap-senyap sampai rakan sekerja dia pun dah bahan dia. Rakan Nias hanya melihat dari jauh apa yang dilakukan penyelianya. "Pendek cerita, mereka ada bertukar username Instagram dan kawan saya ada hantar follow request," ceritanya. Namun begitu, takdir tidak akan selalunya menyebelahi kita dan itulah nasib rakan Nias kerana dia ibarat bertepuk sebelah tangan. "Sampai ke sudah Aisyah tu tak accept pun follow request dia dekat Instagram. "Saya cakap dekat dia yang itu petanda dah kena reject, move on je la. Gadis yang diminati rakan Nias. "Sedih juga saya tengok kawan saya tu, kalau dia ada keyakinan diri sikit mungkin tak jadi macam tu," luahnya. Kejadian tersebut berlaku pada September lalu dan rakannya kini sudah berrpindah ke tempat kerja baharu. "Dia pun dah jumpa gadis baharu. Sekarang saya jadi penasihat dia. "Apa-apa dia punya next move dengan perempuan tu dia akan rujuk saya. Saya cuba bantu dia sebaik mungkin. "Sebab saya pun perempuan dan kami ni memang complicated. Jadi saya beritahu dia the do' s and don'ts bila dengan perempuan," kata Nias mengakhiri bicara. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI