REAKSI seorang budak perempuan yang mengalirkan air mata saat menerima sebuah beg galas idaman mengundang sebak netizen. Malah, kanak-kanak ini juga kelihatan sangat gembira serta menghargai pemberian apabila dia memeluk erat hadiah itu sejurus dikeluarkan dari beg kertas. Menurut ibunya, Nurshahirah Kamaruddin, anaknya yang dipanggil 'kakak' itu melihat beg berkenaan ketika pergi ke sebuah kedai serbaneka DIY (Do It Yourself) bersama bapanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Nurshahirah, pada masa itu sememangnya kakak mahu memiliki beg tersebut tetapi tidak minta dibelikan. Lebih merisaukannya, barang tersebut hanya tinggal satu unit terakhir sahaja di rak. “Cerita dua hari lepas kakak dan papa pergi DIY. “Si kakak cakap Wah cantiknya beg Pony (watak animasi kartun My Little Pony) ni. Tapi ada satu saja. Kalau orang lain beli habislah. “Kakak ni kalau nak apa-apa dia cakap kias-kias macam tu saja,” ujar Nurshahirah. Nurshahirah berkata, suaminya memang sudah terapkan dalam diri anaknya bahawa bukan semua keinginan patut dipenuhi. ARTIKEL BERKAITAN: Dapat banyak hadiah, guru anggap ‘bekas kecil dalam plastik merah’ pemberian murid paling bermakna... sangat dalam isi tersiratnya! ARTIKEL BERKAITAN: Kasih bapa... Anak melompat riang dapat hadiah jam tangan mainan, netizen kagum cipta bahagia cara sederhana Memahami apa yang diajar bapanya, maka si kecil ini tidak memaksa untuk beg itu dibeli. “Papa sengaja tak beli nak ajar anak tak semua benda yang dia nak terus dapat. “Tunggu masa sesuai, insyaAllah papa belikan. “Syukur sangat dapat anak sulung yang memahami susah orang tua,” ujarnya lagi. Senyuman dia tu menggambarkan yang dia betul-betul happy dapat hadiah yang dia nak tu. NETIZEN Menerusi video dimuat naik berdurasi 39 saat itu, kakak turut mengucapkan terima kasih kepada bapanya sebagai tanda menghargai hadiah diterima. Dalam pada itu, dia juga dilihat mengangguk kepala tanda menyukai pemberian bapanya yang tidak disangka-sangka ini. Rata-rata netizen turut mengakui sedih setelah melihat video tersebut yang meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan. “Anak sulung biasanya susah untuk meminta-minta. Dia lebih utamakan adik-adik dia dahulu kalau ada. Komen netizen di TikTok. “Senyuman dia tu menggambarkan yang dia betul-betul happy dapat hadiah yang dia nak tu. “Jadi anak yang solehah ye kakak. Doakan uncle ada anak. 13 tahun menunggu,” ujar beberapa netizen di ruangan komen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI