BEDEPAN dengan masalah bipolar bukanlah satu perkara mudah untuk dilalui mana-mana individu. Mereka yang mempunyai masalah mental ini mempunyai karakter dan mood sentiasa bertukar-tukar antara kemurungan dan terlebih gembira. Malah, penyakit ini boleh menjadi lebih serius apabila ia mampu menjejaskan rutin serta kehidupan seharian. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Turut mengalami masalah ini, seorang guru, Haryati Hossen, 37, yang kemurungan hampir tiga bulan sehingga terpaksa mengambil ubat penenang untuk meredakan rasa berdebar. Bagaimanapun, tidak mahu ‘kalah’ dengan perasaan sendiri, wanita ini mengambil keputusan untuk melawat rakan sekerja di sekolah selepas dua bulan berehat di rumah. “Saya buat keputusan nak pergi ke sekolah pagi tu selepas lama bercuti. Saya masih MC (medical certificate) cumanya saya datang melawat kawan di bengkel sekolah saja. Saya belum bersedia nak jumpa sesiapa tapi atas nasihat doktor, saya kena cuba juga. Doktor suruh tu supaya saya boleh kurangkan perasaan cemas dan bimbang ni. ARTIKEL BERKAITAN: Kusut layan teman lelaki hidap bipolar, tak tahan terlalu clingy! Wanita buntu mahu kahwin atau putus... “Sayang, tapi penat sangat” ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga hidup melarat... Hutang keliling pinggang gara-gara suami dibuang kerja kerana bipolar! Isteri pula sarat mengandung “Masa sampai di sekolah, saya duduk lama dalam kereta. Saya sengaja parking dekat belakang sekolah supaya orang lain tak nampak. Agak cemas bila dengar suara anak-anak murid. Tapi apabila sampai saja bengkel, saya terus hyper lepas nampak kawan (rakan bertugas). Dia baru habis kelas mengajar jadi bengkel kosong masa tu tak ada orang. "Saya tak ambil ubat doktor bekalkan untuk kawal anxious masa jumpa dia. Saya nak cuba kawal perasaan, next time kalau panik tak bergantung dengan sebarang pil. Sebelum ni apabila sebut saja fasal kerja terus saya sesak nafas dan menggigil,” ujarnya ketika dihubungi mStar. Bercerita lanjut mengenai masalah dihadapi, ibu kepada dua cahaya mata ini menjelaskan bahawa ubat tersebut mampu membantu menenangkan perasaannya yang ‘melampau’. Haryati akui banyak perubahan positif berlaku terhadap dirinya. Namun, pengambilannya harus dikawal kerana dikhuatiri akan memberikan kesan ketagihan dan overdose. Menurut Haryati yang mengajar di sebuah sekolah di Johor, dia mengetahui dirinya mempunyai masalah bipolar mood disorder type 2 setelah berjumpa psikiatri. “Mula-mula saya cuba buat ujian online dan menujukkan keputusan teruk. Jadi saya berjumpalah dengan doktor. Tak sampai sejam doktor sahkan saya ada bipolar sebab simptom ketara sangat. “Saya tarpaksa makan ubat sebab ada mood yang ekstrem. Kalau gembira, jadi terlalu energetic dan racing thoughts sampai tak boleh rehat atau tidur. Kalau sedih, akan sedih sangat sampai murung dalam tempoh lama. Jangan malu atau takut mengaku kita ada sakit mental sebab selagi kita sembunyikan apa kita rasa, masyarakat tak akan faham. HARYATI “Saya mula jadi macam ni selepas ada masalah di tempat kerja. Orang sakit mental akan cepat terkesan dengan dua perkara tak kiralah stres dan persekitaran toksik seperti di tempat kerja atau rumah,” ujarnya namun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. Dia yang sudah berumah tangga lebih 13 tahun berkata walaupun keadaanya belum pulih sepenuhnya tetapi dia merasakan bahawa banyak perubahan positif berlaku. Seperti video dikongsikan olehnya di TikTok, Haryati menjelaskan bahawa rakaman tersebut dibuat untuk simpanan peribadi serta tanda pencapaiannya yang semakin baik. Malah, dia turut menitipkan pesanan kepada orang lain agar tidak mudah berputus asa serta malu untuk berterus-terang mengenai penyakit mental dialami. Haryati sudah berumah tangga dan miliki dua cahaya mata. “Jangan malu atau takut mengaku kita ada sakit mental sebab selagi kita sembunyikan apa kita rasa, masyarakat tak akan faham. Mereka akan terus judge orang mental ni gila. “Kalau rasa diri tu tak okay, terus berjumpa doktor pakar dan jelaskan secara terperinci perasaan tu supaya mereka boleh tentukan dos ubat bersesuaian,” ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI